View: 6195|Reply: 14
|
Kemajuan penulisan para penulis novel melayu
[Copy link]
|
husz This user has been deleted
|
saja je buka topik nie...bukan apa...sekarang ni makin byk penulis novel melayu...tapi tak semuanya best...
sesetengah tu..bukan makin elok penulisannya..tp makin teruk..
sesetengah tu...takde perkembangan langsung...macam tu aje...
sesetengah tu...stereotype..asik jln citer yg sama....
to..ada yg semakin hari semakin develop...ada yg first book..kurang menyengat...tp the next book makin berkembang...makin menyengat...
ao..apa komen korang...kalau boleh beri contoh....lebih bagus... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok first of all, let me relate to this article first..
An expert opinion -The Star, Feb 26
Mawar Shafei, Malay Short Stories and Creative Writing lecturer in the School of Malay Language, Literature and Culture Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, expounds on the two main types of novels currently in the market.
THERE are two types of novels that are popular. Firstly, there are those that deal with romance among youngsters or conflicts within a marriage or in a woman抯 life. These are favoured by readers who like the writers |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alycia rasa dalam ramai-ramai penulis melayu, Ramlee Awang Mursyid yang nampak cara penulisannya semakin meningkat dari sebuah buku ke sebuah buku yang lain.. dan lagie satu yang menariknya tentang Ramlee Awang Mursyid ialah dia banyak menyelitkan ilmu-ilmu pengetahuan, ilmu-ilmu agama dalam setiap buku yang ditulis.. sedikit sebanyak memberi info kepada kita.. nampak memang dia banyak buat research dulu untuk menghasilkan sesebuah buku.. that's whylah biasanya buku tulisan dia kita akan dpt setahun sekali jer.. .. yang penting dekat sini kualiti bukan kuantiti..
Lagi satu Norhayati Berahim.. alycia mengikuti novel dia sejak dari tahun 2002 sehingga sekarang.. bagi pendapat alycia masa tahun tu gaya penulisannya dia pun meningkat dari satu novel ke satu novel.. dan dia banyak jugak nampaknya buat sesuatu research untuk memantapkan sesuatu watak tu.. cuma sejak kebelakangan ni alycia rasa novel dia macam streotaiplah.. watak tu macam sama jer.. kisah seorang wanita yang ditindas.. kemudian bangkit semula.. rasa mcm takde perubahan.. dan rasanya novel terbaru keluaran syarikat dia.. maaf alycia lupa nama novel tu. kurang menyengat.. alycia baru baca beberapa bab tapi malas nak sambung.. rasa mcm boring dan lembab jer jln cerita dia.. bukan mcm dulu kalau kita baca novel Norhayati berahim, kita rasa tak sabar2 nak habiskan dan tau kisah selanjutnya..
ini bagi pendapat alycialah... so, pendapat u all pulak tak taulah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
husz This user has been deleted
|
thanks utk posting limau nipis...wow..dpt ilmu hari nie...
actually..yup...betul..ada byk genre...
so..terpulang pada korang nak citer pasal genre mana....at least sama2 dpt kongsi ilmu....
so..perbezaan tu..kene ikut genre lah...tu sbb aku tak minta bezakan antara penulis dgn penulis lain..tp ...development dlm karya penulis tu sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak banyak kemajuan sebab pembaca tak mau keluar dari kepompong cerita-ceriti yang sama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alycia at 10-3-2006 11:59 AM
alycia rasa dalam ramai-ramai penulis melayu, Ramlee Awang Mursyid yang nampak cara penulisannya semakin meningkat dari sebuah buku ke sebuah buku yang lain.. dan lagie satu yang menariknya tentang ...
Saya menyokong penuh alycia... Ramlee Awang Murshid sentiasa menghasilkan karya yang bermutu dan sentiasa menyelitkan unsur fakta sains dan agama dalam penulisannya! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
related article...
Waiting for the next Usman Awang
I refer to the letter, Just padding & packaging? by Mansor Puteh (Your Say, StarMag, March 5). There is now a slew of local Malay writers and titles but as Mansor mentioned, there抯 a dearth of real literary or serious works.
