CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: hawa2020

FARANINA ZULFAR

[Copy link]
Yan3 This user has been deleted
Post time 19-5-2006 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by hawa2020 at 18-5-2006 01:58 PM
ini utk kak ram! kiter blm bacer lagi. tengah abiskan TIADA LAGI AIR MATA karya NURUL BATRISHA. tinggal 50 pages aje. sedih tapi bersaja aje dier ni tulis, memang best! nantilah i buat revie dlm bl ...


dah bacer. klu korang ingat, citer ni pernah masuk dalam realiti tv Audition, diorang berlakon sbg drama pentas!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2006 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by Yan3 at 19-5-2006 02:19 PM


dah bacer. klu korang ingat, citer ni pernah masuk dalam realiti tv Audition, diorang berlakon sbg drama pentas!!!


audition 1 ke 2?
Reply

Use magic Report

leenaqute52 This user has been deleted
Post time 19-5-2006 08:11 PM | Show all posts
hawa, aper lagi cover buku Kreatis Medialoka? nak cari kat tread maner?
Reply

Use magic Report

ramlah7717 This user has been deleted
Post time 21-5-2006 11:30 AM | Show all posts
tak ada sesiapa pernah membaca novel inikah? Akak ingat nak tukar-tukar pendapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by leenaqute52 at 19-5-2006 08:11 PM
hawa, aper lagi cover buku Kreatis Medialoka? nak cari kat tread maner?


da banyak kali dibincang. cuba pergi www.kreatis.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nonoiz42 This user has been deleted
Post time 23-5-2006 08:23 AM | Show all posts
aik, ini cam citer pasal aku jer... aku wanita tanpa pencinta kerana pencinta ku hapraaaakkk habis! nak belilah novel ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
nonoiz42 This user has been deleted
Post time 23-5-2006 02:09 PM | Show all posts
jumper link ni kat http://gedung-buku.blogdrive.com/comments?id=31

layaaaannnnnnn........





Pengarang: Farahnina Zulfar

Bil. Mukasurat: 450

Penerbit: Utusan Publications & Distributors

Tahun: 2005

Harga: RM18.00





Sayang dan cintanya pada Amir tak pernah berubah. Tapi entah mengapa ada getar lain apabila terpandang Razlan.Sedang Amir memendam rasa dan melukai hati Sara dalam diam. Cinta pandang pertama pada Nicole mengubah rasa. Nicole wanita idaman sedang Sara wanita pilihan.

Sukarnya meneka rasa. Cinta atau mainan perasaan. Diturut rasa ada yang terluka. Namun cinta Sara dan Amir bagai mengundang duka.



Saya beli buku ini kerana tajuknya. Bidadari Bowanavista seolah-olah mengandungi satu misteri di sebalik nama itu. Bila membaca isinya, yakinlah saya bahawa tajuk buku ini sangat bertepatan dengan ceritanya.



Segala-galanya bermula di balkoni kondo yang digelar Birai Bowanavista. Buku ini ada 4 bahagian. Bahagian pertama ialah kisah Amir dan Sara. Pasangan yang bertunang ini membeli kondo Bowanavista dan menunggu ianya siap sebelum melangsungkan perkahwinan. Sementara menunggu kondo siap itulah berlakunya berbagai peristiwa. Di Birai Bowanavista itulah Amir mula terpandang Nicole dan jatuh cinta pandang pertama? Sara pula berkenalan dengan Razlan di satu majlis dan perasaannya mula terganggu meskipun Amir tetap dicintai. Tergugatkah keputusan Sara dan Amir untuk terus berkahwin? Apa lagi suratan takdir yang akan ditempuhi oleh mereka ini?



Bahagian 2 pula ialah kisah Razlan dan Nicole. Diikuti dengan bahagian 3 ? Nicole dan Dayang dan seterusnya bahagian 4 (akhir) ? Amir dan Nicole. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang sinopsis bahagian 2, 3 & 4 kerana tidak mahu rasa suspens dan ingin tahu pembaca ?poil?. Tetapi bagi saya, dari muka pertama lagi buku ini sudah menambat saya untuk terus melekat.



Saya sangat suka dengan gaya bahasa Farahnina. Ringkas dan bijak.  Maksudnya jelas tanpa ada bahasa yang jiwang atau meleret-leret. Babak yang melibatkan Jojo membuat saya tersenyum. Farahnina tidak kekok menghidupkan watak pembantu dengan dialog yang realistik. Itu saya kagumi.

Buku ini bukan kisah cinta yang klise. Ada banyak drama di dalam (harus diingat, ini adalah cerita semata-mata). Bermulanya kisah di Birai Bowanavista, di situlah juga akhirnya.



