CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 2

Maybank2u Biz aplikasi khusus untuk PKS

[Copy link]
Post time 5-10-2021 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Maybank2u Biz aplikasi khusus untuk PKS


Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong ketika melancarkan Maybank2u Biz secara maya hari ini - Foto Maybank

KUALA LUMPUR: Maybank memperkenalkan Maybank2u Biz, aplikasi perbankan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang lebih mudah dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata aplikasi terbaharu yang mengutamakan gaya hidup mudah alih itu turut menyediakan fungsi perniagaan untuk memenuhi keperluan bukan perbankan PKS bagi memudahkan operasi perniagaan.

Katanya, memandangkan PKS menjadi tulang belakang negara, Maybank tetap komited untuk menyokong perniagaan dalam tempoh perubahan yang ketara ini.

"Menjalankan perniagaan adalah sangat kompleks dan boleh menjadi lebih mencabar terutama dalam situasi luar biasa yang sedang berlaku kini.

"Oleh itu, kami mereka bentuk aplikasi Maybank2u Biz supaya ia bukan hanya sekadar aplikasi perbankan, tetapi juga berfungsi sebagai rakan perniagaan yang boleh membantu meringankan beban PKS dan memperkasakan mereka untuk memajukan perniagaan.

"Kami menjadikannya lebih ringkas, kerana usahawan patut meluangkan lebih banyak masa untuk membuat keputusan strategik perniagaan berbanding menguruskan operasi harian," katanya ketika melancarkan Maybank2u Biz secara maya hari ini.

Maybank2u Biz direka untuk memenuhi keperluan pemilik perniagaan yang sentiasa sibuk, kerap dalam perjalanan dan menguruskan pelbagai tugas.

Menurut Maybank, ia sesuai untuk perniagaan jenis perkongsian, sendirian berhad, firma profesional, institusi pendidikan, kelab, pertubuhan dan persatuan.

Dengan antara muka yang ringkas, transaksi perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Proses pengesahan 'Maker-Checker' untuk transaksi juga dipermudahkan supaya pengesahan boleh dibuat di mana-mana saja tanpa menjejaskan ketelusannya.

Aplikasi Maybank2u Biz juga dilengkapi dengan fungsi invois yang membolehkan pemilik perniagaan mengeluar, menghantar dan menjejak invois.

Dengan menggunakan templat tersedia, invois boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan dan dihantar kepada pelanggan melalui pelbagai saluran komunikasi seperti aplikasi e-mel dan mesej dalam peranti mudah alih mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 12-10-2021 03:28 PM

iols mmg pakai dah apps ni for all my sdn bhd companies..  sangat mudah utk create, check, approve transactions.. sblm ni interface kurang best, and kena log in pakai website, via laptop.... now semua business transactions dah on the go... Alhamdulillah  for this convenience


Tp itu lah, i ada pakai 4 different maybank apps skang  huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 03:58 PM | Show all posts
really convenient... i thought i yang lembabs install mende ni.. rupanya baru la jugak launch rupanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075173 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list