CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FussyPussy

Sejarah bolasepak Malaysia dari pengalaman forummer Bod

[Copy link]
Post time 26-12-2011 11:31 AM | Show all posts
Pesta Bola Merdeka (Merdeka Cup 1961)



Date : 2/8/1961
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 04:28 PM | Show all posts
Patutnye kne upkan smula pestabola ni.
last skli dlu msia invite yg ngara2 chokia je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:46 PM | Show all posts



Ching Hong Aik





Ching Hong Aik ketika mewakili Malaysia. Bertubuh kecil bukan halangan untuk mewakili negara yang tercinta. Kesebelasan utama Skuad Pra-Olimpik di Singapura pada Jun 1995. Duduk depan hujung kanan sekali ialah Ching Hong Aik yang memakai jersi no 8.

Final Piala Emas Raja-Raja ke-71 pada 1 Jan 2012 ini merupakan penampilan terakhir The Legend Ching Hong Aik anak jati Melaka dalam arena bolasepak tempatan. Beliau akan bersara setelah 18 tahun beraksi di padang.



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 02:51 PM | Show all posts
Sukarnya nak kekang Maradona



17/12/2011


Oleh TAN MING WAI

tan.mingwai@utusan.com.my





Reduan Abdullah


'' TIADA apa yang boleh dilakukan untuk mengekang kehebatan Diego Maradona, dia terlalu lincah, tangkas dan pantas, " demikian ujar bekas pemain tengah Selangor dan kebangsaan, Reduan Abdullah, 58, yang pernah berentap dengan Maradona yang disifatkan sebagai jagoan terbaik sepanjang zaman.

Penulis yakin tidak ramai khususnya golongan muda, yang ingat mahu pun tahu menahu akan kunjungan pra-musim Maradona bersama pasukannya, Boca Juniors ke ibu negara untuk bertemu Jemputan Selangor XI pada 1982, hampir tiga dekad lalu.

Kuala Lumpur menjadi destinasi ketiga dalam siri jelajah dunia yang turut merangkumi Los Angeles, Hong Kong, Tokyo, Kobe, Mexico dan Guatemala.

Dilangsungkan pada 12 Januari, Boca Juniors bertandang ke Stadium Merdeka dengan status digeruni iaitu juara Metropolitano, liga Argentina 1981.

" Saya dan rakan-rakan dilanda perasaan bercampur apabila dimaklumkan bahawa kami akan bertemu Boca Juniors dalam satu perlawanan persahabatan.

" Kami berasa girang, tetapi pada masa sama juga bimbang kerana takut dibelasah dengan jumlah jaringan besar, maklumlah Argentina ialah pemenang Piala Dunia 1978.

" Kami semua tidak sabar menanti-nantikan perlawanan tersebut, kami ingin lihat sejauh mana kehebatan corak permainan Amerika Selatan, " kata Reduan yang menyarung jersi No.6 untuk Gergasi Merah Kuning di antara tahun 1972-1986.

Bagi menghadapi ujian getir itu, Jemputan Selangor diperkuatkan dengan kehadiran dua penyerang handalan negara jiran, Fandi Ahmad (Singapura) dan Piyapong Pue-on (Thailand) serta bekas tonggak pertahanan, Soh Chin Aun dari Melaka.

" Fandi dan Piyapong digandingkan bersama arwah Mokhtar (Dahari) dalam rangkaian tiga penyerang untuk menggempur kubu Boca, sementara ' Tauke ' pula dijemput kembali berpasangan dengan Santokh Singh di pertahanan tengah mengemudi benteng pertahanan bersama mendiang R.Arumugam, " imbas Reduan.

Apabila hari penentuan tiba, Reduan bertekad untuk memberikan persembahan terbaik ketika berdepan Maradona dan Boca.

" Matlamat kami ialah memastikan Boca tidak menang besar dan pada masa sama kami mahu tunjukkan bahawa pemain Malaysia dan rantau Asia Tenggara juga tidak kurang hebatnya.




