CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4110|Reply: 12

Pentadbiran Islam

[Copy link]
Post time 15-9-2006 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapakah yg boleh memberi keterangan mengenai konsep pentadbiran Islam yg sewajarnya? dan dibandingkan bersama konsep konsep pentadbiran buatan manusia seperti demokrasi, kommunisme, Nazisme, capitalisme?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 06:33 PM | Show all posts

Reply #1 Obersliutenant's post

konsep  BISMILLAH   kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2006 08:44 PM | Show all posts
eleh main2 pulaks... haha...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 10:39 AM | Show all posts
salam

saudara dah bersedia kah????
nak jadi pemimpin
atau akan memimpin sesuatu kaum/bangsa/keluarga

dan saya nasihatkan
agar belajar banyak dan banyak dan banyak
sebab TANGGUNGGAN YANG AMAT BERAT
tersangat berat
seakan NANTI, saudara tak ingin memimpin satu orang sekalipun
jadi tanyalah diri sendiri dahulu
itulah yg TERBAIK

kalaulah anak buah saudara nanti kesusahan
maukah saudara membantu
walaupun saudara akan MENDERITA???????????????????????????
(hanya sekadar pertanyaan dr seorang MANUSIA)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2006 01:38 PM | Show all posts
Orang besi, Saya faham maksud saudara, menerajui pentadbiran sememangnya bukanlah sesuatu yg mudah tetapi apa yang sya ingin memperkembangkan adalah bahawa pemikiran kritikal akan konsep-konsep pentadbiran . Tujuan post ini adalah untuk menimba ilmu dan memperkembangkan pengetahuan serta idea idea yg bernas.Sya berniat untuk compare & contrast konsep pendabiran Islam VS barat dan manakah yg lebih releven dalam dunia moden ini. Walaupun sebagai seorg yg biasa, akan tetapi ia amat penting bagi umat Islam tahu sedikit sebanyak tentang  jenis-jenis pentadbiran yg wujud
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 09:50 PM | Show all posts
Manader main-main......


Ni pendapat peribadi jer..Konsep Bismillah..>>  Dgn nama Allah..>>Dgn Mahunya Allah...
Itulah konsep pentadbiran Islam..

Mungkin salah pendapat aku ...Sori yer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2006 10:39 PM | Show all posts
jikalau berfikir balik, sungguh benar juga katamu...
mungkin sya terlalu 'gelojoh'' membayangkan pembincangan yg lebih kritikal ...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:28 AM | Show all posts
salam

jenis pentadbiran ada banyak, betulkata saudara
yang pertama - IKUT HUKUM TUHAN DAN RASULNYA
yang kedua - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
yang kedua - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
yang ketiga - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
yang keempat - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
yang kelima - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
yang keenam - ikut syaitan dan kuncu-kuncunya
dan seterusnya.......................

amacam senang tak????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 05:32 PM | Show all posts
demokrasi...lecturer aku pernah ckp....US adalah satu negara yg menghampiri 100% demokrasi...krn membenarkan perkahwinan sejenis....

adakah demokrasi ini yg kita nak utk malaysia....

bila ditanya pada mahathir....jawapanya....malaysia mengamalkan demokrasi ala malaysia...yg mana disesuaikan dgn kehidupan dan norma2 masyarakat malaysia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 05:37 PM | Show all posts
benar, Di AMerika jenis demokrasinya kapitalis demokrasi , apakah semata-mata freedom of speech yg dibawa arus demokrasi  itu akan menghanyutkan konsep hidup bermasyarakat? Apakah kapitalisme menggalakkan pembangunan atau keruntuhan sesuatu masyarakat> Negara?

Memang benar konsep demokrasi di Malaysia memang dilakukan secare ala Malaysia ? adakah keterangan yg lebih lanjut mengenai konsep demokrasi Malaysia... tetapi adakah ia sama dengan demokrasi ala Barat... ? setahu saya sedikit sebanyak pentadbiran Malaysia menyerupai Sistem koloni British... oleh itu sejauh manakah philosophy pentadbiran politik di malaysia sesuai dengan cara hidup masyarakat Malaysia?


