CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10773|Reply: 15

[Borneo] Memandu Dari Sarawak Ke Brunei dan Sabah

[Copy link]
Post time 7-10-2021 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Tak lama lagi dah boleh rentas Negeri ...

Untuk yang minat mengembara  ...antara perkara yang korang perlu ambik tahu :

1. Sediakan matawang Brunei untuk bayar tol


Ketika memandu di wilayah Brunei, kenderaan akan melalui Tol Jambatan Rasau. Kadar bayaran yang dikenakan pada sebuah kenderaan biasa adalah Brunei Dollar (BND) $3.

Sekiranya perjalanan melibatkan pergi dan balik, maka sediakanlah duit siap-siap untuk bayaran tol dua hala. Selain matawang Brunei, tol tersebut juga menerima bayaran dalam matawang Dollar Singapore.

2. Isi minyak petrol sebelum masuk Brunei

Di Brunei, kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi minyak petrol di stesen petrol terpilih sahaja. Justeru itu, demi mengelak berlakunya masalah kereta yang dipandu kehabisan petrol sehingga perlu berpatah balik semula ke Miri, jadi, periksa lah terlebih dahulu baki petrol yang ada pada kenderaan sebelum bergerak memasuki sempadan Brunei dan isilah tangki minyak kereta semaksimum yang mungkin.

3. Dua kali memasuki wilayah Brunei

Secara umumnya, perjalanan darat dari Sarawak ke Sabah akan melewati wilayah Brunei untuk dua kali iaitu antara sempadan Miri-Brunei-Limbang dan Limbang-Brunei-Lawas.

4. Pas sementara keluar / masuk kenderaan di Brunei


Tidak seperti tahun-tahun yang sudah dimana pemandu kena isi borang sementara keluar/masuk kenderaan secara manual di pos kawalan atau imigresen di Brunei, kini para pemandu sudah boleh melengkapkan borang tersebut secara online dari rumah sebelum bertolak.  

Apa yang diperlukan adalah memasukkan butiran-butiran asas berkaitan kenderaan di portal Brunei Vehicle Online Pass (VES), dan kemudian cetak slip tersebut yang akan disertakan dengan QR Code. Tempoh sah pas tersebut adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran.


5. Scan pas sementara keluar/masuk kenderaan

Seperti yang dijelaskan, slip yang telah dicetak itu nanti akan ada paparan QR Code. Menjadi kewajipan dan tanggungjawap pemandu sendiri memastikan tiap kali kenderaan KELUAR dan MASUK di pos kawalan wilayah Brunei, slip (QR code pada slip atau pas tersebut ) harus discan pada alat scanner yang terletak di pos kawalan.

Ada ketikanya lokasi di mana terletaknya alat scanner itu tidak begitu “menonjol” di sebahagian pos kawalan, jadi eloklah bertanya saja pada pegawai kastam yang bertugas, mereka sentiasa sudi untuk membantu.  


6. Gunakan Waze untuk panduan jalan

Untuk yang pertama kali memandu menggunakan jalan darat Sarawak-Brunei-Sabah, tentu sekali risau tersesat jalan. Oleh itu, aktifkan aplikasi Waze sepanjang perjalanan adalah amat membantu terutamanya dikawasan persimpangan jalan.  

Cuma di Brunei, sekiranya masih perlu menggunakan aplikasi Waze, kamu harus aktifkan internet roaming yang dikenakan cas sekitar RM10 hingga RM20 sehari bergantung pada telco yang digunakan.


7. Barang Terlarang dan Kawalan

Oleh kerana kita akan memasuki negara Brunei, sebaiknya periksa barang-barang yang dibawa sama ada untuk tujuan kegunaan sendiri atau barang yang mahu diperdagangkan itu dikategorikan sebagai barang kawalan atau barang terlarang oleh Brunei.  


8. Elak Pergerakan Pada Waktu Kemuncak




Sesiapa pun tidak gemar terperangkap dalam trafik yang mana kenderaan berbarisan panjang hingga harus menunggu berjam lamanya sebelum dapat meneruskan perjalananan menuju ke destinasi.

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, adalah dinasihatkan kamu membuat perancangan perjalanan untuk mengelak pergerakan pada waktu puncak di pos imigren Brunei terutamanya pada waktu balik kerja atau hujung minggu sebab pada ketika itulah akan ada banyak kenderaan yang turut keluar masuk menerusi pos kawalan sempadan.


9. Waktu Operasi Pos Imigresen

Sentiasa semak waktu operasi pos imigresen. Biasanya waktu operasi standard pos imigresen adalah antara 6.00pagi hingga 12.00tengah malam dan masa operasi selalunya akan dilanjutkan ketika musim perayaan.


10. Passport

Memandangkan perjalanan dari Miri, Sarawak ke Sipitang Sabah akan melewati negara Brunei, pastikan setiap penumpang mempunyai passport (termasuk anak-anak kecil).

