View: 2391|Reply: 2
|
[Sarawak]
Rentas daerah dibenarkan mulai esok
[Copy link]
|
|
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perjalanan rentas daerah di Sarawak dibenarkan berkuatkuasa esok
Beliau berkata dengan arahan terbaharu itu, orang ramai yang mahu melakukan perjalanan rentas daerah tidak lagi perlu mendapatkan permit polis.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian bagi mengesahkan agenda mesyuarat JPBNS mengenai perkara itu yang tular di media sosial hari ini.
“Ya, (Sekatan Jalan Raya tidak lagi diadakan berkuatkuasa esok),” ujarnya ringkas ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.
Berdasarkan agenda mesyuarat JPBNS bertarikh 4 September 2021 yang tular itu sekatan jalan raya (SJR) rentas daerah dibubarkan dan SJR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( jika perlu) dan SJR benteng dikekalkan.
JPBNS dijangka mengumumkan perkara itu petang ini.
Utusan borneo
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa permit polis bagi pergerakan rentas daerah di Sarawak adalah TIDAK DIPERLUKAN.
Walaubagaimanapun, permit polis untuk pergerakan rentas negeri adalah MASIH DIPERLUKAN.
Keputusan ini akan mula berkuatkuasa pada 6 OKTOBER 2021 (RABU) 12.01 pagi.
NASIHAT:
Walaupun rentas daerah dibenarkan, kunjung-mengunjung adalah TIDAK DIGALAKKAN dan orang ramai perlu ada kawalan kendiri yang tinggi kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi Covid-19.
Orang ramai juga perlu sedar bahawa kita semua bertanggungjawab mengutamakan keselamatan masyarakat, terutamanya mereka yang berada di kawasan pendalaman.
Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk keluar dari rumah buat masa ini. Sekiranya perlu, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (telah lengkap vaksinasi) dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang telah ditetapkan.
Walaupun terdapat kelonggaran sekatan pergerakan bagi mereka yang menerima vaksinasi lengkap, terus amalkan langkah-langkah pencegahan berikut untuk mengelakkan penularan jangkitan:
a) Amalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam b) Pastikanpengudaraanyangbaik
c) Elakkan aktiviti berkumpul
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
05 OKTOBER 2021
5.00 PETANG
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|