View: 2240|Reply: 1
|
[Sarawak]
Pemilik nombor plat fancy diburu
[Copy link]
|
|
KUCHING: Sebanyak 2,138 saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan kerana mempunyai nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi atau 'fancy', kabur atau palsu.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, berdasarkan maklumat sebelumnya mengenai kes jenayah, banyak penjenayah menggunakan nombor plat palsu dan banyak pemilik kenderaan menggunakan nombor yang tidak mengikut standard untuk mengelak penipuan masa perangkap laju.
Katanya, orang ramai perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menggunakan nombor plat fancy apa pun yang mereka gemari kerana ia melanggar undang-undang.
"Semasa operasi perangkap laju, polis menangkap gambar nombor plat yang fancy dan saman dihantar kepada pemilik kenderaan yang salah.
"Tahun ini, lapan orang yang kenderaannya tidak berada di Kuching dikeluarkan saman," katanya pada sidang media di lokasi Operasi Khas (Nombor Pendaftaran) di Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, hari ini.
Ahsmon menegaskan, kesalahan memiliki nombor fancy, kabur atau palsu boleh dikompaun sehingga RM3,000.
Beliau turut mengingatkan kedai-kedai aksesori kereta agar tidak menjual nombor plat 'fancy'.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
credit
Lapan kes dikesan guna nombor pendaftaran kenderaan palsu, ‘fancy’ dan kabur di Kuching
KUCHING, 6 Oktober: Sebanyak lapan kes nombor pendaftaran kenderaan palsu, ‘fancy’ dan kabur dikenal pasti di daerah Kuching sejak awal tahun hingga bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati kes itu dikesan di Kuching namun kenderaan berkenaan berada di luar daerah ini.
Beliau dalam pada itu mengutuk perbuatan itu kerana ia menyebabkan orang lain mendapat masalah yang tidak dilakukan mereka.
Katanya, selain perbuatan itu menyalahi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda sehingga RM3,000, individu tidak bertanggungjawab itu juga menyusahkan orang lain.
Bercakap kepada pemberita di Kuching hari ini, beliau menegaskan Op Khas Nombor Pendaftaran Kenderaan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan tiada masyarakat terutama di Kuching menjadi mangsa perbuatan individu yang memanupulasikan nombor-nombor kenderaan.
ACP Ahsmon turut memberi peringatan kepada peniaga-peniaga yang menjual nombor kenderaan palsu atau ‘fancy’ agar tidak menjual kepada orang awam kerana ia menyalahi undang-undang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|