Most of the books discuss wishy-washy romantic stuff. Romance is not the same as love. Love is a serious matter while romance is light-hearted material.
In serious literary discourse, romance really pertains to the imagination. It is almost impossible to find a writer the likes of Usman Awang, A.Samad Said or Keris Mas among the many new writers. When we read a book about love we will somehow be 搕ouched |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 12/3/06 08:18 PM
related article...
Waiting for the next Usman Awang
I refer to the letter, Just padding & packaging? by Mansor Puteh (Your Say, StarMag, March 5). There is now a slew of local Malay write ...
cik mod.. i think emerging writers who focused on Islamic themes like Zaid Akhtar, Mawar Shafie and Faisal Tehrani is the current trend for intelectual thought provoking Malay novels market..
But still, even though they stood up, marketing is an important aspect in playing roles for the sales of the novel.. I think most Malaysians do not know about the existance of thought provoking writers nowaday due to the lack of resources (advertising, marketing, gatherings etc..)
If Malaysians support this type of novel, then people will know more about it..
[ Last edited by limau_nipis at 13-3-2006 10:59 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
husz This user has been deleted
|
Originally posted by limau_nipis at 13-3-2006 10:57 AM
cik mod.. i think emerging writers who focused on Islamic themes like Zaid Akhtar, Mawar Shafie and Faisal Tehrani is the current trend for intelectual thought provoking Malay novels market..
...
yup...maybe krg promosi..advertising...tp biasalah....org skang semua asik ke arah keseronokan ...
even aku pun...slalu beli novel cerita aje...tuk release tension...sebab bab agama nie biasanya aku ikut ustaz kat kampung tu punya kuliah...lagi best rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
tepek sini lak...
Kenapa wujud sastera bobrok?
Oleh Razali Endun
Ada semacam nada penyesalan terkesan di dalam beberapa tulisan Shahnon Ahmad mutakhir ini di dalam kolumnya Pabila Hujan Turun di majalah Dewan Sastera. Beliau bukan sahaja menyesal kerana bersama-sama jemaah yang dianggapnya sudah menyeleweng dan melakukan kezaliman yang disertainya selama ini, malah seolah-olah kesal dengan hasil ciptaan kreatifnya sebelum ini. Sikapnya yang keras bagaikan besi keluli sekonyong-konyong menjadi lembut bagaikan embun pagi.
Shahnon tiba-tiba menjadi apologetik. Daripada seorang sasterawan yang bersikap keras dan berani menjadi lembut dan lembik. Pernah dalam episod hidupnya sebagai pengarang dia dikatakan telah mengisytiharkan karya-karyanya sebagai tidak sesuai dengan sikap dan sifatnya. Malah novel Ranjau Sepanjang Jalan dianggapnya tidak sesuai dengan cita rasa sastera Islam. Apalagi dengan novel kontroversinya **** yang telah menggemparkan dunia politik tanah air pada tahun 1999, tentu sekali beliau menyesal menghasilkannya. Ini diakuinya sendiri dengan ungkapan, babak propaganda picisan dalam karya sendiri terasa hendak memuntahkan keluar.
Novel **** yang menggegarkan dunia politik tanah air, mengisahkan isi perut yang memualkan, menggambarkan keberangan dan sikap Shahnon terhadap suasana politik yang berlaku pada masa itu, beliau tiba-tiba mencipta sebuah novel terbarunya yang bernada sinis, penuh dengan metafora dan berunsur satira.
Faktor
Novelnya Lamunan Puitis mengandungi trilogi tiga novelet di dalamnya masingmasing bertajuk Sebuah Mimpi Terindah Buat Hari Tua, Titipan dan Embun. Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana baru-baru ini.
Apakah suasana politik yang berbeza pada masa kini dibandingkan apa yang berlaku ketika dia menghasilkan **** dulu menjadi faktor beliau mengalih arah? Tidak mungkin.
Menurut Mohd. Yusof Hasan, trilogi ini ditulis oleh Shahnon pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya ke-11 pada tahun 2004 dan ketika Shahnon masih lagi menjadi Ahli Parlimen Sik, Kedah.
