View: 2594|Reply: 1
|
[Sabah]
Covid19 07/10/2021
[Copy link]
|
|
*Sabah 820 (790)*
*Malaysia 9,890 (9,380)*
Kota Kinabalu 103 (102)
Kota Belud 80 (43)
Keningau 48 (40)
Tuaran 48 (44)
Papar 47 (29)
Lahad Datu 44 (48)
Tenom 44 (30)
Sandakan 43 (50)
Kota Marudu 43 (86)
Ranau 38 (65)
Pitas 33 (23)
Kudat 31 (26)
Penampang 25 (17)
Tawau 22 (22)
Tambunan 19 (14)
Kinabatangan 18 (13)
Nabawan 18 (16)
Telupid 16 (2)
Kunak 15 (15)
Sipitang 15 (20)
Beaufort 15 (16)
Putatan 12 (15)
Tongod 11 (9)
Semporna 10 (10)
Kuala Penyu 10 (5)
Beluran 10 (24)
Kalabakan 2 (6)
*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *( 06/10/2021 )*
*Kluster Baru*
Tiada
*RUMUSAN HARIAN*
*(07/10/2021)*
*Jumlah kes di Sabah meningkat semula hari ini iaitu kepada 820 kes yakni tambahan (+30) kes berbanding semalam.*
*Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes adalah 15 daerah, 9 daerah lagi mencatatkan penurunan dan 3 daerah kekal dengan catatan sebagaimana semalam.*
*Kota Kinabalu kekal dengan catatan tertinggi kes iaitu 103 kes manakala kes terendah adalah Kalabakan yang hanya mencatatkan 2 kes.*
*Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Belud +37 kes, Papar +18 kes, Tenom +14 kes, Telupid +14 kes dan Pitas +10 kes.*
*Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Kota Marudu -43 kes, Ranau -27 kes dan Beluran -14 kes.*
*Jumlah kes melalui saringan bergejala adalah tinggi. Sebanyak 38.66% daripada jumlah kumulatif kes pada hari ini berpunca daripada saringan bergejala yang sinonim dengan kes-kes sporadik. Ini satu petanda bahawa virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan amat lah penting agar semua penduduk sentiasa mematuhi SOP.*
*Trend kes di Sabah dijangka akan berterusan dalam keadaan ‘turun-naik’ dalam masa terdekat. Apabila virus sudah berada ditengah-tengah komuniti, jangkitan sporadik akan mudah berlaku dan turun-naik jumlah kes harian banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada SOP.*
*Walaupun Sabah mencatat penambahan jumlah kes hari ini, 93.78% daripada jumlah tersebut adalah Kategori 1 & 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri dirumah atau di PKRC. Hanya terdapat 4 kes dalam Kategori 3, 2 kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes dicatatkan hari ini dalam Kategori 5.*
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|