CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3903|Reply: 2

Kaitan fikiran dan emosi

[Copy link]
Post time 13-10-2006 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Kaitan fikiran dan emosi

DARI manakah datangnya pelbagai emosi yang kita alami setiap hari? Sebagai contoh, dari manakah datangnya emosi sedih dan marah? Mengikut teori kognitif, emosi-emosi kita datang daripada kepala kita atau fikiran kita sendiri, bukan seperti yang biasanya kita sangka, iaitu dari hati kita.

Di dalam kehidupan ini terdapat orang, benda-benda, perkara-perkara dan kejadian-kejadian. Ia disebut faktor-faktor luaran atau eksternal. Kesemuanya itu berada di luar diri kita. Peristiwa-peristiwa di luar kita takkan dapat kita kawal. Sebagai contoh, kita takkan dapat mengawal apa yang akan dilakukan oleh orang lain. Kita juga takkan dapat mengawal peristiwa-peristiwa yang akan berlaku.

Di dalam diri kita terdapat pula fikiran-fikiran. Ia disebut faktor dalaman atau internal. Di dalam diri kita pula ada peristiwa-peristiwa dalaman, atau internal, iaitu fikiran-fikiran kita sendiri. Peristiwa-peristiwa dalaman ini boleh kita kawal, jadi kita boleh mengawal perkara-perkara yang kita fikirkan.

Biasanya kita percaya bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar diri kitalah yang menyebabkan kita menjadi seronok, suka, marah ataupun sedih. Peristiwa-peristiwa positif menyebabkan kita mengalami emosi-emosi positif seperti bahagia, gembira, suka dan seronok. Sebagai contoh, kita menerima buah tangan daripada rakan yang baru balik dari luar negeri, lalu peristiwa itu menyebabkan kita berasa suka dan seronok. Peristiwa-peristiwa negatif pula menyebabkan kita mengalami emosi-emosi negatif seperti sakit hati, geram, marah, benci, sedih dan kecewa. Sebagai contoh, rakan kita mengkritik diri kita lalu kita pun berasa marah dan kecewa di atas peristiwa itu.

Sangkaan bahawa emosi-emosi kita disebabkan oleh faktor-faktor luaran adalah silap. Menurut teori kognitif, faktor-faktor luaran, seperti orang lain dan peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak boleh menimbulkan sebarang emosi. Sebaliknya, yang menimbulkan segala emosi kita adalah diri kita sendiri, iaitu fikiran-fikiran kita.

Mengikut teori ini, di depan kita ada benda-benda, orang dan ada peristiwa-peristiwa. Kesemua itu tidak ada ''makna''. Ia boleh jadi bersifat positif, mungkin negatif dan mungkin neutral. Sesuatu perkara itu tidak mempunyai makna pada dirinya sendiri. ''Makna'' ada pada kita. Sama ada sesuatu itu positif, negatif mahupun neutral, ''makna'' itu terpulang kepada apa yang kita tafsirkan. Tidak ada yang dikatakan ''baik'' ataupun ''tidak baik'' atas dirinya sendiri. Sesuatu itu ''baik'' kerana kita mengatakan ia ''baik''.

Proses bagaimana fikiran-fikiran kita mencipta emosi yang kita alami adalah begini: apabila berlaku suatu peristiwa di luar sana, kita akan mentafsirkan peristiwa itu dengan menggunakan fikiran-fikiran kita. Aktiviti itu mencipta ''dialog dalaman'' di dalam kepala kita. Di dalam dialog ini kita bercakap dengan diri sendiri. Dialog dalaman inilah yang memberi tafsiran dan ''makna-makna'' kepada peristiwa-peristiwa luaran itu.

Sebagai contoh seorang rakan memberitahu bahawa kita telah melakukan kesilapan. Fikiran kita berkata: ''Dia ini baik. Hatinya ikhlas. Dia mahu supaya aku tidak susah.'' Ataupun fikiran kita mungkin berkata begini: ''Dia ni memang kawan yang tak guna. Dia fikir dia saja yang betul.'' Fikiran-fikiran seperti ini adalah contoh suatu dialog dalaman yang mengandungi tafsiran-tafsiran positif. Dialog seperti inilah yang disebut ''makna'' yang kita berikan kepada apa yang kita lihat berlaku.

Kemudian, ''makna'' yang telah kita ciptakan itu akan mencetuskan ''mood'' dan emosi yang selaras dengan mood kita itu. Selepas dialog dalaman kita mengatakan bahawa rakan kita itu baik dan ikhlas barulah terbit emosi suka kepadanya. Selepas mengatakan dia orang tak guna barulah di hati kita timbul emosi marah dan benci kepadanya. Inilah yang dimaksudkan bahawa emosi-emosi kita dicipta oleh pemikiran-pemikiran kita sendiri. Berdasarkan teori ini dengan cara mengawal pemikiran-pemikiran kita, maka kita akan dapat mengawal emosi kita.

Walau sebanyak mana sekalipun kejadian-kejadian positif mahupun negatif yang berlaku, emosi kita tetap kita yang menciptanya, bukan kejadian-kejadian itu. Peristiwa-peristiwa negatif memang boleh menyebabkan kita sakit dan menanggung rugi, seperti halnya pasu orkid yang pecah dan baju mahal yang terbakar itu. Tetapi, apabila kita tidak mengawal kemarahan kita, akibatnya kita mungkin menyebabkan diri kita menanggung kesakitan dan kerugian yang jauh lebih besar daripada apa yang ditimpakan oleh peristiwa negatif itu.