Mengikut analisis Mohd. Yusof Hasan di dalam makalahnya Teori Kritikan Pemikiran Dalam Karya Fiksyen Shahnon Ahmad, Shahnon ingin mencari kedamaian hidup dalam alam sementara ini dengan mencari kemaafan dan keampunan.
Pengakuan meminta maaf daripada semua yang terlibat dalam pergeseran dan kemelut politik yang dialaminya. Malah meminta maaf terhadap karya-karyanya yang tidak sesuai dengan perubahan dirinya sekarang sebagai karya terlarang.
Meminta maaf terhadap kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang insan adalah digalakkan. Akan tetapi memohon maaf dan ampun terhadap pendirian ideologi yang dipegang dan diyakini selama ini adalah satu perkara yang mungkin boleh dianggap janggal.
Apalagi menyesali hasil-hasil karya kreatif yang pernah dihasilkannya sebelum ini yang telah mengangkat nama beliau dalam jagat kesusasteraan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
Shahnon sendiri mengaku bahawa dia tidak selembut A. Samad Said. Dalam hasil-hasil karya sasteranya, dia mengaku ungkapan dan bahasa yang digunakannya keras dan dia tidak mampu menyaingi kelembutan Samad. Itulah sifat dan sikapnya; dan umum seharusnya menghormati apa yang ada dalam diri Shahnon, kerana Shahnon adalah Shahnon bukan Samad Said.
Memang benar apabila Shahnon naik berang melihat suasana politik dan sosial yang bobrok, dia akan mencipta karya yang bagi sesetengah pihak dianggap bobrok. Akan tetapi kebobrokan masyarakat di sekelilingnya mempengaruhinya mencipta karya yang dianggap bobrok itu.
Beliau mengakui, apabila suasana kalbu terusik dan tercabar dengan pelbagai realiti yang melanggar fitrah dan sering memperlihatkan kebinatangan manusia, maka dengan cepatnya kalbu tertekan. Ternyata keradangan dan keberanganlah yang mencetuskan karya.
Shahnon sendiri berpendapat bahawa masyarakat yang bobrok akan melahirkan sastera yang bobrok juga. Beliau menekankan, kesusasteraan merakamkan realiti dalam masyarakat kerana realiti itu sumbernya. Keindahan sesebuah karya sastera adalah keindahan merakam kebobrokan dalaman manusia dengan segala keunikan dan kepelikan.
Apa yang dilakukan oleh Shahnon selama ini ialah berpegang kepada prinsip dan pendiriannya. Dari aspek kesusasteraan, beliau telah berjaya dalam misinya, meskipun sarat dengan maki hamun dan agak kasar pendekatannya.
Lunak
Karya-karya Shahnon sebelum **** adalah tidak sekeras novel itu. Shahnon sudah lama marah-marah terhadap pemimpin, terhadap kronisme, terhadap kebobrokan dunia politik tanah air, namun karya-karyanya sebelum lahirnya **** amat lunak penyampaiannya. Tidak ada perkataan cabul, mencarut dan najis yang digunakan secara terang-terangan. Namun, tiada siapa ambil peduli, waima pendukung parti politik yang disindirnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa Shahnon adalah satu-satunya pengarang kreatif di tanah air yang mendominasi tema politik di dalam cerpen dan novelnya. Boleh dikatakan untuk mengenal senario politik Malaysia selepas merdeka, banyak maklumat boleh didapati di dalam karya-karyanya.
Ini diakui oleh David J. Banks, sarjana dari Amerika dalam kajiannya Class to Culture: Social Conscience in Malay Novel Since Independence (1987).
Mungkin kerana kekecewaannya dalam dunia sastera yang tidak dapat memperbetulkan keadaan yang bobrok itu, Shahnon menerjun pula ke dalam arena politik. Ramai penulis dan sasterawan mengalu-alukan keputusannya itu. Tidak kurang pula yang mengharapkan supaya lebih ramai lagi sasterawan berada di dalam politik, maka nasib mereka akan terbela dan terjamin. Politik adalah segala-galanya. Politik boleh memutihkan yang hitam.