Tinggal kenangan... Reduan Abdullah (duduk, kanan sekali) bergambar bersama skuad bola sepak Selangor, turut kelihatan Allahyarham Mokhtar Dahari (tiga dari kanan). - utusan/Zulkarnain Mohd Saidin


"Sebaik turun ke padang, rasa gemuruh hilang digantikan dengan keyakinan," jelas Reduan.

Meskipun dikejutkan dengan jaringan Fandi seawal minit keempat, Boca kembali menguasai permainan sebelum Carlos Cordoba menyamakan kedudukan pada minit ke-19.

" Hampir kesemua pemain Boca mempunyai susuk tubuh agak tegap, kecuali Maradona, itu pun Maradona sungguh stabil ketika memegang bola, kami langsung tidak berpeluang merampas bola dari kakinya.

" Saya ada cuba menerjah, namun gagal menjatuhkannya. Tidak seperti corak permainan Eropah yang menerapkan hantaran jauh, Boca mempamerkan hantaran pendek dan penguasaan bola.

" Apabila kami cuba menyerang, barisan pertahanan Boca bertahan secara ' compact ' dan mendalam, adalah sukar kami melakukan sebarang gerakan bahaya, " katanya.

Memasuki minit ke-60, Boca akhirnya memecah kebuntuan apabila Maradona melepasi perangkap ofsaid sebelum dengan lincahnya memperdaya Arumugam dan mudah menolak masuk untuk gol kemenangan Boca.

" Saya merasakan diri amat bertuah dilahirkan dalam era tersebut. Saya pernah beraksi menentang Coventry, Tottenham dan England B, namun aksi 90 minit berdepan Boca dan Maradona adalah detik paling istimewa dalam karier saya.

" Jarang sekali kita dapat bermain dengan kelab terkemuka Amerika Selatan seperti Boca, saya sangat menghargai saat-saat itu, " katanya.



- Utusan Malaysia -




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 02:55 PM | Show all posts



- Ultras Kedah -


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 07:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:39 AM | Show all posts
Raja Bola meninggal dunia





ALLAHRAYHAM Ghani (kiri) memang tangkas ketika di zaman puncaknya.




RAJA Bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.34 pagi semalam.

Ia disahkan oleh adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail semalam.

Nik Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru di ibu negara dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri, Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan dua wanita.

Ketika zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai penyerang tengah, merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Pada 1959, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.

Allahyarham pernah merangkul anugerah Pemain Terbaik kebangsaan pada tahun 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.



- Bernama / Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 01:12 PM | Show all posts
Dali confident luck will not desert soldiers now





Posted on October 13, 2012








“ I took to the field despite being ill ... I wasn’t going to let it stop me. I had five shots at goal and ... they either hit the post or were blocked by former international goalkeeper Chow Chee Keong. We were just unlucky not to win, ” recalled Dali, who began his football career with the Armed Forces youth team before returning to his home state Kelantan.



By ERIC SAMUEL


PETALING JAYA : Football legend Dali Omar  said a stroke of bad luck cost Armed Forces their first-ever HMS Malaya Cup title 46 years ago.

The 66-year-old Dali said the army team were fully inspired after he scored in their 1-0 semi-final victory over Malaysian Police in the semi-finals in 1966.

But, on Cup final day, he came down with fever. Undeterred, the then 20-year-old Dali took to the field against a power-packed Selangor side that included the late Abdul Ghani Minhat.

Selangor won 1-0.

“ I took to the field despite being ill … I wasn’t going to let it stop me. I had five shots at goal and … they either hit the post or were blocked by former international goalkeeper Chow Chee Keong. We were just unlucky not to win, ” recalled Dali, who began his football career with the Armed Forces youth team before returning to his home state Kelantan.

At 26 years old – and at the prime of his career – the national striker set out to make a name for himself in Australia in 1972.

He landed a year’s trial with First Division side Azzurri of Perth (now known as Perth Glory) and mesmerised them with his skill and tenacity.

He then turned to coaching, training Olympics Kingsway before finally settling down in Australia.

