CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 2

Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries (Organ Terbalik)

[Copy link]
Post time 29-9-2006 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Organ dalaman Norsabrina terbalik
Oleh: RAHANA MD


KASIH...Norsabrina sentiasa dilayan mesra oleh ibunya Che Tinor Kamaruddin (kanan), bapa Zulkifli Md. Nor dan abangnya Hafizul Fahmi (kiri).
--------------------------------------------------------------------------------

HAMPIR tidak ada bezanya Norsabrina Izzati Zulkifli, 2, dengan kanak-kanak sebaya yang lain.

Dia lincah bermain, melompat-lompat dan tersenyum manis bila diajak berbual-bual.

Tatkala jurugambar memintanya beraksi, dengan gaya bersahaja Sabrina memberi kerjasama yang memuaskan ketika wajahnya terakam di lensa kamera.

Norsabrina ditemui di rumahnya di Taman Seroja, Bandar Baru Sepang, Selangor baru-baru ini dengan ditemani ibu, ayah dan abangnya.

Walaupun kelihatan sihat, hakikatnya di sebalik tubuh kerdil itu tersembunyi dugaan Tuhan kepada ahli keluarga.

Ketika baru beberapa hari dilahirkan, ibunya, Che Tinor Kamaruddin, 38, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sepang, Selangor, hampir meraung bila diberitahu bayi yang masih merah itu tidak ada harapan untuk hidup.

Sampai ke hari ini, kata-kata doktor itu masih terus terngiang-ngiang dan bermain dalam fikirannya. Ada kala air mata Che Tinor merembes tanpa boleh disekat-sekat.

Perasaan sedih dan pilu yang bercampur-baur itu ditenangkan suaminya, Zulkifli Md. Nor, 42, seorang pengusaha kedai kek yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar si anak sentiasa sihat dan sejahtera seperti dua orang anaknya yang lain.

Melihat daripada luaran atau keadaan fizikalnya, Sabrina memang kanak-kanak yang sihat tetapi sebenarnya dia diduga Tuhan dengan pemberian beberapa organ yang terbalik kedudukannya di dalam tubuh.

Menurut ibunya, daripada penjelasan doktor yang merawatnya, sejak dilahirkan Sabrina mengalami masalah yang disebut Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau dalam bahasa mudahnya kedudukan organ yang terbalik.

揝emasa baru dilahirkan, pihak doktor mengatakan kes yang menimpa Sabrina agak kompleks kerana kebanyakan salur-salur darah yang menghubungkan antara jantung dengan organ lain disambungkan dalam kedudukan yang bersimpang siur.

揓antungnya berlubang dan dua daripada empat 憈ingkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 10:18 AM | Show all posts
mmm.....

alex x terkejut sangat pasal benda nie.... sbb alex dah tahu pasal benda2 camne bole terjadi last year....

alex sediri dilahirkan dengan 1 buah pinggang saje... only last year i came to know about it.... memang terkejut giler babas... selama suku abda lebih hidup kat dunia nie - x pernah sekalipun alex tahu yg alex nie 'x normal'.... hahahaha....

even my parents pun terkejut....

alex tahu pasal nie pun sebab alex buat scan (mcm scan orang mengandung tu).... dari situ, doktor detect that 1 of my kidney is missing.... i've to go for further test... doktor kata kadang2 memang ada organ yg x duduk di tempat asalnyer - so, just to be sure, they dii another test for me.... & confirmed that i was born with only 1 kidney....

terkejut memang terkejut.... mengalir gak air mata nie.... tapi, doktor said nothing to be worried off...

dia kata, walaupun alex hanya ada 1 buah pinggang - but the size is biger than the normal kidney size (nearly twice the size)... & my single kidney yg perform semua 'keje-keje' kat dalam badan... & alhamdullilah, memang sampai sekarang alex x pernah alami masalah kesihatan yg kritikal....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:22 AM | Show all posts
tapi dalam kes adik sabrina nnie - mungkin masalah dia lebih kritikal.... sbb dia ada jantung berlubang (if im not mistaken)...

harap adik sabrina & family sentiasa tabah....

p/s: mod2, alex akda soklan gak.... doktor bole detect yg organ kita terbalik / missing - wthout doing any examination / test ke? dalam kes adik sabrina, doktor bole detect dari masa dia dilahirkan... camne tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043919 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list