CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3380|Reply: 1

[Johor] JKM jumpa ibu kandung mangsa dera dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode
JKM jumpa ibu kandung mangsa dera dalam masa terdekat[size=0.8][size=0.9]Mary Victoria Dass
[email protected]


KANAK-kanak lelaki yang dipercayai mangsa penderaan masih mendapatkan rawatan. FOTO Ihsan keluarga.



Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melihat kesesuaian dua beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh untuk tinggal bersama ibu kandung mereka.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ibu kandung kanak-kanak berusia 6 dan 11 tahun itu dalam tempoh terdekat.

"Kanak-kanak berkenaan masih lagi memerlukan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Bagi penempatan selepas dibenarkan keluar dari hospital, kami masih dalam perbincangan dengan ibu kandung untuk melihat kesesuaian kanak-kanak tinggal bersama keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, M Vikneswari, 30, berkata, kanak-kanak berkenaan beransur pulih.

Menurutnya, mereka juga tidak menunjukkan perubahan sikap atau trauma dengan kejadian menimpa.

"Saya berharap anak-anak dapat pulang ke pangkuan keluarga dan saya bersedia menjaga mereka.

"Saya tidak rela berpisah dengan dan akan mendidik mereka sebaik mungkin," katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan dakwaan seorang ibu tunggal terhadap keluarga pengasuh di Taman Selesa Jaya, Skudai di sini yang dipercayai bertindak kejam terhadap dua cahaya matanya.

Vikneswari tidak sangka dua anak lelakinya berusia enam dan 11 tahun menjadi mangsa dera pengasuh dan dia hanya menyedari perbuatan pasangan berusia 30-an itu selepas kedua-dua anaknya dihantar pulang.

Susulan itu, dua daripada tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan dua beradik di Taman Selesa Jaya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, 6 Oktober lalu.

Mereka adalah ahli keluarga pengasuh seorang wanita, B Mariamah, 60, dan anak perempuannya R Deeba, 37, sementara, pasangan suami isteri yang juga pengasuh berusia 24 dan 32 tahun bakal didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru, esok.


Disiarkan pada: Oktober 11, 2021 @ 9:24pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sekeliling memang tak tau ke ada budak kena dera?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064828 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list