Sistem Sekular VS Sistem Islam

ada masalah yg bercanggah diantara sistem-sistem sekular dengan Islam yg ingin sya bincang di sini, dalam masyarakat yg berbilang bangsa dan agama  di bawah pentadbiran sekular... adakah wajib bagi seorg yg muslim akan memberi kuasa kepada org-org Islam atau org-org yg lebih berkelayakan?

[ Last edited by  Obersliutenant at 21-9-2006 05:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 02:23 AM | Show all posts
Pada pendapat aku thread kau ni sesuai dibincangkan di main board
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 03:53 PM | Show all posts
salam

tak pe kat sini pun
pasal RAMAI yg enggan masuk sini
lebih seronok dgn main board
dan disini pun TAK BOLEH MAIN MAIN
dlm TAJUK AL QURAN DAN HADITH
(masih nak main kah???)

semua pentadbiran yg saudara jelaskan adalah ciptaan manusia
sedangkan JALAN KEHIDUPAN termasuk sistem pemerintahan
adalah BERDASARKAN HUKUM TUHAN DAN RASULNYA
jika manusia itu NAK MENGAKU HAMBANYA DAN UMATNYA
dan jelas sekali sistem ini
semasa RASULLULLAH DI MADINAH bersama UMAT ISLAM
cuba pelajari/mendalaminya dan HAYATINYA
dan ITULAH SEBAIK BAIK IKUTAN
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 08:28 AM | Show all posts

salam

Perundangan Islam tidak serupa dengan perundangan2 ciptaan manusia. Perundangan Islam adalah ciptaan Allah SWT. Allah selaku pencipta kita adalah lebih layak mencipta undang2 untuk kita. Kita katakan begitu kerana Dia lebih mengetahui di mana kelemahan kita selaku ciptaanNya. Manusia tidak tahu kelemahan dirinya sendiri, apatah lagi kelemahan orang lain. Tidak layak baginya mencipta formula bagi menyelesaikan masalah yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Oleh sebab undang-undang Islam itu ciptaan Allah maka kita dapati ia amat sesuai untuk manusia di setiap masa, keadaan dan tempat. Ini amat berbeza dengan undang2 ciptaan manusia. Ciptaan manusia kadangkala sesuai untuk satu2 kaum, satu2 waktu, keadaan atau tempat sahaja tidak sesuai untuk yang laim1ya. Sebab utamanya ialah manusia jahil terhadap kelemahannya sendiri. Mana mungkin seorang manusia yang bersifat lemah dan kekurangan hendak mengatur mereka yang setaraf dengannya? Sudah pasti akan berlaku kekacauan dan perbalahan yang tidak berkesudahan.

Sumber2 perundangan Islam atau fiqah Islam bermaksud dasar-dasar yang dijadikan pegangan oleh para fuqaha' syari'at Islam di dalam berijtihad dan dijadikan sandaran di dalam mengistimbat hukum hakam syara'.

Satu-satu hukum fiqah tidak akan bersifat syar'i sekiranya tidak terbit daripada sumber-sumber ini. Kitab-kitab usul fiqah ada menyebut tentang sumber-sumber ini, iaitu :

•        Kitab Allah.
•        Sunnah Rasulullah SAW.
•        Ijma'.
•        Qias.
•        Istihsan.
•        Masalih mursalah.
•        Uruf ( adat kebiasaan ).
•        Qaul sahabi ( kata pendapat sahabat ).
•        Syar'u man qablana (syara' orang terdahulu).
•        Istishab al-asli.
•        Sad al-zara'i.

Tidak semua sumber2 di atas disepakati oleh para ulama. Ada di antaranya yang disepakati dan ada yang tidak disepakati oleh ulama. Di antara sumber2 yang disepakati oleh keseluruhan ulama ialah Kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Manakala di antara sumber2 yang hanya disepakati oleh jumhaur ulama ialah ijma' dan qias.

Manakala baki daripada itu tidak disepakati oleh ulama. Ulama berselisih pendapat mengenainya sama ada ia menjadi hujah syara' atau pun tidak.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068048 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list