CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 0

[Sarawak] Operasi SJR COVID-19 Ditamatkan, Op Benteng Diteruskan

[Copy link]
Post time 7-10-2021 05:23 AM | Show all posts |Read mode


Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) COVID-19 di Sarawak ditamatkan mulai hari ini selepas beroperasi selama lapan bulan sejak Mac lepas.
Bagaimanapun, SJR untuk Operasi Benteng (Op Benteng) akan tetap diteruskan.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John ketika dihubungi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, walaupun SJR bagi Sarawak termasuk SJR Simpang Engkilili, Jalan Sri Aman-Betong ditamatkan, namun orang awam diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.
Menurutnya, pasukan polis akan meningkatkan jumlah pasukan penguatkuasaan pematuhan SOP dan mengguna pakai khidmat anggota di SJR sebelum ini untuk tujuan itu.
“Pada masa sama, saya menzahirkan penghargaan kepada orang awam dan agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat sama dalam menjayakan SJR Simpang Engkilili selama ini,” katanya.
Bercakap tentang keberkesanan SJR, beliau menyatakan bahawa kadar indeks jenayah di seluruh Daerah Sri Aman terkawal dan menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh pelaksanaan SJR.
Penamatan SJR itu susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang memutuskan tiada lagi permit diperlukan bagi rentas daerah. -EDISI UKAS



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047806 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list