Bagi yang belum punya passport pula, berikut adalah antara jenis-jenis passport yang boleh kamu dapatkan dari Jabatan Imigresen Malaysia, bergantung pada keperluan masing-masing:

Passport Antarabangsa Malaysia  – RM200 untuk 5 tahun. Kadar bayaran untuk kanak-kanak dan warga emas pula adalah RM100.

Passport Terhad ke Brunei – hanya untuk warga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Passport ini hanya boleh digunakan ke Brunei. Kadar bayaran adalah RM50 untuk 5 tahun.

Dokumen Perjalanan Kumpulan – untuk warganegara Malaysia, minima 5 orang hingga 20 orang. Dokumen ini boleh digunakan mengunjungi negara-negara ASEAN (kecuali Filipina dan Indonesia). Tempoh sah laku dokumen ini adalah 9 bulan sahaja dan bayaran RM200 untuk satu dokumen.


11. Sembilan Pos Kawalan Imigresen



Sepanjang perjalanan dari Miri, Sarawak ke Brunei dan kemudian menuju ke Sipitang, Sabah, kita akan limpas 9 buah Pos Kawalan Imigresen.

    Sindumin, Sabah (pos imigresen Sindumin dan Merapok berada pada bangunan yang sama)
    Merapok, Sarawak
    Trusan, Sarawak
    Labu, Brunei
    Temburong, Brunei
    Pandaruan, Limbang
    Tedungan, Limbang
    Sungai Tujuh, Kuala Belait, Brunei
    Sungai Tujoh, Miri, Sarawak

12. Rancang perjalanan dan patuhi undang-undang lalu lintas

Pemanduan dari Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu boleh memakan masa antara 8jam hingga 10jam bergantung pada kadar pemanduan, trafik dan tempoh masa yang digunakan berehat sepanjang perjalanan (seperti buang air, berehat makan dan sebagainya). Jadi, rancang perjalanan dan bertolak awal agar dapat sampai di destinasi tepat pada masa yang dirancang.

Nasihat akhir buat para sahabat Borneodihati, memandu di lebuh raya Brunei tentunya sangat seronok kerana permukaan jalan raya yang “licin” tanpa lubang-lubang.

Apa pun sentiasalah beringat untuk mematuhi peraturan jalan raya seperti had laju yang ditetapkan dan ikutlah lorong kiri sekiranya tidak memotong. Jangan sesekali terikut-terikut kenderaan yang memecut melebihi had laju, supaya tidak memudaratkan diri dan nama baik negara apabila tertangkap melakukan kesalahan trafik di tempat orang.

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 05:49 AM | Show all posts
Artikel d atas FC ambik dari web Borneodihati

dari komen-komen ... FC terbaca ni :

No. 3 tak lama lagi dah tak valid, pasal jambatan BSB-Temburong hampir siap dan akan dibuka tak lama lagi...

No 11 perlu ada pembetulan:

Sindumin, Sabah (pos imigresen Sindumin dan Merapok berada pada bangunan yang sama)
Merapok, Sarawak
Trusan (sebenarnya MENGKALAP), Sarawak
Labu, Brunei
Temburong (sebenarnya UJONG JALAN), Brunei
Pandaruan, Limbang
Tedungan, Limbang
Sungai Tujuh, Kuala Belait, Brunei
Sungai Tujoh, Miri, Sarawak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 05:51 AM | Show all posts
Kat Brunei ... cermin kereta tak leh tinted kata nya ... akan kena saman ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 05:55 AM | Show all posts
Tunggu jalan PAN BORNEO siap ... lama lagi kot ...tak perlu lagi nak lalu Brunei


baru 70% siap ... Ogos aritu ...

Sarawak side of Pan Borneo Highway project 70% complete
By BERNAMA | 14 August 2021




SIBU: The Pan Borneo Highway project in Sarawak is now 69.60 per cent complete, says Senior Works Minister Datuk Seri Fadillah Yusof.

He said based on the contract, the completion date was set as September 2022. Due to various constraints including the movement control order, delays were inevitable, he said.

"We had several limitations such as supply chain problems and rising costs of building materials as well as manpower shortage caused by the standard operating procedures compliance.

"In addition there were challenges in complying with the different SOPs specially set for each division in Sarawak which has made it difficult to complete the project on time," he said in a statement today.

