CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Istana Kampong Gelam

[Copy link]
Post time 7-4-2009 01:43 PM | Show all posts
walaupun istana ni dah diperbaharui  tp ttp sedih sbb ianya mengikut jejak istana kt indonesia sana..drpd istana bertukar mnjadi muzium
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2009 10:52 AM | Show all posts

nyelit info...

Johor: Makam bersejarah perlukan kebenaran untuk dilawati
Oleh Amad Bahri Mardi
[email protected]


GAMBAR diambil ahli PSMNJ dari tingkap menunjukkan pintu makam Teluk Belanga berkunci.

PSMNJ kesal kawasan dijaga Jaij berkunci pada hari minggu

JOHOR BAHRU: Makam bersejarah di Singapura yang diurus tadbir Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij), dijaga amat rapi sehingga sukar untuk dilawati jika tidak mendapat kebenaran, berbanding makan bersejarah yang ada di seluruh negara.

Situasi itu mengundang pelbagai tafsiran dan pandangan oleh pelbagai pihak terutama penggiat sejarah, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dan pelawat biasa.

Tempat bersejarah sepatutnya mudah dilawati dan diziarahi oleh sesiapa saja tanpa mengira latar belakang. Jika tidak, minat mereka untuk mengkaji sejarah negara akan terganggu.

Memang diakui langkah menjaga rapi tempat berkenaan bagi mengelak berlaku vandalisme dan kegiatan khurafat oleh pihak tidak bertanggungjawab di makam lama itu wajar, tetapi janganlah sehingga menyekat orang ramai untuk melawatnya pada bila-bila masa.

Itu kejadian dialami ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor (PSMNJ) ketika melawat makam bersejarah di Teluk Belanga, Singapura, baru-baru ini.


ISTANA Kampung Gelam kini jadi Muzium Sejarah Singapura.

Walaupun makam terbabit berada di bawah tanggungjawab Malaysia iaitu diurus tadbir Jaij, tetapi ahli PSMNJ terbabit tidak dapat memasuki makam itu.

Setiausaha PSMNJ, Kamdi Kamil, berkata persatuan itu menghantar wakil untuk meninjau tiga kawasan bersejarah di Singapura termasuk dua makam yang mempunyai kaitan sejarah dengan kerajaan Johor tetapi agak malang apabila tiga kawasan terbabit berkunci.

Katanya, penjaga makam, imam dan bilal yang bertanggungjawab menjaga makam itu dikatakan bercuti dan balik ke Malaysia pada hari itu.

"Kawasan Masjid Temenggung dan makam di Teluk Belanga masih diurus tadbir Jaij. Dua makam utama dalam bangunan itu ialah makam Temenggung Daing Ibrahim, Temenggung Daing Abdul Rahman dan kaum kerabatnya.

"Sepatutnya pada hari minggu kawasan berkenaan dibuka kepada orang ramai. Jika ada pegawai bercuti, pengurusan mesti menugaskan seorang kakitangan di makam berkenaan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.233849 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list