CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4475|Reply: 2

MURTAD MAKIN MENJADI

 Close [Copy link]
nal This user has been deleted
Post time 21-7-2006 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Sebagai Muslim, mungkin ini boleh dijadikan renungan, Bayangkan lah sekiranya ini berlaku kepada adik - beradik @ anak2 kita? Fikir..fikirkan..:hmm::hmm:

Kes Azlina Jailani (Lina Joy) lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan:

LATAR BELAKANG KES SAUDARI AZLINA JAILANI @ LINA JOY

Azlina Jailani (42 tahun) sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islamnya yang terdahulu. Beliau berbangsa Melayu berketurunan Jawa serta berasal dari keluarga Melayu Islam. Beliau telah diberikan pendidikan asas Islam dan dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya.

Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa dalam afidavitnya beliau tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998. Pada tahun 2000 beliau menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Beliau membuat permohonan sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam di dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada kebenaran dari Mahkamah Syariah membenarkan beliau keluar Islam. Beliau memohon di Mahkamah Tinggi suatu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam dan mendakwa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan membenarkan beliau keluar dari Islam. Permohonan beliau ditolak atas dasar Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa membicarakan perkara berkaitan syariah. Selain itu Mahkamah juga menolak permohonan beliau atas dasar definisi Melayu.

Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi hak untuk tidak disebut agamanya dalam kad pengenalan. Permohonan ini juga ditolak dan beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan. Setelah Mahkamah Rayuan menolak, beliau kini membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes ini, buat kali pertama Mahkamah telah membenarkan peguam pemerhati mewakili pelbagai pertubuhan memberikan hujah. Kes ini juga mendapat perhatian pelbagai badan bukan Islam dan kedutaan asing (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain). Suatu kempen di peringkat antarabangsa juga telah dibuat bertujuan antara lain memberikan kebebasan umat Islam di Malaysia menukar agama.

IMPLIKASI KES AZLINA JAILANI @ LINA JOY

Isu:

? Sama ada seseorang Islam itu berhak menggugurkan agama Islam di dalam kad pengenalan dan kemudian membolehkannya menukar agama.

? Sama ada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Ini kali pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan.
Islam & Identiti Melayu.

Islam sudah amat sebati dengan Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri mendefinisikan Melayu sebagai:

? Beragama Islam,
? Berbahasa Melayu, dan
. Mengamalkan adat resam Melayu.

Islam melangkaui batas definisi undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Nenek moyang kita mempertahankan identiti ini dan tidak mengubah agama mereka meskipun dijajah kuasa besar Kristian hampir 500 tahun.

Kesan kepada status dan peranan ISLAM di Malaysia.

1. Artikel 3 yang memperuntukkan kedudukan Istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contohnya, kelebihan seperti dalam Perkara 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain. Sekiranya Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Lina Joy, status ini dibimbangi akan terhapus.

2. Bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagaimana dalam Perkara 121(1A) juga akan terhakis kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan akan membolehkan orang Islam keluar Islam tanpa melalui proses perundangan Mahkamah Syariah.

3. Perkara 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

4. Artikel 160 - MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Lina Joy mengisytiharkan keluar Islam bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu hilang identiti Islamnya. Ini juga bermakna hubungan istimewa Melayu Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.

Kesan kepada Institusi-institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu

1. Kes Azlina Jailani mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa RajaRaja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

2. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.

3. Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Institusi seperti Majiis Raja-Raja, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.

Murtad adalah suatu kesalahan disisi hukum syara? dan apa-apa persoalan yang berkaitan dengannya semestinya ditangani oleh para ulama. Dari sudut perundangan negara, forum sebenar untuk membincangkan persoalan murtad adalah Mahkamah Syariah.

Kedudukan Islam di Malaysia sebagai rasmi Persekutuan dan kedudukan istimewanya yang merupakan antara prinsip asas perlembagaan dan intipati kontrak sosial tidak wajar dipersoalkan lagi.

Akhir-akhir ini seperti terdapat satu usaha agresif dan berterusan bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan. Ini dapat disaksikan melalui deretan kes-kes yang timbul selain Azlina Jailani seperti Kamariah Ali dan lain-lain kes murtad, kes Muhammad Abdullah @ Moorthy selain isu penubuhan Interfaith Commission (IFC), ? Article 11? dan lain-lain.

Situasi ini menjadi hangat kerana penglibatan aktif pelbagai organisasi dan individu (Islam dan Bukan Islam) yang bergerak atas nama hak asasi, kebebasan dan seumpamanya. Mereka juga turut menggerakkan kempen yang sama di peringkat antarabangsa.

Walau apapun niat mereka, hakikatnya usaha ini tetap mendatangkan banyak kesan buruk dan merumitkan keadaan. Ia turut boleh mengakibatkan ketidakharmonian dan menjejaskan kestabilan dalam masyarakat berbilang agama di negara kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 03:15 PM | Show all posts
ada ke org pahang yg murtad?harap2 takde lar...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2006 09:46 PM | Show all posts
da banyak pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042843 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list