Kesalahan berfikir yang seringkali mencetuskan emosi marah ialah perbuatan memberi cap atau label. apabila kita mengecap atau melabel seseorang, kita memberi panggilan-panggilan negatif ke atas orang itu. Perkataan-perkataan tak guna, jahat, degil, dan kepala batu adalah contoh cap-cap atau label-label yang selalu kita dengar. Setelah memberi cap-cap itu ke atas orang lain, maka akibatnya kita menjadi marah dan benci kepada orang yang kita berikan cap-cap tersebut.

Apakah tujuan kita memberikan label-label negatif seperti bodoh, kejam, tak guna, zalim kepada orang-orang lain? Biasanya kita melakukan perbuatan tersebut untuk mempertahankan estim-diri atau harga diri kita sendiri. Ini kerana apabila ada orang lain merendah-rendahkan diri kita makan kita berasa estim-diri kita sedang terancam. Kita juga berasa estim-diri kita terancam apabila kita sangka diri kita tidak disukainya, ataupun tidak dikasihinya. Ancaman juga boleh timbul apabila orang lain tidak menyetujui pendapat dan idea-idea kita.

Tetapi, dengan memberi label-label negatif kepada orang itu, dan betapa buruknya sekalipun label-label yang kita berikan kepadanya, itu sama sekali tidak bermakna bahawa secara automatis orang yang kita labelkan itu menjadi seorang yang rendah dan hina. Adalah tidak logik bahwa apabila kita berkata kepada seseorang ''awak orang tak guna!'' maka dengan itu dia pun betul-betul menjadi orang yang berguna. Ia tidak masuk akal, seperti halnya adakah seseorang itu menjadi orang yang baik hanya dengan kita memanggilnya sebagai orang yang baik?

Perbuatan memberi label-label negatif adalah salah oleh kerana apabila kita memberi cap ke atas seseorang, kita hanya memikirkan segala aspek negatif yang ada pada diri orang itu, manakala ciri-ciri positif yang ada padanya kita abaikan sama sekali. Kita hanya nampak yang buruk-buruk sahaja tentang dirinya. Kita menafikan bahawa orang itu juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Padahal, setiap orang mempunyai campuran sifat-sifat yang sangat kompleks.

Perbuatan memberi label juga menyebabkan kita mengalami emosi-emosi yang sama sekali tidak perlu. Perbuatan suka melabel orang lain menyebabkan kita berasa diri kita adalah orang yang lebih ''baik'' dan lebih ''sempurna'' daripada orang yang kita labelkan. Perasaan negatif seperti itu membentuk imej-diri yang superior. Imej-diri sebegitu adalah sangat berbahaya. Dengan memiliki imej-diri seperti itu, kita akan selalu berasa perlu untuk menyalah-nyalahkan orang-orang lain di sekeliling kita.

Kita juga menjadi sangat defensif terhadap komen-komen orang lain berkenaan diri kita. Akibatnya kita selalu mencetuskan konflik yang keras dengan orang-orang yang menjadi sasaran emosi marah kita. Kesannya ialah kita menciptakan emosi-emosi dan tingkah-laku yang serupa pada diri orang yang kita serang. Mereka juga menyalahkan kita, menjadi marah dan bersikap defensif terhadap kritikan-kritikan kita.

Sudahlah perbuatan melabel itu perbuatan yang sia-sia, perbuatan itu juga sia-sia kerana kita takkan dapat menaikkan harga diri kita sendiri dengan cara menghina dan merendah-rendahkan orang lain. Barangkali dengan memberikan label-label buruk kepada orang itu kita berasa puas sedikit, tetapi itu tidak bermakna harga diri kita meningkat.

Oleh: AINON MOHD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2006 01:02 PM | Show all posts
manusia lebih dipengaruhi dengan emosi daripada logik fikiran...
semuanya mengikut persepsi atau kecenderungan individu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 03:17 PM | Show all posts
DARI manakah datangnya pelbagai emosi yang kita alami setiap hari? Sebagai contoh, dari manakah datangnya emosi sedih dan marah? Mengikut teori kognitif, emosi-emosi kita datang daripada kepala kita atau fikiran kita sendiri, bukan seperti yang biasanya kita sangka, iaitu dari hati kita.


Hami memang dah lama ada masaalah dalam perkara "hati (liver)" ni. Omputih kata "heart(jantung)" pula. Hami tak yakin bahawa kedua2 hati dan jantung mempunya  fungsi yang lain dari yang kita sedia maklum seperti mencetuskan perasaan
atau emosi.

Proses bagaimana fikiran-fikiran kita mencipta emosi yang kita alami adalah begini: apabila berlaku suatu peristiwa di luar sana, kita akan mentafsirkan peristiwa itu dengan menggunakan fikiran-fikiran kita. Aktiviti itu mencipta ''dialog dalaman'' di dalam kepala kita. Di dalam dialog ini kita bercakap dengan diri sendiri. Dialog dalaman inilah yang memberi tafsiran dan ''makna-makna'' kepada peristiwa-peristiwa luaran itu.


Hami juga teringat akan suatu pendapat bahawa ruh (essence of life) seseoranglah yang merangkumi apa2 yang dirasai berlainan dari  fungsi nafas(spirit)yang menggerakkan anggota fizikal dan proses mental. Imbangan perasaan selalunya dikacau oleh peristiwa2 yang dirakam oleh alat2 deria/sensory .....jadi tercetuslah perasaan marah, dengki, suka, duka dll. Mungkinkah ini "dialog" yang disebutkan di atas??:hmm: Akibat keatas fizikal ......tekanan darah, berpeluh, menangis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055638 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list