The highway project extends into Sabah, whose progress has been much slower than Sarawak's. In Decmber last year, it was reported that the Sabah stretch was only 20 per cent completed. At the time, the Sarawak side had already reached 65 per cent completion


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ni
Tp jauh eh 8-10vjam
Huuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 07:11 AM | Show all posts
babynina30 replied at 7-10-2021 07:06 AM
Best ni
Tp jauh eh 8-10vjam
Huuuu
kalo gerak dari Kota Kinabalu - Kuching ( vice versa ) lagi la lama

kalo Bintulu - Kota Kinabalu ( vice versa ) lebihkurang 8 - 10 jam



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting nya trip ni kan.. Akak so far pernah dari miri-sg7-KB and balik.. Tu pun da excited. Lagi laa kalau boleh ke Sabah.. Tapi kes kat SG tengah meningkat.. Masih ada border restrictions.. Tq fc share info.. siap ada updated info's lagi.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting nya trip ni kan.. Akak so far pernah dari miri-sg7-KB and balik.. Tu pun da excited. Lagi laa kalau boleh ke Sabah.. Tapi kes kat SG tengah meningkat.. Masih ada border restrictions.. Tq fc share info.. siap ada updated info's lagi.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 07:36 AM | Show all posts
ease replied at 7-10-2021 07:24 AM
Interesting nya trip ni kan.. Akak so far pernah dari miri-sg7-KB and balik.. Tu pun da excited. Lag ...
amboi akak ... punya la ober xcited ... sampai 2x post

saja nyakat ...
line cam apa ntah

info update kena bagi sesiap ... sblom d tanya
orang yang tak kuar rumah cam FC ni... mana tau kalo d suruh jadi tourist guide




Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 07:36 AM
amboi akak ... punya la ober xcited ... sampai 2x post

saja nyakat ...

Ha kan da agak mesti dabel post.. Macam da press replied tapi like u say la line mengong.. Picit lagi sekali la konon.. Hehe..

Akak mmg suka backpacker style travel.. Sesat2 sikit.. Mesti akan jumpa pengalaman baru.. Kalau g touristy areas, akak tak suka sgt sebab ramai orang dan mesti pricey barang2 or makanan2.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca semua ni rindunya. Sy pernah stay di Limbang 10 tahun lepas, pernah lalu jalan Limbang- brunei- miri dan Limbang-brunei-kk. Zaman tu flyover kat limbang yg nak ke sipitang tu belum siap lagi,kete nak seberang sungai masih lagi guna feri.  

Yg best lagi masa tu tak guna waze pun,suami dok hafal jalan kat sana. Salah jalan?kita patah balik.hahaha. Canggih zaman sekarang boleh guna waze. Mesti merata ceruk lagi boleh pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca semua ni rindunya. Sy pernah stay di Limbang 10 tahun lepas, pernah lalu jalan Limbang- brunei- miri dan Limbang-brunei-kk. Zaman tu flyover kat limbang yg nak ke sipitang tu belum siap lagi,kete nak seberang sungai masih lagi guna feri.  

Yg best lagi masa tu tak guna waze pun,suami dok hafal jalan kat sana. Salah jalan?kita patah balik.hahaha. Canggih zaman sekarang boleh guna waze. Mesti merata ceruk lagi boleh pegi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:32 PM | Show all posts
ease replied at 7-10-2021 07:42 AM
Ha kan da agak mesti dabel post.. Macam da press replied tapi like u say la line mengong.. Picit l ...
yang pelik nya ... porum ni ja selow

buka web lain ... buka utube elok ja laju ...

tu yang paham tu sebab FC sendiri nunggu post tu tadi dekat 5 minit ... off jer terus pastu  
ni pun masih slow tapi tak seteruk pagi tadi...

pengalaman melancong ni ... FC memang takde la
tapi dari pembacaan ... memang ramai tak suka ikut tourist guide atau guna tourist guide ...
lebih best explore sendiri ...baru rasa thrill nya ...
dalam nak explore tu pun ... mesti lah dah sedia baca2 info2 kan ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:33 PM | Show all posts
Farhaz replied at 7-10-2021 09:30 AM
Baca semua ni rindunya. Sy pernah stay di Limbang 10 tahun lepas, pernah lalu jalan Limbang- brunei- ...
rajin nyer jenjalan ...
tentu nya sekarang ni dah banyak jelajah tempat sana sini ...
boleh la share sini gambar2 pemandangan dalam simpanan

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 04:33 PM
rajin nyer jenjalan ...
tentu nya sekarang ni dah banyak jelajah tempat sana sini ...
boleh la sh ...

Pasal gambar tu yg sedih tu u, laptop kena virus abis semua folder takleh bukak..berkubur dah gambar2 kenangan tu kat sana. Pulak zaman tu takde uplod kat fb ke apa sebab internet pulak hauk. Memang tinggal memori dalam kepala je la .. huhuhu

Yg pasti memang kalau ada rezeki memang nak jalan kesana lagi. Kali ni nak bawak anak2 pulak.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:47 PM | Show all posts
Farhaz replied at 7-10-2021 04:43 PM
Pasal gambar tu yg sedih tu u, laptop kena virus abis semua folder takleh bukak..berkubur dah gamb ...
huhuhu sayang nyer ...

mesti banyak kenangan indah bersama en.somi
best sama-sama minat ...

takpa ...
nanti bila keadaan dah reda ...
bila keadaan mengizinkan ...
boleh la bersama satu family pula mengimbau kembali

Jager diri bebaik yer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050543 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list