Penglibatan Shahnon dalam politik mungkin diyakini oleh pendapatnya sendiri seperti berikut, sebenarnya seorang politikus pun boleh jadi politikus yang baik yang bukan menikus. Bukan profesion politikus itu yang tikusnya tetapi manusia yang memegang profesion itulah yang tidak boleh lari daripada sifat tikus itu. (Lihat buku Kesasterawanan, Kepolitikan, Kealmaan, Kedirian, Kemanusiaan).
Gelodak kalbunya bergoncang kuat apabila berlaku kemelut politik pada tahun 1998. Dalam suasana kalbunya yang marah-marah itulah dia menghasilkan ****. **** lahir bagaikan gelombang tsunami melanda mandala politik tanah air. Pelbagai reaksi timbul apabila **** diterbitkan. Ada yang mengeluarkan fatwa, membaca **** adalah haram. Namun **** tidak mampu merobah suasana politik yang bobrok kerana politik itu ialah kuasa.
Sebagai seorang sasterawan Shahnon berasa amat kecewa dan hampa. Ini dibuktikan dengan keluhannya, bagaimanakah seorang sasterawan yang kerdil ini mampu meleraikan segala realiti yang bobrok itu secara langsung? Bodoh bukan? Mahu tidak mahu melalui karya itu sahajalah yang boleh sasterawan kerdil bertindak, dan sudah pasti karya sastera tidak boleh mengubah realiti itu. Karya sastera hanya mampu berdendang dan bersorak-sorai sahaja.
Dalam dunia politik, Shahnon juga mengalami kekecewaan. Dia seolah-olah menyesal menganggotai jemaah yang disertainya dalam politik. Ini dilahirkannya di dalam noveletnya bertajuk Embun. Tulisnya, jemaah bukan lagi untuk memulihkan bumi yang sudah separuh mati, sebaliknya terus mematikan bumi dengan kekejaman dan kezaliman di luar duga. Ternyata jemaah Embun yang dianggotainya tidak menurunkan hujan tetapi ribut taufan.
Begitulah Shahnon dalam kembara panjangnya mencari identiti dan jati dirinya sendiri. Dalam pengembaraannya itu dia bukanlah pemberontak atau revolusioner atau reformis yang tidak menentu. Shahnon kini sudah menjadi embun yang halus dan dingin. Embun yang akan hilang sifatnya apabila mentari memancar. Besi keluli yang panas yang pernah dipegangnya dulu sudah dilontar jauh-jauh. Namun kepanasan besi itu tidak mungkin dapat disejukkan oleh embun yang dingin.
Bahagia
Mohd. Yusof Hasan yakin Shahnon sudah membuat ziarah semula (revisit). Kata Mohd. Yusof, beliau sangat bahagia dengan kepulangan selepas berada dalam era traumatik, kecelaruan dan deraan batin yang amat sangat.
Apa pun, dalam pencariannya, Shahnon kelihatan masih belum mantap pendirian dan ideologinya. Beliau masih tercari-cari dahan untuk berpaut. Ini terbukti apabila dia berasa sangsi dan waswas dengan hasil karyanya sendiri. Beliau mesti kembali kepada dirinya sendiri. Kenyataannya bahawa dalam daya cipta sastera, keaslian perlu dipertahankan dan perubahan tidak boleh dibuat lagi, seharusnya menjadi pegangannya. Kalau itu falsafahnya, dia tidak perlu menyesal.
Begitu juga dalam politik, dia terasa begitu kecil sekali. Dia terumbang-ambing bagaikan sabut dilambung gelombang. Menyedari beliau menyertai jemaah yang serba kekurangan, jauh sekali mempunyai kuasa mutlak politik, tentu sekali dia tidak boleh berbuat apa-apa. Justeru kepulangannya semula ke jagat kesusasteraan tanah air dialu-alukan oleh ramai sasterawan.
Mungkin ada kebenarannya pendapat Faisal Tehrani, Shahnon sebagai sasterawan adalah lebih berkesan menegur politikus tetapi bukan sebagai politikus itu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya penulisan yg berbaur sastera pun kian pupus...
