CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 1

[Kedah] Ibu meninggal akibat kanser, ayah 'pergi' kerana Covid-19

[Copy link]
Post time 13-10-2021 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Ibu meninggal akibat kanser, ayah 'pergi' kerana Covid-19[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


Nur Amanina Hazwani Romli, 15, (kiri) dan adiknya Nur Amera Natasya, 13, menujukkan foto arwah ibu dan bapa mereka yang disimpan sebagai kenangan ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kuala Ruat, Sungai Petani. FOTO IZAD THAQIF HASSAN




Sungai Petani: Dalam usia meningkat remaja, dua beradik perempuan terpaksa menempuh dugaan hebat apabila menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan insan tersayang dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Pemergian ibu tercinta, Normala Mad Desa, 45, akibat kanser otak pada Ogos lalu, benar-benar menguji dua beradik itu yang selama ini menjadi tempat mereka menumpang kasih dan bermanja.

Selepas pemergian ibu, Nur Amanina Hazwani Romli, 15, dan adiknya, Nur Amera Natasya, 13, terpaksa bergantung hidup kepada bapa mereka, Romli Saad, 56.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi diuji apabila bapa yang menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 2 Oktober lalu.

Kehilangan dua insan tercinta itu ternyata memberi kesan mendalam buat mereka kerana memikirkan masa hadapan yang terpaksa ditempuh tanpa orang tersayang ketika usia baru meningkat remaja.

Mereka buntu memikirkan siapa yang akan membayar sewa rumah dihuni sejak kecil di Kampung Kuala Ruat, Yan, pada kadar RM250 sebulan.

Bukan tidak mempunyai saudara lain, namun dua beradik terbabit enggan menyusahkan sesiapa kerana tahu mereka turut mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Namun, kesedihan dan kerisauan tentang masa depan mereka sedikit terubat apabila Rumah Anak Yatim Perempuan Jariah Qaseh di Perdana Heights, di sini, sudi menerima dua beradik itu, mulai semalam.

Walaupun berat mengatur langkah meninggalkan rumah lama yang menyimpan pelbagai memori suka duka bersama arwah ibu dan bapa, dua beradik terbabit terpaksa keluar demi masa depan mereka.

Nur Amanina Hazwani berkata, dia masih ingat detik sebelum ibunya meninggal dunia apabila arwah mula tidak sihat bermula Aidiladha lalu, dan keadaannya semakin teruk dan hanya mampu terbaring sahaja di rumah.

"Sampai satu tahap, arwah ibu hanya mampu makan serta minum di tempat dia berbaring dan hanya gagahkan diri bangun untuk ke bilik air sebelum ibu saudara berbincang dengan kami untuk membawanya ke hospital.

"Kami bersetuju namun kesihatan ibu semakin merosot dan dia tidak sedarkan diri ketika dimasukkan ke wad sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya," katanya yang sangat merindui masakan ibunya.

Menurutnya, belum reda dengan kesedihan ditanggung akibat pemergian ibu, bapa mereka yang juga seorang nelayan meninggal dunia akibat Covid-19.

"Saya rapat dengan bapa dan sebelum meninggal dunia memang nampak arwah dalam keadaan letih serta lesu ketika berada di rumah, namun ketika ditanya dia hanya mengatakan sakit urat.

"Arwah meminta saya dan adik pergi ke farmasi untuk membeli ubat urat, namun dia sebenarnya disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia pada 2 Oktober lalu ketika mendapat rawatan di hospital," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh, Natipah Abu berkata, premis beroperasi sejak Jun tahun lalu itu hanya menempatkan penghuni daripada anak yatim dan yatim piatu sahaja.

"Setakat ini, ada sembilan anak yatim serta yatim piatu ditempatkan di rumah ini yang beroperasi secara percuma.

"Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang berjaya mengesan dan membantu membawa dua beradik itu ke rumah anak yatim ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Skuad Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Madad, Muhammad Ridzuan Osman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kisah dua beradik terbabit yang sebelum itu hanya meminta bantuan makanan.

Beliau berkata, ketika melawat mereka, pihaknya mendapati dua beradik terbabit memang perlu dibantu untuk mencari tempat tinggal kerana mereka masih muda dan tiada sesiapa boleh membayar sewa rumah dihuni.

Disiarkan pada: Oktober 13, 2021 @ 2:00pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2021 11:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.073496 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list