CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2024|Reply: 14

[Sarawak] Bintulu : Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras

[Copy link]
Post time 3-10-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Lapan individu nyaris maut setelah bas pekerja yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras lalu tersadai ke bahu jalan dalam insiden yang berlaku berhampiran Bulatan Bintulu-Samalaju di Jalan Samalaju-Bintulu malam Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintulu, Wan kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bergerak ke lokasi dinyatakan sejurus sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.09 malam.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati
sememangnya terdapat sebuah bas yang terbabas ke bahu jalan akibat dibawa arus deras sedalam antara 2 ke 3 meter di laluan berkenaan akibat dilanda banjir kilat," ujarnya.

Sejurus itu katanya, pasukan bomba menggunakan tali khas bagi menarik mangsa satu persatu dari dalam bas dan membawa mereka ke lokasi selamat.

Katanya, mujur kesemua mangsa yang tererangkap dalam bas berkenaan termasuk pemandunya terselamat dalam insiden yang berlaku tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Kita turut difahamkan bahawa bahawa kesemua mangsa berumur 31 hingga 64 tahun itu merupakan pekerja di sebuah kilang perindustrian di Taman Perindustrian Samalaju," jelas Wan.

Terdahulu katanya, sebuah lagi bas pekerja dan sebuah lori treler turut tersadai di laluan berkenaan akibat dibawa arus deras.

Difahamkan setakat jam 8 pagi ini, kawasan terbabit belum lagi dapat dilalui sebarang kenderaan berikutan paras air yang masih tinggi.

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2021 07:30 PM | Show all posts
bahaya nyer lahai ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 07:32 PM | Show all posts
ada 2 bas yang terlibat ...
satu dah tumbang awal ...

satu lagi dah d larang ... tapi degil ... tak memasal ... nasib baik takde kemalangan jiwa ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 07:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 07:36 PM | Show all posts




BINTULU :
Jalan Persisiran Bintulu Samalaju berdekatan roundabout besar kini tutup jam 1.30pm. Sila guna Jalan Pan Borneo.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la sanggup redah air deras macam tu??
Majikan marah ke kalau tak bawa pekerja sebab banjir??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2021 08:35 PM | Show all posts
Belibis replied at 3-10-2021 08:16 PM
Kenapa la sanggup redah air deras macam tu??
Majikan marah ke kalau tak bawa pekerja sebab banjir?? ...
kan ...

even selepas yang pertama tu tergelincir ... polis ada larang ikut komen2 kat FB ...tetap juga nak redah dan sendiri pun ikut sama tergelincir ...

mungkin nak cepat abis kan kerja ... malas nak bertangguh2 ...

atau yang dalam tu pun memaksa2 ... sebab nak balik juga ...


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baraninya.aku tgk air mcm tu dh seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa plak yang rakam tu.. Dia naik kenderaan apa plak sampai boleh redah.. Kemain clear video hehe .. Bomba ke? Berani tak bertempat dorang ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 09:31 PM | Show all posts
ease replied at 3-10-2021 09:05 PM
Siapa plak yang rakam tu.. Dia naik kenderaan apa plak sampai boleh redah.. Kemain clear video hehe  ...
4Ws kot ... sebab selepas tu baru Polis tutup jalan tu ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 3-10-2021 08:46 PM
Baraninya.aku tgk air mcm tu dh seram

Ko memangg..tengok air suci dalam picagari pun seram,apa lagi air deras.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas bukan ada tayar macam 4x4 confident sangat driver ni pun.. 4 x4 kalau tak pro pun bokeh hanyut aduh seram…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:27 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah... Kenapa dijalan jugak jalan gitu?
Takziah diucapkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 07:55 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 4-10-2021 07:34 AM
Ya Allah... Kenapa dijalan jugak jalan gitu?
Takziah diucapkan...
kan ...

polis dah suruh berenti tu ... bas yang nombor 2 tu ... degil...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.531224 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list