CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2998|Reply: 0

[Kedah] Kes turun, Kedah tutup PKRC Dewan Al-Farabi

[Copy link]
Post time 14-10-2021 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Kes turun, Kedah tutup PKRC Dewan Al-Farabi[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 14, 2021 @ 2:47pm[email protected]


Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al-Farabi di sini, ditutup mulai hari ini.



ALOR SETAR: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al-Farabi di sini, ditutup mulai hari ini, berikutan kes jangkitan COVID-19 yang semakin menurun di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hanya dua PKRC masih dibuka iaitu di Dewan Wawasan, Jitra dan dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Kulim.

Katanya, penutupan itu mampu menjimatkan penggunaan tenaga kerja yang boleh ditumpukan kepada tugasan lain dalam sektor kesihatan di negeri ini.

"PKRC Dewan Wawasan sudah dinaik taraf dan boleh menempatkan hingga 400 pesakit dan dilengkapi kelengkapan terbaik termasuk peralatan oksigen, jadi pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat boleh dihantar ke sana, manakala kategori lima dibawa ke hospital.

"Penutupan PKRC ini boleh dianggap sebagai suatu kejayaan, seiring kurangnya kes di Kedah kebelakangan ini.

"Kes sekarang banyak dipantau dari rumah melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) kerana keadaan mereka tidak serius ," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, PKRC Dewan Al Farabi Alor Setar beroperasi sejak empat bulan lalu, dan menerima pesakit pertama pada 8 Jun lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 bagi pelancong ke Langkawi, Dr Mohd Hayati berkata, ujian saringan itu tidak berbaloi dilakukan berikutan kes positif sangat sedikit membabitkan pelancong sebelum tiba ke pulau itu.

"Selepas melakukan ujian saringan COVID-19 kepada lebih 54,000 pelancong di tempat berlepas, hanya 0.4 peratus kes sahaja positif, maknanya tak berbaloi dengan kos membuat ujian berkenaan.

"Banyak kes berlaku akibat jangkitan tempatan iaitu orang Langkawi sendiri, jadi pelancong digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.399207 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list