LuPInE




   5 comments


  Posted by Asrin @ 05/07/2006 08:52 PM PDT  
Mgkn blh cuba buku2 Faranina yg lain. Saya mmg peminat dia, byk juga yg menjadi koleksi saya. Novel2 dia memang lain dr yg lain.
Eh, ni kira promote ke ni.....


   Posted by serOJa @ 05/07/2006 05:32 PM PDT  
baca bahagian satu sebab terpengaruh dengan lupine... tapi dah tahu jalan cerita; ada yang update... pinK bahasa dia ekonomik n sedap...


   Posted by pinkJambu @ 05/06/2006 05:18 PM PDT  
ulasan Lupine dan pendapat Nor watkan pinK tingin la nak baca.


   Posted by Lupine @ 05/05/2006 11:33 PM PDT  
nor ash burn, saya juga rasa begitu di akhir cerita terutama tentang Sara. Saya kira dia masih boleh diselamatkan dgn cara lain.


   Posted by nor ash burn @ 05/05/2006 10:30 PM PDT  
sy setuju, lupine. bk ini mmg buat org melekat sehingga tamat. cuma sy x berapa puas hati dgn kesudahan ceritanya. agak kelam kabut sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 04:15 PM | Show all posts
harga rm 10 je? murah tuuuu..
tebal tak novel dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2006 04:45 PM | Show all posts
mmg murah aje crab sepoh ingit. tu pon blh dpt diskaun lg klu ada sales.
Reply

Use magic Report

leenaqute52 This user has been deleted
Post time 24-5-2006 08:58 AM | Show all posts
novel utusan ni besar sket fontnyer kan...
Reply

Use magic Report

ramlah7717 This user has been deleted
Post time 24-5-2006 04:06 PM | Show all posts
Memang betul adik Leena..  hurufnya besar sikit berbanding novel lain, tetapi sesuai untuk akak yang rabun dekat ni. bacalah karya ini. Ada suatu kelainan. Rasanya, akak tak perlu bercerita lanjut. Di atas tu, sudah banyak komen.
Reply

Use magic Report

NB This user has been deleted
Post time 24-5-2006 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by leenaqute52 at 24-5-2006 08:58 AM
novel utusan ni besar sket fontnyer kan...


a'ah laa leenaqute....novel yg lain2 mcm mahligai di ufuk deja vu pun besar2 font dia....tu pasal laa tebal giler...
Reply

Use magic Report

nonoiz42 This user has been deleted
Post time 25-5-2006 08:40 AM | Show all posts
eh, korang pernah bacer novel faranina zulfar keluaran federal tak?
Reply

Use magic Report

leenaqute52 This user has been deleted
Post time 26-5-2006 08:22 AM | Show all posts
persimpangan cinta abadi yg hawa citer dulu kita dah beli. bukanlah nak kata best sgt.. tapi memang betullah.. unik! ada 2 ending.. citer ttg sepasang kekasih yg mula cinta masa remaja..lepas tu bersambung part dia orang da dewasa dan kerja... masa tu timbul konlfik.. sampai Rifal & Alia kena buat keputusan nak break ke tak... yg best, dia orang break pas tu.. raser sedih pulak.. tapi yg plg best.. kalau dia orang tak break jadi apa plk dengan kisah cinta dia orang ni ek? rasanyer apa yang penulis ni nak beritahu ia... takdir.. walau apapun keputusannya, takdir terletak di tangan Tuhan.. citer simple jer.. tapi seronok bacer. teringat bf lama.. mana tahu, dia datang balik dlm citer ni..ke..ke..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 03:20 PM | Show all posts
Murahnyer rega buku2 die...camni luvly kena li n bace gak. Luvly klo tgk cerekarama sllu jek perasan story line cite cam dlm novel...tu yg suke nengok crekarama..tp srkg kena sacrify cos af4 dh stat huhuhu......
Reply

Use magic Report

ramlah7717 This user has been deleted
Post time 30-5-2006 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by nonoiz42 at 25-5-2006 08:40 AM
eh, korang pernah bacer novel faranina zulfar keluaran federal tak?


akak pernah membaca beberapa buah novel keluaran federal. Antaranya, siri Valentine Pop dan Fantasi Puteri Halia. Daripada tajuknya pun, kita sudah tahu yang siri novel itu lebih khusus buat pembaca remaja, sama seperti novelet Ahadiat Akashah dulu-dulu, dan siri Yoyo, keluaran Creative Ent. Akak kurang minat, tapi tetap senyum sepanjang membaca novel-novel seperti ini. Ada banyak unsur humor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062182 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list