|
[MERGED] TENTANG DARAH TINGGI (HYPERTENSION)
[Copy link]
|
|
rasanya buah belimbing pun boleh membantu turunkan darah tinggi![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rawatan pilihan tekanan darah tinggi
Oleh Nurul Anuar Kari
MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi umur 30 tahun menghidap penyakit tersebut.
Di Malaysia, mungkin lebih enam juta golongan dewasa, terutamanya lelaki menghidap tekanan darah tinggi yang boleh berpunca daripada pelbagai faktor.
Terdapat faktor yang tidak boleh diubah seperti warisan genetik tetapi ada juga yang boleh diubah seperti kekerapan bersenam, merokok dan amalan pemakanan.
Tekanan darah tinggi juga menjadi antara punca utama kepada serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga kebutaan.
Walaupun mudah dikesan, masalah tekanan darah tinggi masih sukar dikesan berikutan tidak ramai yang mengambil berat mengenainya dan tidak memikirkan mereka menghadapi risiko menghidapinya.
Ini menyebabkan ada antara mereka yang hadir dengan komplikasi seperti masalah jantung atau buah pinggang apabila disahkan menghidap tekanan darah tinggi.
Klasifikasi
Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu tekanan darah sistolik dan diastolik. Tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi daripada diastolik.
Tekanan darah optimum sistolik adalah 120 milimeter Merkuri (mmHg) ke bawah, sementara diastolik pada 80 mmHg ke bawah (120/80 mmHg ke bawah).
Mereka yang mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih diklasifikasikan sebagai menghidap tekanan darah tinggi dan mungkin perlu mengambil ubat menurunkan tekanan darah, mengikut nasihat doktor.
Seperti juga diabetes, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi akan menghidap penyakit berkenaan untuk seumur hidup mereka.
Sehingga kini, belum ada ubat yang boleh memulihkan sepenuhnya kedua-dua penyakit ini dan mengembalikan tahap kesihatan pesakit kepada normal.
Bagaimanapun, penghidap tekanan darah tinggi yang dikesan awal dengan tekanan di bawah 139/89 mmHg, dikenali sebagai prahipertensi, boleh diberikan rawatan awal menggunakan ubat atau mengubah cara hidup dan mengembalikan tekanan darah kepada normal.
Pengesanan dan rawatan awal ini dapat mengelakkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi untuk seumur hidup mereka.
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia dan juga Presiden Persatuan Hipertensi Asia Pasifik, Datuk Dr. Azhari Rosman menjelaskan peratusan penghidap tekanan darah tinggi di Malaysia telah meningkat dari 33 peratus pada 1996 kepada 42.6 peratus pada 2006 mengikut laporan Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan setiap 10 tahun.
揗aklumat yang dikumpul menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam bilangan pesakit darah tinggi di negara ini.
揥alaupun masalah kesihatan ini merupakan antara faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh dirawat, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi masih gagal dikesan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan..
Kemaskini
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan kawalan tekanan darah tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengemaskini Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk rawatan penyakit tersebut. Kali terakhir CPG ini dikemaskini adalah pada 2002.
Dr. Azhari menjelaskan maklumat mengenai penyelidikan besar terkini turut disertakan dalam CPG yang baru dikemaskini ini, termasuk penekanan beberapa perkara penting untuk rujukan doktor ketika merawat pesakit.
揋aris panduan ini turut disertakan dengan maklumat sebilangan besar ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi, ada di antaranya merupakan tablet gabungan beberapa jenis ubat.
揟ablet gabungan beberapa jenis ubat mungkin menjadi pilihan bagi ramai pesakit kerana ia memudahkan aturan pengambilan ubat setiap hari, |
|
|
|
|
|
|
|
Dear Mod, can u pls merge this topic with Hypertension, for easier discussion and reference? TQ in advance. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bonita at 2-4-2008 21:10 ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dear Mod, can u pls merge this topic with Hypertension, for easier discussion and reference? TQ in advance. ...threads merged...thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
hyper tension..
kesian orang2 yang kena darah tinggi..buat la apa jenis rawatan pun janji sihat walafiat.. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun ada darah tinggi, now on adalat 10mg. dalam dok jaga makan pun bila gi cek up naik juga darah nih. boring lah. ni tgh try jus intra pulak, harap2 boleh turun bp nih....