Sastera dan Kuasa Magisnya
Kesusasteraan adalah suatu bidang yang mengkaji aktiviti penggunaan lisan dan tulisan secara berseni oleh sesuatu masyarakat dalam menyampaikan sesuatu sama ada pengetahuan, nasihat, ajaran, petua, undang-undang, perasaan, duga akal dan sebagainya. Secara berseni dalam pernyataan di atas membawa maksud bahawa sesuatu yang ingin disampaikan itu baik secara lisan mahupun tulisan, tidak dilakukan secara terus terang tetapi secara halus, lembut dan selesa melalui pemilihan kata (diksi), gaya bahasa, bunyi bahasa, susunan bahasa, karangan bahasa dan gerak geri kreatif yang membawa makna. Daripada aktiviti-aktiviti ini lahirlah pelbagai hasil pengucapan seni.
Dalam kesusasteraan Melayu, hasilan seni itu antaranya adalah seperti teka-teki, simpulan bahasa, pantun, sajak, pelbagai jenis cerita (cerita binatang, cerita jenaka, novel dan cerpen), nyanyian (nyanyian kanak-kanak, bahasa berirama, dondang sayang, ghazal), tarian (joget, zapin, ronggeng, inang) dan lakonan (bangsawan, boria, drama pentas, teater).
Kesan seni daripada aktiviti-aktiviti ini cukup menakjubkan. Kecantikan seorang puteri yang dilukis dengan bahasa yang begitu indah berjaya mengasyikkan seorang raja yang perkasa. Dalam Sejarah Melayu, contohnya, Sultan Mansor Syah ingin memperisteri Raden Galuh Cendera Kirana setelah mendengar kemasyhuran kecantikan puteri itu. Rakyat jelata sesebuah negeri begitu taat setia dengan rajanya setelah mendengar cerita-cerita kayangan yang mempesonakan. Gambaran ini jelas kelihatan di dalam cerita-cerita penglipur lara seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan sebagainya ketika pergi berperang dan mengadakan keramaian. Kemenangan sesebuah kerajaan dalam peperangan berjaya dicapai melalui rasa sastera seorang perdana menteri menggunakan fenomena-fenomena alam yang selalu berlaku sebagai strategi peperangan. Hal ini jelas dilihat dalam peristiwa Perdana Menteri China menghalang kemaraan tentera Raja Suran yang ingin menyerang negeri China. Dengan menggunakan helah orang tua tiada bergigi, pohon bidara yang tinggal ranting dan jarum yang sudah berkarat. Perdana Menteri China itu berjaya meyakinkan tentera-tentera Raja Suran bahawa negeri China adalah sebuah negeri yang sangat jauh. Manakala Hang Tuah pula dengan menggunakan strategi yang sama dapat menyelamatkan negeri Melaka daripada serangan angkatan laut Siam apabila menyamarkan pokok bakau yang banyak terdapat di pantai Melaka sebagai kapal-kapal laut. Pada waktu malam, jamung akan diletakkan di pokok-pokok bakau itu supaya apabila dipandang dari jauh kelihatan seperti armada kapal laut.
Sastera
Seterusnya, kuasa sastera itu dapat dilihat pada rasa kasih dan rasa sayang seorang anak kepada ibunya yang begitu padu terjelma kesan dendangan ibu sewaktu menidurkan anaknya. Orang sakit demam menjadi sembuh setelah mendengar nyanyian ulek mayang. Ular dan buaya menjadi jinak dan tunduk setelah mendengar jampi serapah yang mengandungi sihir bahasa yang cukup magis dan keramat. Begitulah beberapa contoh yang dapat dicari dan diambil daripada khazanah sastera Melayu. Jika khazanah ini digali dan dikaji sudah tentu para pengkaji, para penyelidik dan para peminatnya menemui dimensi-dimensi lain daripada kuasa sasteranya.
