View: 3078|Reply: 9
|
Android 12 kini capai Fasa Stabil
[Copy link]
|
|
Android 12 Kini Mencapai Fasa Stabil – Bakal Hadir Ke Peranti Anda Tidak Lama Lagi
Diterbitkan pada 04 Okt 2021. oleh Aman.
Hari ini, Google akhirnya telah mengumumkan versi akhir dan stabil untuk Android 12, sekaligus telah mula menawarkannya dalam bentuk AOSP kepada semua pengeluar.
Pihak Google turut mengatakan Android 12 akan hadir ke peranti-peranti sedia ada dipasaran dalam minggu-minggu akan datang, bermula dengan Google Pixel.
Peranti lain yang turut diumumkan akan menerimanya sebelum penghujung tahun ini adalah Samsung Galaxy, OnePlus, Oppo, Realme, Tecno, Vivo dan juga Xiaomi.
Android 12 menawarkan sejumlah perkara baru. Antaranya adalah sokongan antaramuka baharu dinamakan Material You, rekaan widget yang dikemaskini, kemaskini pada antaramuka notifikasi, selain privasi yang lebih ditekankan.
Google turut mengatakan kini Android 12 lebih pantas dan efisien, selain lebih menawarkan responsif pada bahagian notifikasi, selain sokongan pembelajaran mesin yang pantas.
Para pembangun aplikasi boleh mula menyediakan aplikasi mereka supaya menyokong Android 12 dengan mengambil kelebihan sejumlah ciri-ciri baharu.
Sama-sama kita nantikan pelbagai peranti kita menerima Android 12 dalam bulan-bulan akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish.. Harap A51 aku dpt update |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 5-10-2021 08:43 AM
Uish.. Harap A51 aku dpt update
A51 tu Samsung ke Sarah? Ada juga A52 dan A72 kan?
Dah nak 3 tahun dah henfon Vivo aku ni.. Cadang nak beli baru. Nak skrin besar sikit dari sekarang. Dan nak kembali ke pangkuan Samsung.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 5-10-2021 09:36 AM
A51 tu Samsung ke Sarah? Ada juga A52 dan A72 kan?
Dah nak 3 tahun dah henfon Vivo aku ni.. Cad ...
Samsung.. Hahahaha a51 kak pada a52..latest skrg A52s 5G... Kalau nak beli phone baik beli A52s 5G berbanding A72 sbb A52s 5G pakai chipset snapdragon 778G tak salah aku... A72 pulak chipset 750G |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 5-10-2021 10:27 AM
Samsung.. Hahahaha a51 kak pada a52..latest skrg A52s 5G... Kalau nak beli phone baik beli A52s 5G ...
A52s tu yang 256gb kan? Memang target nak beli 256gb..hohoho!
Apa beza ketara A52 dan A52s? |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 5-10-2021 02:27 PM
A52s tu yang 256gb kan? Memang target nak beli 256gb..hohoho!
Apa beza ketara A52 dan A52s?
Tak ada perbezaan pun.. Cuma A52s latest version.. Both ada 256 GB dgn 8GB ram.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 5-10-2021 03:16 PM
Tak ada perbezaan pun.. Cuma A52s latest version.. Both ada 256 GB dgn 8GB ram..
Okkeh... TQVM Sarah. Nak pi korek tabung sat.. Ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 5-10-2021 03:29 PM
Okkeh... TQVM Sarah. Nak pi korek tabung sat.. Ekekeke
RM1899...kalau tambah sikit boleh ambik S series.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa dah Android 12 ke? Baru upgraded Android 11 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Note 10+ dapat tak ekk update 12 ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|