lagi satu nak tanya pada yg tau lah kan, sakit buah pinggang mmg ada kena mengena dgn darah tinggi. so regular check up kat HKL tuh mmg ada cek darah untuk kesan sakit buah pinggang, tapi result salu ok. doc ckp tak de apa2. tapi kat result tuh i tgk protein shows 1+, bila tanya dia ckp tak de apa2. i baca kat mingguan malaysia baru2 nih ckp tanda2 sakit buah pinggang kalu ada dlm air kencing ada protein dan ada lebih gula. ni yg risau nih. mcm mana nak ilang kan protein dlm air kencing tuh. nak makan apa? apa yg tak boleh makan? pls help. |
|
|
|
|
|
|
|
KESIHATAN
Mengawal hipertensi
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Masalah hipertensi di kalangan rakyat Malaysia yang berusia
melebihi 30 tahun sedang meningkat.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0330/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg)
Gaya hidup sihat mengurangkan risiko menghidap darah tinggi
TEKANAN darah adalah daya penolakan darah terhadap dinding salur darah. Jantung mengepam darah ke dalam arteri, yang seterusnya menyampaikan darah ke seluruh bahagian badan manusia.
Maka, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan hipertensi adalah sangat berbahaya kerana ia membuatkan jantung terpaksa 'bekerja' lebih kuat untuk memompa darah ke seluruh tubuh.
Keadaan ini menyumbang kepada pengerasan arteri atau aterosklerosis dan membawa kepada kegagalan jantung.
Penyakit kardiovaskular masih kekal sebagai pembunuh nombor satu di dunia.
Ia termasuk penyakit arteri koronari dan strok. Mengikut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira seperlima, atau 1.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia disumbangkan oleh penyakit ini.
Di Malaysia, kewujudan masalah hipertensi di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 30 tahun sedang meningkat.
Jika dalam Kaji Selidik Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada tahun 1996 mencatatkan peratusan sebanyak 33 peratus, catatan kaji selidik yang dilakukan pada tahun 2006 pula adalah sebanyak 42 peratus.
"Dalam kita bercakap tentang perkara yang membimbangkan ini, terdapat dua objektif yang dimainkan oleh bidang perubatan. Pertama adalah memanjangkan hayat dan yang kedua mengurangkan simptom," kata Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman.
Bagaimanapun, menurut beliau, masalah hipertensi di kalangan mereka yang berusia kurang daripada 30 tahun juga wujud dan tetap dipandang serius.
Ia boleh berlaku jika mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti kualiti persekitaran, pemakanan, perubahan hormon, atau juga kehadiran penyakit sampingan lain.
Menurut beliau, hipertensi lazimnya dianggap masyarakat sebagai penyakit tanpa simptom. Sebab itulah ia menjadi cabaran lebih-lebih lagi untuk menerangkan kepada mereka yang mengalami hipertensi tentang keperluan mengambil ubat sepanjang hayat.
"Maka perkara lebih praktikal untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan membuat perubahan dalam gaya hidup seharian. Mereka perlu bersenam, mengurangkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam serta menitikberatkan makanan sihat," ujar Azhari.
Walaupun hipertensi merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular yang mudah dirawat, ramai pesakit hipertensi gagal didiagnosis.
Lebih membimbangkan, terdapat jumlah yang besar mereka yang sudah didiagnosis tidak mengambil perubatan yang betul seperti yang dinasihatkan doktor.
Menurut Dr. Azhari, daripada jumlah mereka yang mengambil ubat, hanya sebanyak 26 peratus yang dikawal sepenuhnya. Peratusan tersebut adalah sama dengan kiraan yang dicatatkan sedekad lalu.
"Lebih daripada satu agen diperlukan untuk mencapai sasaran bacaan tekanan darah terbaik di kalangan pesakit hipertensi. Rawatan boleh dimulakan dengan monoterapi atau kombinasi dua jenis ubat dalam dos rendah.
"Dos ubat atau bilangan jenis ubat boleh ditambah mengikut keperluan," kata Perunding Kardiologi yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. Khoo Kah Lin.
Beliau mengulas tentang pengambilan rumusan perubatan terapi gabungan seperti amlodipine besylate dan valsartan dilaporkan dapat membantu mengurangkan tekanan darah dengan lebih ketara berbanding ubat yang diambil secara sendiri.
