CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1970|Reply: 2

[Sarawak] [ informasi ] Skim Bantuan sewa rumah

[Copy link]
Post time 4-10-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode
ehem!!~ untuk yang dah kawin saja ...

Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.

Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.










credit








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2021 03:25 AM | Show all posts
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak membuka Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

HDC Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan, selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

“Dikemaskini setakat 1 Oktober lalu, skim ini akan memberi manfaat kepada mereka yang bekerja dan menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta memenuhi kriteria pemohonan,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, permohonan SRAS adalah terbuka untuk warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak dan berumur 21 tahun ke atas.

Kriteria lain adalah pemohon haruslah berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,131 dan bagi bapa atau ibu tunggal, mereka harus mempunyai satu orang anak tinggal bersamanya.

Keutamaan juga akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan bagi pemohon yang sedang menyewa, premis atau rumah yang disewa oleh mereka adalah tidak dimiliki oleh ahli keluarga yang terdekat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bagi pemohon yang ingin membuat permohonan, mereka juga harus mengepilkan dokumen sokongan yang akan dihantar bersama borang permohonan.

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah salinan sijil kahwin atau sijil cerai; salinan Kad Pengenalan (pemohon serta pasangan); salinan sijil lahir anak yang berada dibawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon; penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah atau pasangan; salinan kad OKU; perjanjian sewa yang ditandatangani dan dimatikan stem hasil; persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini dan gambar premis yang disewa.

Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.

Maklumat juga boleh dilayari di laman Facebook Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi HDC.

Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 03:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032803 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list