CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 6

[Sarawak] Penduduk Bahagian Kapit diminta Waspada Lakukan Aktiviti Sungai

[Copy link]
Post time 3-10-2021 08:17 PM | Show all posts |Read mode
KAPIT, 03 Okt- Penduduk di Bahagian Kapit dinasihatkan untuk berwaspada semasa menjalankan aktiviti di sungai terutamanya ketika hujan lebat.

Melalui notis yang dikeluarkan Lembaga Sugai Sungai Sarawak (LSS), menyatakan hujan lebat yang berlaku di Bahagian Kapit telah mengakibatkan limpahan air besar di Hulu Batang Rajang dan Batang Balui.

LSS menasihatkan semua kapal, bot, perahu kecil dan panjang yang belayar di sungai sentiasa berjaga - jaga dan menggunakan kelajuan yang bersesuaian.

Semua pengguna sungai terutamanya bot ekspress, bot penumpang, perahu kecil dan perahu panjang juga  diarahkan sentiasa memakai jaket keselamatan, menyalakan lampu navigasi atau lampu isyarat dan membunyikan ‘sound fog horn’ ketika menghadapi situasi berhampiran kapal.

Masyarakat setempat terutamanya penduduk di tebing sungai turut disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap paras air sungai kerana berisiko menghadapi banjir.

Maklumat berkenaan kategori  tahap amaran paras air sungai dikawasan terjejas boleh didapati di laman sesawang ihydro.sarawak.gov.my. - TAMAT-

Disediakan oleh: Saufi Omar (Japen Kapit)
Foto : Saufi Omar (Japen Kapit)





Paras Air yang tinggi di Sungai Rajang  (Dermaga Belaga, Pekan Kapit)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2021 08:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 08:37 PM | Show all posts
Notis yang dikeluarkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak .




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang dah mula masuk musim hujan dan banjir. Tadi tengok berita, ada saja yg hilang nyawa masa mandi di kawasan sungai dan air terjun.

Masa banjir di Shah Alam minggu lepas, Ada kanak kanak meninggal sebab jatuh longkang. Kena lebih berhati hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 09:38 PM | Show all posts
acikbrown replied at 3-10-2021 09:31 PM
Sekarang dah mula masuk musim hujan dan banjir. Tadi tengok berita, ada saja yg hilang nyawa masa ma ...
kan ...
ada terbaca tadi juga ...
tapi bukan berita dari Borneo ... baca2 jer


Masa banjir di Shah Alam minggu lepas, Ada kanak kanak meninggal sebab jatuh longkang.
ni takde baca ...

ades ... sian nya ...




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo Sarawak ada Lembaga Sungai-sungai, sana byk guna pengangkutan air kot, kena kawal dan pantau selalu yer.. moga semua selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2021 05:08 AM | Show all posts
Rdizz replied at 3-10-2021 10:58 PM
Ooo Sarawak ada Lembaga Sungai-sungai, sana byk guna pengangkutan air kot, kena kawal dan pantau sel ...
ha`ah ...

pengangkutan air adalah antara pengangkutan penting bagi sesetengah tempat kat sini ...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041147 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list