Twenty-nine years later, Dali returned home in 2000.

On Thursday, Dali was at the Selayang Stadium to witness the semi-final clash between Armed Forces and Lions XII. Forces won 5-4 on penalties after both teams were tied at 1-1 after extra time in the second leg of the semi-finals.

“ The game could have gone either way. Forces had chances to win the game in 90 minutes. Well, I hope Forces will go on to win the title for the first time in the 91-year history of the HMS/Malaya/Malaysia Cup, ” said Dali.

However, Dali has this advice for Malaysian footballers.

“ If you want to win matches, you must score goals. It’s time the national body introduce a striker coach to assist our budding talents. Yes, we have goalkeeper coach but what about the strikers ? , ” he said.

“ It’s a pity that we don’t have prolific goal-getters in the national team. And our ranking (No. 162) is poor. I am willing to offer my services to share my vast playing knowledge with anyone.

“ I was the first one to go out of Malaysia. At that time, I was the master at scoring goals, especially with my shooting and heading abilities. It was my mental toughness and good playing ability that made me an instant hit with the Australian club.

“ That’s why it is important to emphasise on scoring techniques. ”

Dali was a member of the Malaysian team who played in the Asian Youth Tournament in 1963 at the age of 17. He also represented the national team from 1963-1969.



- The Star -



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 11:44 AM | Show all posts
aku 80s baby..start tgk bola awal 90-an..sebelum zaman rasuah..time tu bola msia masih lagi ok..liga malaysia jadi tumpuan pemain utama asia kot..skuad uzbek yang menang pingat emas sukan asia hiroshima 94 ada 2 player pahang..abduraimov azamat ng igor shukirin..pemain import pahang lagi sorang masa tu alan davidson..terer jugak..

pemain import yang hebat dulu2 yang aku ingat..

-olubunmi adigun (kedah)
-peter nekeitin (kedah)
-dimitri kalkanov (kelantan --> selangor)
-ervin boban (johor)
-scott ollerenshaw (sabah)
-michael roki (kelantan---> kl)
-Marko kraljevic (kelantan)

ada satu tahun tu bekas pemain piala dunia cameroon, emile mboh-mboh main dgn perlis..tapi aku tak ingat zaman bila..

masa final piala malaysia kedah vs singapore tu ahmad sobri mmg fenomena. alistair edward ng abbas saad nganga je tak tau nak buat ape..radhi mat din mmg hebat jaga bek kedah..zaman tu nizam adha muda lagi..baru nak kenal bola..

zaman kasut emas paling jadi tumpuan adalah masa hashim mustapha vs scott ollerenshaw..mmg gila vavi liputan time tu..

pada pendapat aku la..nak naikkan bola malaysia balik bukan senang. 1 step, pihak2 atasan fam tu kena lepas jawatan dulu..soltan pahang, azudin, hamidin, che mat jusoh..sume kena turun..

contoh : hamidin pengerusi jawatankuasa pertandingan. tgk la jadual liga malaysia skang. gam setiap sabtu ng selasa. kalo pemain liga inggeris ng sepanyol pun boleh semput. tak sempat nak rehat secukupnya. tak sempat nak training taktikal. kalau main game sabtu sahaja, banyak masa yang boleh diambil.

jurulatih, k.rajagobal plak duk pilih player yang sama. alik2 tambah sorang dua je muka baru(kecuali team ATM. aku pun pelik nape ramai sngat player ATM masuk team malaysia). lagi satu, rajagobal macam dah abeh idea je untuk taktikal. alik2 bola panjang. skang nasib baik la ada  s.kunanlan.

aku suka tgk game kelantan. bukan sebab aku org kelantan. tapi sbb taktikal bojan. banyak main bola bawah. game terbaik aku tgk tahun ni kelantan lawan lions kt kota bharu. bola bawah dan laju.

apa2 pun, harap2 malaysia will learn something from the upcoming AFF cup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 10:16 PM | Show all posts
aku ade cerita pasal perak fa dari kaca mata aku. hehe nanti la story
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062050 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list