View: 3767|Reply: 5
|
METAMORFOSIS MAHARANI: KASH S. JOHAN
[Copy link]
|
nonoiz42 This user has been deleted
|
synopsis kat belakang buku:
Pada dasarnya, Malinda bagaikan memiliki segalanya. Anak tunggal tokoh korporat ternam, tiada apa yang mampu boleh digapai tangannya. Namun, soal hati sukar dibeki dengan wang ringgit. Nalurinya sedar akan perasaan cinta yg wujud terhadap Reza, seorang pensyarah berkerturunan Indonesia Belanda. Cuma ego dan sejarah lalu menghalang Malinda daripada mengakuinya.
Tatkala bertempur dengan kata hati untuk mencaturkan perasaan sebenar, ayahnya tiba-tiba terlantar sakit di hospital dek perbuatan rahsia ibunya. Malinda mengesyaki ibunya mengulangi hubungan sulit di luar. Tetapi pengakuan ibunya lebih memeranjatkan. Ibunya sudah bertaubat dek sikap buruknya dan kini sedang mengabdikan diri dalam sebuah pertubuhan agama yang bernama Maharani.
Tanpa mengira agama dan penganutnya, Maharani merupakan sebuah ajaran yang berpaksikan misi mencapai kedamaian sejati. Simbol pertubuhan Maharani - sebuah piramid putih yang bergelar Mahligai Maharani - dibina disebuah penempatan terpencil bernama Juluk Baru, Kedah. Semasa berada di sana, Malinda mula menragui ketulinan misi pertubuhan tersebut, tetapi selepas menemui Reza di sana, Malinda percaya dia sudah ditakdirkan untuk menyertai pertubuhan itu.
Sekali lagi, hati dan perasaan bercampur gaul, memaksa Malinda berfikir apakah itu kebenaran,apakah itu kepalsuan, siapakah Maharani, wujudkan cinta, atau segalanya hanya mainan perasaan semata-mata?
pendapat i: lom bacer lagi,... tapi kak ram dah komen panjang lebar.
komen kak ram:
METAMORFOSIS MAHARANI, KARYA KASH S. JOHAN
Akak memang peminat setia Kreatis Medialoka, tetapi terus terang, akak membeli novel ini lebih kerana kulit bukunya. Pertama kali akak nampak perbezaan kulit buku ini berbanding dengan novel Kreatis Medialoka yang lain. Bunga teratai yang merbak, dilatari dengan kulitnya yang putih melepak, seolah-olah melambangkan sesuatu yang luar biasa. Akak membaca sambil mengharapkan kejutan, dan kejutan itu datang dalam cara yang amat luarbiasa. Inilah kali pertama akak membaca novel yang mampu menggabungkan unsur komersial cinta dan unsur ajaran sesat di dalamnya. Sungguh luarbiasa!
Penceritaannya menarik, tidak meleret-leret, dan watak Malinda itu digaris sehingga kita sebagai pembaca mampu bersimpati dengan motifnya dalam novel ini. Akak memberhentikan karya Mitch Albom dan menyambung karya ini. Dan dalam masa 1 hari 1 malam, akak selesai membaca dan terus mendapat mesej serta jawapan yang cuba akak cari. Ternyata ada sesuatu yang penulis ingin kongsi bersama. Cinta dan Ketuhanan adalah dua aspek yang paling penting dalam kehidupan. Sekiranya kita tercelaru dan mencampuradukkan kedua-dua aspek ini, hilanglah realiti sebenar.
Akak akan cuba membaca buat kali kedua. seperti biasa, akak minta maaf sekiranya penulisan akak menyinggung sesiapa di ruang ini. Tidak ada langsung niat berbuat begitu. Sekadar ingin berkongsi rasa di kala diri terasa kesunyian. dan akak minta tolong sesiapa sahaja yang layak untuk tampalkan kulit buku ini. bacalah novel ini dan ambil ikhtibar daripada fenomena yang sedang berlaku di depan mata kita. tahniah kash s. johan. anda berjaya menggelodakkan jiwa saya dengan pelbagai cara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buku yg ni i kurang minat. tapi ok le |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nonoiz42's post
elok juga sesekali beralih kepada agenda lain. asyik konflik cinta aje.. bosan jugak rasenye. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorroe at 25-5-2006 06:33 PM
elok juga sesekali beralih kepada agenda lain. asyik konflik cinta aje.. bosan jugak rasenye.
pat tu i setuju. cuma gaya penulisan n plot perlu dibaiki. cerita ala2 suspen, tapi tak suspen. for me Janganlah kau bermimpi lagi, betul2 suspen n x disangka2. wanita tanpa pecinta pun sama. |
|
|
|
|
|
|
leenaqute52 This user has been deleted
|
da beli, tapi lom bacer sampai part ajaran sesat tu lagi... tak sabau2x. takat ni memang best. |
|
|
|
|
|
|
ramlah7717 This user has been deleted
|
leenacute, cuba adik baca mesej yg cuba diterapkan dalam ajaran sesat itu? Apakah relevannya dalam kejadian yang berlaku pada hari ini, seperti ajaran sesat Ayah Pin dan yg terbaru Tarekat? Adik dapat tak apa maksud akak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|