Khoo turut memberitahu bahawa agen dwiterapi adalah kaedah terkini dalam rawatan hipertensi kerana ia menggabungkan dua ubat yang paling kerap diberi menerusi preskripsi.
Pemahaman tentang terapi terkini, mekanisme hipertensi dan pengambilan ubat-ubatan gabungan telah membuatkan pesakit mempunyai peluang baik untuk mengawal tekanan darah.
"Cuma cabarannya sekarang adalah untuk mengingatkan pengamal perubatan dan pesakit bahawa rawatan yang berkesan bukan sahaja mengenai kawalan tekanan darah, tetapi untuk mengekalkan bacaan terkawal itu demi mengelakkan komplikasi jangka panjang," terang Azhari.
Persatuan Hipertensi Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan sesi latihan untuk para doktor dan juga menganjurkan program kesedaran. Salah satu daripada kempen tersebut dilaksanakan sempena Hari Hipertensi Sedunia pada 17 Mei ini.
Laman web msh.org.my atau darahtinggi.com.my boleh dikunjungi untuk mendapatkan garis panduan amalan klinikal (CPG) untuk hipertensi.
penting tau pasal darahtinggi ni.. orang2 muda pun ramai yang mati sbb hypertension.. jadi jaga pemakanan.. kesihatan tu wokey....:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
my updates..
Last 2 weeks punye review, doc prescribed another ubat; Tenormin (atenolol) sbb BP Bon naik from usual 140/90 to 170/110.
Alhamdulillah, last Saturday pegi another checkup, BP turun to 120/85 and berat turun 3 kilo. Doc suruh maintain & sustain both BP and berat. To also keep on exercising & watch the diet. Exercise bukan setakat brisk walking, tpi Bon kene lari...every exercise tu kene tingkatkn pace & duration..
Next review in a month's time and also to do blood test. InsyaAllah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Nak kongsi citer sket.
I kena hypertension pada umur 20 tahun. Salah satu sbb adalah keturunan dan juga my lifestyle. Masa tu I belajar, but disebabkan in denial I tak pergi buat rawatan lanjutan. Dalam pada tu, I sentiasa mengalami headache tp I bergantung dgn panadol aje. Sampai lar umur I 26 tahun, satu hari tu tgh kerja tiba2 aje hidung I berdarah. Pastu I panik kejap. Lepas dua hari I decided untuk pergi klinik.
Dr so surprised macam mana I still boleh bertahan walaupun my HBP 120/220. Dr suruh admit masa tu jgk. Mula2 tu dia bagi makan atnelol. A few months later I kena admit lagi sbb HBP tinggi 100/170. since then I learnt how to control my Blood pressure. However due to work stress and lifestyle yg x sihat卛ts getting worst now. After 6 years, now I抦 on Novasc 5mg, cozaar 50mg and atenelol .
Masalah nya lately卋lood pressure I start tu tinggi balik. 100/160.. dah seminggu macam nie..dr nak monitor dulu卥alau x berubah jgk卪ungkin tambah dosage lagi
Tak tau nak cakap ape dah卻alah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #110 Darienna\ catat
salam
cuba try buah Dongak Langit ( Mahoni )Dah ramai yang cuba makan Dalam 2 - 3 hari confom turun.Cuma rasanya pahit sikit.Yang penting ianya buah bukan Chemicaly prepared. Cuba tanya doktor you ape side effect ubat yang dia prescribe tu........... |
|
|
|
|
|
|
|
Keberkesananproduk USANA di dalam menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit telah punterbukti melalui testimoni pesakit-pesakit dari seluruh dunia yang telahmengamalkan produk USANA. Produk-produk USANA telah berada di pasaran duniaselama 14 tahun. Jangkamasa ini adalah terlalu lama bagi mencari kesilapan dankeburukan, maupun kesan sampingan negatif yang mungkin diakibatkan daripengambilan suplemen USANA. Namun Suplemen USANA telah berjaya melepasi tempohujian kesan sampingan dengan jayanya. Anda boleh mendapatkan begitu banyakmaklumat testimoni USANA dari berbagai-bagai jaringan web di internet.
