|
aku suka cover novel2 karnadya. nampak fresh. cumil sangat. yang terbaru drp karnadya ni, aku mmg suka kaler covernya. pink!!!
Sinopsis:
Kasih Yang Tak Pasti menghimpunkan sebanyak tujuh koleksi novel pendek (nopen) atau kisah-kisah menarik termasuk sambungan nopen Cinta Terakhir yang pernah dimuatkan dalam Biarlah Ku Sendiri. Ketahui kesudahan kisah cinta antara Kay dan Shah dalam Cinta Terakhir II. Turut dipaparkan ialah dua kisah fantasi dan sains fiksyen yang membawa pembaca mengembara ke dunia dan masa yang berbeza. Dalam Cendana Petualang Merah, anda dibawa mengembara ke alam selari yang mengamalkan hukum karma. Tiara Dayana pula memaparkan kisah penyiasatan dan perisikan pada masa hadapan. Ikuti pencarian Shazrynn dan rakan-rakannya dalam Kasih Yang Tak Pasti. Nopen tiga berangkai Cupido I, II, dan III menyingkap kisah empat watak yang akhirnya bersimpul dalam suasana yang tidak terduga.
|
|
|
|
|
|
|
|
NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL TERBARU...
Written by Administrator Friday, 30 March 2012 02:17
Last Updated on Friday, 30 March 2012 02:24
novel2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nantikan kemunculan dua buah novel baru daripada penulis-penulis kesayangan anda, Aina Emir dan Mimie Afinie. Kedua-dua novel ini turut akan diterbitkan dalam bentuk e-book. Dapatkan segera apabila ia sudah berada di pasaran!
- tajuknya tak tahu lagi..
- memang tak pernah miss beli novel aina emir dgn mimie afinie masa pesta buku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# mijot
Tambah budget lg!!! |
|
|
|
|
|
|
|
TOLONG INGATKAN AKU KARYA MIMIE AFINIE
HARGA RM23.90/ SS- RM26.90
SINOPSIS
Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.
Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azah memang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.
“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”
Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi.
TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.
p/s: macam tajuk lagu ana rafalli plak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 3.00 Pagi, Aina Emir
RM23.90/ SS- RM26.90
SINOPSIS
Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.
Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.
Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?
Tetapi… siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang.
Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan ‘baik’ vs ‘jahat’. Apakah mungkin label ‘baik’ pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan? Tapi… kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
karya aina emir yg terburu agak menarik..
masuk dalam senarai
tambah bajet |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 164# chit_ana
Mesti best mcm buku2 mimie afinie sesebelum ni... tak sabar nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca novel aina emir yang terbaru...
pukul 3 pagi... - aina emir
2.9-3 bintang
karya kali ni kurang masyuk dgn diriku...sebenarnya tak semua karya emir masuk dgn jiwa ku, hanya sesetengah sahaja.
karya terbaru ni megisahkan tentang dania. dia ada buat bisnes online secara part time jual t-shirt. dia ni banyak hadapai masalah iaitu keluarga dia berpecah belah, tak baik sgt dengan adik beradik, adik dia sakit, stok bisnes tak cukup...kiranya satu persatu masalah asik menimpa kt dania sampai aku pun penat membacanya.
anas merupakan orang menolong bisnes dania. diorang kawan baik. anas ni sudah bertunang tapi tunang dia hilangkan diri. tetiba tunang dia kembali dan diorg berkawan. tetapi anas tidak bahgia. ada rahsia yang dia simpan. dengan dania dia rasa hidup.
di kota mekah, dania dan dania disatukan sebagai suami isteri. dania jadi isteri kedua. tapi perkara ni menjadikan dania resah sebab dia rasa bersalah dengan bini pertama anas, nak2 dia kenal rapat dgn bini pertama anas. akhirnya rahsia dania sebagi isteri kedua terbongkar dan dania diminta mengundur diri. tetapi anas telah berjaya membuat bini pertama dia yang mengundurkan diri sebab rahsia yg anas pegang sebegitu lama. hidup bahgia mereka berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong Ingatkan Aku karya terbaru Mimie Afnie
tidak menghampakan, ada ketawa, geram dan
marah membacanya..
Kesimpulannya...usah terlalu cepat membenci/
mengeji seseorang kerana yang dikeji dan dibencilah
itu yang akan dicari... |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti novel2 mimie afinie yang lepas2, tolong ingatkan aku juga tidak mengecewakan. Sangat terhibur dan berpuas hati. Sebuah novel yang sweet dan ada unsur2 pengajaran. Suka dengan watak2 utama kat dalam novel ni. Azah, El dan Azlan. Suka juga dengan ending cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
yap tolong ingatkan aku best
dalam penulisan yang sempoi masih ada pengajaran...
ingin berubah kepada lebih baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Up penerbit ni
Novel terbaharu terbitan KarnaDya
Tajuk: Klong Mai
Penulis: Iman Fadia
Sinopsis
Sejak memiliki peti kayu pemberian Phat yang dikenali di sebuah tokong Siam, hidup Dayah mula diselubungi misteri. Klong Mai yang sering disebut oleh wanita bangsawan Siam dalam mimpinya memberi petanda yang peti kayu pemberian Phat bukan sebarang peti biasa.
“Dayah..awak simpan peti tu baik-baik. Saya tak boleh sentuh peti kayu tu. Tangan saya akan jadi panas. Awak simpan ya. Kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, saya redha peti tu dengan awak.” PHAT
"Aku harap...aku akan jumpa Phat satu hari nanti" DAYAH
Dayah meneruskan hidup di kampus selepas tamat SPM. Cintanya pada Ezaki, pelajar senior perubatan terpaksa dilupakan apabila mengetahui Ezaki dan Shireen bakal disatukan. Kecewa dengan Ezaki dan Phat, Dayah terpaksa terima cinta Iqbal. Segalanya bertambah huru-hara apabila Phat muncul semula dan mula membawa kepada pembongkaran Misteri Klong Mai.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
*RELOCATION OFFICE SALE!!!!****
PROMOSI INI HANYA SEHARI SAHAJA 6 Nov 2016 Semperna pembukaan Pejabat Baru KarnaDya di CHERAS,
ALAMAT: 8A, LEVEL 1,
JALAN SUASANA 2/7A,
BANDAR TUN HUSSIEN ONN,
43200 CHERAS, SELANGOR.
TEL: 03-90741415 *kami mengadakan sales sehingga 70%
*Sesi tandatangan & beramah mesra bersama penulis
*Buku baru keluaran November turut dijual ****SEMUA DI JEMPUT HADIR****
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 12-12-2016 04:57 PM
PESTA BUKU MALAYSIA!! JEMPUT DATANG KE BOOTH KARNADYA BOOTH 21 & 22 DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN PWTC PADA 14-18 DISEMBER 2016 JOM PAKAT MAI SELAGI STOCK MASIH ADA
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 25-12-2017 09:51 PM
Hi readers!!
Novel baru dah release dari karnaDya
RAHSIA DIARI MERAH
#GHOST
AKU BUKAN JURUJUAL CINTA
DETIK PERSONA
MERINDU TANPA KATA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
mohon perkenalkan diri ya .
saya ahli baru Karnadya (KARNADYA X to be precise) untu genre thriller.
Novel terbaru saya #GHOST dah diterbitkan Dec 2017. Masih panas! .
#GHOST... walaupun tajuknya ghost, tapi ada # di situ, bermaksud sesuatu...
untuk penggemar thriller, action with a bit of romance (thriller romance) bolehlah usha usha novel ni ya. so far saya terima feedback yang sgt bagus.
so check it out.
ZURA RAHMAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|