View: 5681|Reply: 13
|
sinopsis novel TAK KUDUGA..
[Copy link]
|
syrzreen This user has been deleted
|
Novel TAK KUDUGA
Siti Atilia bingung apakah cintanya pada Datuk Firzat atau pada Nik Norman Farami? Tapi persembahan ke duanya cukup menguja hati. Jika boleh, dia mahu memiliki ke dua-duanya. Kemanjaan Datuk Firzat beserta budi & jasanya membuat, Siti Atilia teringat-ingat dan terjatuh cinta dalam senyap. Meski ditolak berulang kali perasaan itu namun dia seakan tewas.
Pun begitu perhatian yang diberi Nik Norman Farami padanya beserta kenakalan dan ketampanan lelaki itu menggegar jantungnya setiap kali nama itu disebut.
Bagi Datuk Firzat pula, buat julung kalinya dia merasakan cinta itu indah. Setelah lebih separuh abat mengecap hidup sepi tanpa perhatian keluarga dan cinta dari isteri tersayang, Datuk Firzat digugah dengan perhatian Siti Atilia Husna yang seakan mencintainya.
"CINTAKAH SITI PADA SAYA RANI? SAYA SUDAH TUA. TIDAK SETANDING FARAMI."
"AH CINTA ITU KAN BUTA DATUK? SAYA PERCAYA SITI MENCINTAI DATUK, BUKAN FARAMI."
"TAPI MEREKA SERING BERSAMA DAN TAMPAK SEPADAN."
"SAYA PERCAYA, SITI SENGAJA MAHU MEMBUAT DATUK CEMBURU PADANYA. BUKANKAH CEMBURU ITU TANDANYA SAYANG? SITI MAHU MELIHAT SEJAUH MANA SAYANG DATUK PADANYA."
"AH... SAYANG SEKALI, SITI SUDAH MENERIMA LAMARAN FARAMI. SITI AKAN MENJADI MENANTU SAYA."
Bagi Nik Norman Farmai, Siti Atilia Husna merupakan gadis pertama yang berjaya menambat hatinya. Persembahan Siti tidak seperti gadis2 yang pernah dikenalinya sebelum ini. Kini dia percaya dia benar2 sudah jatuh cinta dan mahu mengabadikan cintanya sehingga ke jinjang pelamin. Tapi.......
"FARAMI! DIA PEREMPUAN SIMPANAN PAPA KAU! PEREMPUAN SIMPANAN SAMA NILAINYA DENGAN PELACUR PERINGKAT TINGGI."
"KENAPA YOU LAKUKAN SEMUA INI LIA? APA MUSLIHAT YOU SEBENARNYA?"
"BIJAK SUNGGUH ENGKAU BERSANDIWARA YA? BERSELINDUNG DI SEBALIK KELEMBUTAN DAN KESOPANAN, RUPA2NYA ENGKAU PERGUNAKAN KEDUA MEREKA!"
"JIKA BENAR YOU PELACUR, JOM KE RUMAH AKU, AKU AKAN BAYAR 2 KALI GANDA DARI YANG PERNAH PAPA AKU BAYAR PADA ENGKAU!"
Siti Atilia Husna rasa benar2 terhimpit dan tersepit. Sayangnya bukan sedikit pada anak muda itu dan pada Datuk, tapi dia tidak boleh menerima penghinaan Datin Mariah.
Datin Mariah juga tidak bersalah, setiap wanita yang namanya isteri akan melatah apabila ada wanita lain di dalam kehidupan suaminya.
Habis, siapa bersalah? Siti Atilia Husna yang lemah hatinya dan ingin melihat Datuk Firzar serta isteri bahagia, atau Datuk Firzat yang sepi hidupnya ataupun Nik Norman Farmai yang berasa sakit hati ditipu buah hati sendiri?
DAPATKAN NOVEL TAK KUDUGA SEKARANG. SEGALA JAWAPAN ADA DI DALAM NYA.:love::love: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siapa penulis dan penerbit buku tu? |
|
|
|
|
|
|
|
yelah, tapi bace kat atas macam best jer... brp harga? mane blh beli? |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
penulis buku..
penulis buku ni RAMLAH RASHID. Dia ni penulis Creative gak... Harganya RM18.90.
Sedih cite ni... meleleh air mata ko... Aku ada jumpa kat Kedai buku PKNS Shah Alam. Belah KL, tentu ada. Buku ni keluaran BUKU PRIMA SDN. BHD. You all try bukak www.bukuprima.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
cover novel Takku Duga - Ramlah Rashid
ni dia cover novel Takku Duga.
zorroe pun baru habis bace. Kira orait ler. Jalan citer ringkas sangat, tak meleret.
[ Last edited by zorroe at 24-5-2006 10:53 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorroe at 24-5-2006 10:52 AM
ni dia cover novel Takku Duga.
zorroe pun baru habis bace. Kira orait ler. Jalan citer ringkas sangat, tak meleret.
Penulis buku ni bukan Kak Ramlah yg selalu masuk sini tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KRUfan at 24-5-2006 11:32 AM
Penulis buku ni bukan Kak Ramlah yg selalu masuk sini tu??
yeker? akak ramlah tu erk?
betul ker Krufan?:hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 KRUfan's post
erk.. ye ke? betul ke krufan? |
|
|
|
|
|
|
ramlah7717 This user has been deleted
|
Selama lebih kurang seminggu akak berdiam diri, sekadar membaca, tersenyum dan kekadang tersinggung jugak dek komen dalam tread ini. tapi selepas membaca tread ni, akak rasa akak perlu perjelaskan keadaan sebenar. Untuk pengetahuan semua, akak bukan penulis di atas. Akak juga bukan JK Ramlah, yang ditulis dalam tread penulis baru. etapi seperti biasa, bila nama kita sama dengan nama penulis, dan untuk akak, lebih-lebih lagi penulis baru, hati ini terdetik untuk membaca karyanya. Insy'allah, akak akan cuba dapatkan selepas ini. Tetapi, masih banyak buku yang perlu akak habiskan. Five People You Meet in Heaven memang menusuk kalbu dan membuatkan akak terfikir tentang kehidupan. Semacam ada sesuatu dalam Metamorfosis Maharani yang memaksa akak mengulangbaca untuk mendapatkan maksud tersirat karya ini. Ada sesuatu tentang karya Kash S. Johan ini, tapi tak mengapalah. Rasa-rasanya, ini bukan tempatnya untuk akak berceloteh panjang. Biar akak sambung di tread lain sahaja.
sekali lagi, akak minta maaf kalau penulisan akak menyinggung perasaan sesiapa. Tidak pernah terlintas begitu. Harapan akak cuma satu, memartabatkan dan mengkomersialkan penulisan Melayu ke darjah yang paling tinggi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nonoiz42 This user has been deleted
|
selama lebih kurang seminit aku bacer, terus aku bukak tread ni! Alah.. rilekslah kak ramlah ram, tak rock langsung! okeylah...Ampun, kak! Ampuuuunn... kwakwakwa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ramlah7717's post
to each, its own...learnt dat...opinion is free...komen jer...no problemo...
thanks for the input... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|