Adalahterbukti dimana rakan saya mengambil produk ini ketika darah tinggi,kinidengan izin NYA,berkat produk USANA yang diamalkan dan semangat beliau ygtinggi,doc yg merawat begitu terkejut dengan apa yg berlaku.
Utkmengetahui lebih lanjut.
silahantarkan alamat dan no hp ke emel.
[email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
i nak cuba satu pil tongkat ali..produk abg seorang kawan..
kalu berkesan..
insyaALLAH akan bagitau kemudian... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #113 coyotemawi\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan darah terhasil apabila daya dikenakan ke atas dinding arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seleruh bahagian badan. Tekanan darah menentukan kekuatan jantung, isipadu darah yang dipam oleh jantung dan juga kemampuan arteri ketika menyalurkan darah ke organ-organ badan.
APAKAH TEKANAN SISTOLIK?
Ia adalah tekanan darah ketika jantung menguncup ketika mengepam darah ke organ-organ badan.
APAKAH TEKANAN DIASTOLIK?
Ia adalah tekanan darah ketika jantung berehat di antara dua degupan jantung.
PENYEBAB HIPERTENSI
Tekanan darah ditentukan oleh isipadu darah yang dipam oleh jantung dan oleh saiz serta keadaan arteri. Faktor-faktor yang yang menyumbang kepada tekanan darah termasuklah isipadu air dalam darah, tahap garam dalam badan, keadaan buah pinggang, sistem salur darah dan tahap pelbagai hormon dalam badan.
SIMPTOM-SIMPTOM HIPERTENSI
Kebiasaannya tiada simptom. Kebiasaannya anda mengalami sakit kepala. Jika anda mengalami sakit kepala yang teruk anda dinasihatkan terus berjumpa doktor dengan segera.
Berikut adalah tanda seseorang itu mengalami hipertensi atau komplikasi akibat hipertensi:
l keletihan
l kecelaruan (confusion)
l penglihatan yang kurang baik
l sakit dada
l kegagalan jantung
l kencing berdarah
l hidung berdarah
l degupan jantung tidak sekata
l telinga berdengung
CADANGAN PEMAKANAN TAMBAHAN
SUPLEMEN | FAEDAH | Protein | Ia membekalkan kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan | CoEnzyme Q10 | Memperbaiki otot jantung dan membantu mengelakkan serangan jantung pertama dan berikutnya. Memperbaiki metabolisma, mengurangkan keletihan dan stress, meningkatkan tenaga, menyokong ginjal adrenal, memprocess lemak, menyingkir toksin dari badan, dan meningkatkan keupayaan sistem imun. | Omega 3 | Memperbaiki pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. Melindungi otot jantung dan merendahkan lemak dalam darah. | Garlic & Licorice | Berguna untuk jantung, memperbaiki pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. | B Complex | Memperbaiki pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. Mengurangkan tekanan keatas sistem kardoivaskular. | Calcium & Magnesium | Tahap kalsium dan magnesium yang rendah selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Penting untuk degupan jantung yang sekata dan tekanan darah yang normal. | Vitamin C dengan Bioflavanoid | Memperbaiki fungsi kelenjar adrenal dan mengelak dari darah membeku. | Vitamin E dengan Lecithin | Anti oksida yang ampuh bagi meningkatkan pengaliran darah, mencairkan darah, dan mengelak daripada pembekuan darah. Lecithin membantu mencairkan darah. | Fruit & Vegetable Fibre | Meningkatkan kandungan air dalam najis dan menyahtoksik kolon dan menyegarkan nafas. | Blood Pressure Control (herba) | Membantu menyokong dan mengekalkan fungsi peredaran yang optimum dalam seluruh peredaran tubuh |
Untuk maklumat tentang tip-tip kesihatan muat turun ebook percuma di http://www.kesihatansosial.blogspot.com
[ Last edited by zamzuri at 27-3-2009 09:15 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mak sye pun high blood pressure jgk, dh bertahun2 jgk nie. Risau jgk tengok mk selalu pening kepala, kesian pn ada. 2 bln yg lps, kwn sye tlh perkenalkan 1 jenis nutrisi selular kpd sye, stlh confirm ia selamat & xde side effect, so i terus ks mak try. Skrg mak pny blood pressure dh ok berat bdn pun dh turun, gembiranye sye. |
|
|
|
|
|
|
| |
|