View: 2228|Reply: 5
|
[Sarawak]
[ Edisi Mengusir PATI ] 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar
[Copy link]
|
|
KOTA SAMARAHAN, 5 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengusir seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke sempadan negara dalam 4 kejadian yang berasingan di Sarawak.
Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, pengusiran telah dilakukan sejak 1 hingga 4 Oktober lalu dibeberapa lokasi yang berasingan.
“Pengusiran pertama berlaku pada 1 Oktober pada jam 3.50 petang iaitu 4 individu berusia di antara 19 hingga 45 tahun dikesan cuba memasuki kawasan Ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin dari arah Indonesia.
“Pengusiran kedua berlaku pada 2 Oktober di Lubok Antu pada jam 7.55 malam dan seramai 4 PATI berusia di antara 22 hingga 47 tahun terdiri daripada seorang wanita dan 3 lelaki ditahan serta diusir setelah memasuki Malaysia melalui lorong tikus.
“Pengusiran ketiga pula pada 3 Oktober berlaku di Kampung Padang Pan, Serikin, Bau pada jam 2.28 petang yang melibatkan 2 PATI lelaki berusia 24 tahun yang ditahan serta diusir setelah masuk secara haram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, pengusiran keempat pula berlaku pada 4 Oktober di sekitar kawasan Biawak anggaran 300 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.
“Seramai 6 PATI berumur 20 hingga 46 tahun terdiri daripada seorang wanita serta 5 lelaki telah ditahan serta diusir setelah masuk ke Malaysia melalui lorong tikus,” ujarnya.
Menurutnya, kesemua 15 PATI yang diusir pada bulan ini menyatakan tujuan mereka menyelinap masuk adalah untuk mencari pekerjaan di pelbagai sektor di Sarawak dan kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Pada masa yang sama 1 Div menegaskan, pihaknya terutama anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Malaysia – Kalimantan Barat akan sentiasa berwaspada serta siap siaga dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara.
Kredit -airtimes.my
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak dlm gambar laki2 je...pompuan xde plak ye nk masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bestnya malaya ni di mata pati? |
|
|
|
|
|
|
|
no5 cam pompuan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan lebih baik kat sini ... samada dari segi kerja , makanan dan taraf hidup...
walaupun d sini mereka merempat...? kehidupan mereka jauh lebih baik kat sini dari tempal asal mereka ...
seperti mana juga kita2 yang kerja kat luar ... contoh terdekat Singapura ... tukaran mata wang sangat menguntungkan ... dapat gaji tukar jadi mata wang sana ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|