Inilah beberapa contoh kuasa sastera yang cukup magis dan keramat sehingga berupaya melembutkan yang keras, menyejukkan yang panas, meringankan yang berat, menyambungkan yang patah, menyembuhkan yang luka, menjatuhkan yang tinggi dan menaikkan yang bawah. Usman Awang dalam sebuah puisinya yang terkenal iaitu Kekasih telah membayangkan hal ini melalui frasa-frasa seperti memintal buih-buih, menganyam gelombang, dan kupetik bintang-bintang.
Alangkah ruginya sesebuah masyarakat itu jika kuasa sastera dan khazanah sasteranya itu tidak dapat diperturunkan dan dikembangkan kepada generasi pewaris. Maka akan hilanglah sesuatu bangsa itu jika bahasanya tidak dipelihara. Akan hilanglah bangsa Melayu jika "bahasa"nya tidak terpelihara. Maka akan lenyap jugalah ucapan keramat laksamana Hang Tuah, "takkan Melayu hilang di dunia".
Sedar akan perkara ini, subjek kesusasteraan Melayu sudah bertahun-tahun berada di dalam jadual waktu sekolah di negara ini. Pelbagai pihak telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan mempopularkan subjek ini di kalangan para pelajar. Sukatan pelajaran telah digubal, aktviti-aktiviti sastera (seperti kursus penulisan, bengkel penulisan, ceramah sastera, baca puisi, sayembara mencipta karya sastera dan anugerah sastera) dan beberapa buah karya sastera daripada pelbagai genre telah diperkenalkan secara silih berganti kepada para pelajar demi mencapai hasrat tersebut.
Sehingga ke hari ini, para pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM 2006 boleh mengambil subjek ini yang disebut sebagai Kesusasteraan Melayu. Subjek ini terdiri daripada 2 kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1 mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Bahagian B: Karya Agung (Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu), Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional dan Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional. Manakala Kertas 2 pula mengandungi 4 bahagian juga, iaitu Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera; Bahagian B: Novel dan Cerpen, Bahagian C: Drama dan Bahagian D: Sajak.
Begitulah sebahagian daripada khazanah sastera Melayu yang perlu dijamah, dikunyah, dihadam dan dicerna oleh calon-calon STPM. Moga-moga dengan pendedahan yang sebegini, dan melalui tunjuk ajar para guru, kuasa sastera yang magis itu dapat dinikmati dan dihayati oleh para pelajar di dalam kehidupan mereka. Seterusnya, ucapan keramat laksamana Hang Tuah, "takkan Melayu hilang di dunia" akan sentiasa segar dalam kehidupan budaya dan sastera di negara kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
husz This user has been deleted
|
wa...seribulan nie..mmg sesuai jadi mod sini...mana ko dpt artikel2 nie ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 husz's post
if Sundays...there r lotsa writing on lit n reading in the papers...
those r compulsory readings 4 me...food 4 d soul... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Jika kita lihat betul2, mmg ada 2 genre penulisan Melayu. Aku sebenarnya masuk dlm kelompok genre yg 'serious' atau 'heavy'. Aku sebenarnya dah cuba utk membaca buku2 yg termasuk dlm genre pertama tadi, tapi selalunya berakhir samada aku membaca melompat2 atau terus ke pengakhiran cerita. Mungkin lain org, lain citarasanya kan...
Salah satu buku fiksi yg bagi aku memberi kesan kpd aku sehingga sekarang ialah 'Indarti' oleh Tuan Faridah Syed Abdullah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
mohon perkenalkan diri.
Saya adalah penulis dalam kategori 'first book kurang menyengat' tapi ada development - ini berdasarkan feedback pembaca, dan saya sebagai penulis yg sentiasa mahukan perkembangan positif dalam setiap karya. Okay, kalau saya cakap banyak pun tak guna, mungkin tuan-puan boleh cuba membaca karya karya saya
1) JATUH HATI DI PARIS - ALAF 21 (romance)
2) JANGAN GODA AKU - ALAF 21 (romantic comedy)
3) #GHOST - KARNADYA X (thriller romance)
thank you
ZURA RAHMANhttp://www.portalilham.my/karya-bab/Novel/Thriller-Aksi/cvOxEmrbF3U/Dt8zDEr_jk0/GHOST
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|