CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 3

[Borneo] Tinggal 4 peratus lagi sebelum rentas negeri dibenarkan

[Copy link]
Post time 3-10-2021 01:33 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan semula tidak lama lagi, selepas kadar vaksinasi kepada populasi dewasa negara kini semakin menghampiri 90 peratus.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter rasminya hari ini menyatakan sehingga semalam, kadar populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi kini mencapai 86 peratus.

“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggung jawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima vaksinasi lengkap, berdasarkan kepada data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengikut portal KKM COVIDNOW hari ini, sejumlah 20,317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID mereka semalam, bermakna hanya tinggal kira-kira 3.2 peratus lagi untuk mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/10/02


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
yeahh boleh la merentas negeri
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 07:49 AM | Show all posts
4% population dewasa?


why not tawarkan sebiji motor ke apa? siapa cucuk hari ni dapat cabutan bertuah motor.  kan mudah?

apps harga juta2 mampu. sebiji motor sebagai cabutan bertuah cucuk vaksin should be no problem.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
4% tu sempat dak settle sebelum tengah bulan ni?? Abah midin janji rentas negeri selewat2 nya tengah bulan ni khenss...harini 3hb dah hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039754 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list