CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Peruntukan RM5 Juta Baik Pulih Dan Naik Taraf Kampung Budaya Sarawak

[Copy link]
Post time 4-10-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING:  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Budaya Sarawak, pada Ahad.

Pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta menerusi Belanjawan 2021 Pemberian Kemudahan Projek Khas, Projek-Projek di bawah peruntukan Kampung Budaya untuk membaik pulih serta menaik taraf kemudahan produk pelancongan bercirikan kampung budaya.

Peruntukan tersebut diberikan kepada empat buah negeri iaitu Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Melaka.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta telah dikhaskan kepada Kampung Budaya Sarawak bagi menaik taraf infrastruktur dan memantapkan kedudukan Kampung Budaya Sarawak sebagai salah satu tarikan pelancongan budaya utama di negeri ini.

Selain meningkatkan keselamatan dan imej, keselesaan pengunjung juga dititikeratkan.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek ini, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dilantik sebagai agensi pelaksana di peringkat Sarawak.

Dato’ Sri Nancy berkata, kerja-kerja penambahbaikan fizikal di Kampung Budaya Sarawak akan bermula pada pertengahan bulan Oktober 2021 dan ianya mengambil masa lebih kurang 8 bulan dan dijangka siap pada bulan Jun 2022.

“Pelaksanaan projek ini akan dapat meningkatkan lagi mutu serta kualiti kemudahan yang ada di sekitar Kampung Budaya Sarawak.

“Saya berharap ianya dapat menarik minat para pelancong dan pengunjung ke Kampung Budaya Sarawak untuk melihat sendiri produk-produk yang unik terdapat di sini,” katanya.

Dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut menyatakan komitmen MOTAC untuk terus membantu dalam membangunkan serta mempromosikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia.

Tambah beliau lagi, kementeriannya juga merancang untuk mengadakan beberapa acara di Sarawak bagi meningkatkan lagi aktiviti pelancongan di negeri ini termasuk di Kampung Budaya ini.

Antaranya Damai Virtual Run yang dijadual pada 1 Oktober hingga 15 November, Drama Muzikal Putri Santubong pada 11 dan 12 Disember dan Maraton Jambatan Batang Sadong yang dijangka pada Disember ini.

Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat bersama pasukan kerja jabatan dan agensi di bawahnya.  – EDISI UKAS



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.189008 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list