CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7806|Reply: 11

SEDEKAH YANG HARAM?

[Copy link]
Post time 7-11-2006 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Askm,

Orang Melayu selalu bila memberi sesuatu sebutannya SEDEKAH bukan HADIAH.
Pada pengamatan aku, sedekah dengan Hadiah beza maknanya, pengertian dan yang lebih penting ialah siapa yang layak menerima sedekah dan sapa yang layak terima Hadiah. Lafaz penting bagi orang Islam. Maka, jika lafaz cerai dilakukan, ia akan jatuh talak.

Contoh yang penting adalah pada satu ketika seorang sedang mencari Nabi Muhammad. Sebelum itu, dia berjumpa dengan seorang pendita yang dihormati memaklumkan tanda-tanda Nabi ialah di tenguknya ada tanda kenabian, bila di sedekah ia tidak menerima dan diberi hadiah ia akan ambil dan ada lg satu tanda kenabian yang pendita tu cakap tapi dah lupa lah(yang ingat boleh bagitau) tapi yang aku nak highlight ialah yang tulisan merah tu.

Masa hari raya ke atau hari biasa orang Melayu selalu bagi duit ke atau barang ke lafaznya di mulut ialah  SEDEKAH bukan hadiah. Sebab apa Nabi tolak kerana ia tidak layak untuk menerima sedekah mengikut hukum syarak dan kalau ia menerima haram hukumnya sebab ia telah megambil hak orang lain. Kekadang aku tegur orang yang bagi benda tu dan suruh dia sebut `hadiah' , dia cakap samalah tu. Aku lampirkan hadis Nabi untuk renungan,   RASULULLAH SAW pernah bersabda `Berhadiah-hadiahlah kamu kerana hadiah itu dapat merapatkan silaturahim dan menimbulkan kasih sayang satu sama lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 12:10 PM | Show all posts
jadi lepas ni x payah ckp SEDEKAH la ye.. HADIAH...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 7-11-2006 09:09 AM
Askm,

Orang Melayu selalu bila memberi sesuatu sebutannya SEDEKAH bukan HADIAH.
Pada pengamatan aku, sedekah dengan Hadiah beza maknanya, pengertian dan yang lebih penting ialah siapa yang laya ...


Sefaham saya, sedekah itu adalah untuk orang yang memerlukan manakala hadiah (atau hibah) itu boleh diberi samada
kepada orang yang memerlukan ataupun tidak. Memerlukan ini bukan sahaja dari segi wang tetapi juga dari segi kegembiraan,
keceriaan yang dibolehkan dari batasan syarak...bergantung kepada keadaan semasa. Sebab itu nabi ada kata senyum-simpulmu,
kemesraanmu kepada saudara kamu yang lain itu dikira sedekah..

Dari segi ini kita lihat definisi kedua-duanya agak umum dan boleh bertindih - kedua-duanya dianggap sebahagian
dari aktiviti "infaq" iaitu "kecenderungan untuk memberi dari menerima" yang banyak disarankan oleh Al Quran bagi
seorang individu islam yang beriman dan mahu beramal soleh.

Bagi saya bila memberi duit raya kepada anak-anak, saya niatkan sebagai sedekah kerana anak-anak kecil kerap
mencari kegembiraan dan keseronokan di hari raya dan kita memberi kepada mereka kegembiraan tersebut dengan
menghulur sedikit "duit raya" dan kegembiraan itulah sedekah kita kepada mereka. Walaupun bapak mereka mungkin
lebih kaya dari saya, akan tetapi pangkat saya adalah orang dewasa berbanding mereka kanak2 memungkinkan saya
untuk menggembirakan mereka di hari raya, yang mana merupakan saranan Rasulullah s.a.w.

Adapun sedekah haram diberi kepada Nabi Muhammad dan Keluarganya sahaja. Namun begitu mereka boleh menerima
hadiah. Umat islam lain tidaklah diharamkan menerima sedekah.

Tentang niat, berdasarkan pemahaman saya, niat "SEDEKAH KERANA ALLAH"  ataupun "HADIAH KERANA ALLAH" keduanya OK belaka
tidaklah menjadi mudarat kepada ibadat tersebut...kecualilah anda mahu memberi kepada orang2 yang disahkan keturunan
keluarga Nabi menerusi salasilah yang sahih patutlah anda niat hadiah (the onus is on them to inform you)...wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 06:36 PM | Show all posts
selalu jugak aku ucapkan perkataan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 7-11-2006 06:36 PM
selalu jugak aku ucapkan perkataan tu


Tak kisah lah nak kira Halal atau haram. Orang meminta sedekah. Hadiahkah barangan yang termamapu oleh kita.

Kalau yang meminta sedekah itu menipu, itu antara dia dengan Tuhan. Tanggungjawab kita dah selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 10:24 AM | Show all posts
macam mana lak kalau kita bersedekah atau beri hadiah kepada pertubuhan/rumah amal bukan islam. halal ke haram?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 12:36 PM | Show all posts
so,.. kalau let say saya sedekahkan al fatihah pada sahabat dan keluarga baginda SAW.. itu dah dikira "menghina" ke? dan sepatutnye saya tukar "sedekah" itu kepada "hadiah"? begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 14-11-2006 12:36 PM
so,.. kalau let say saya sedekahkan al fatihah pada sahabat dan keluarga baginda SAW.. itu dah dikira "menghina" ke? dan sepatutnye saya tukar "sedekah" itu kepada "hadiah& ...


Setahu saya sedekah yang haram kepada keluarga nabi adalah yang melibatkan harta benda material / wang ringgit
sahaja.

Tapi selalu orang katakan "mari kita hadiahkan fatihah kepada Nabi ..." jadi perkataan hadiah selalu juga digunakan dan saya
rasa lebih appropriate. Kalau dalam majlis tahlil yg biasa disebut spt "Ila hadhrathun nabi shollahu'alaihi wasallam....al fatihah!" tak ada
sebut hadiah ataupun sedekah langsung, cuma perkataan "ila" yang bermaksud "kepada".


Originally posted by gam_gajah
macam mana lak kalau kita bersedekah atau beri hadiah kepada pertubuhan/rumah amal bukan islam. halal ke haram?

Dalam mazhab shafie, sedekah sunat boleh diberi kepada orang islam atau bukan islam. Dalilnya adalah firman Allah,
揗ereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 06:48 PM | Show all posts

Reply #8 always_typo's post

thanks always typo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 09:02 AM | Show all posts
camne plak yang sedekah pastu muka masuk surat khabar?
mcm sumbangan cek kepada badan2 amal

ataupun

Mcm kat Bersamamu TV3. Dan dan tulah adun datang bagi bantuan la, kira sedekah ke hadiah mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 02:46 PM | Show all posts
Bercerita pasal sedekah ni, ada satu peristiwa yang pernah berlaku didepan saya.

Kejadian ni berlaku disebuah kedai runcit di Shah Alam.  Geli hati pun ada, tapi logik pun ada, si pembeli meminta kurangkan sikit harga barang yang dibeli, jadi pembeli tu kata "alah sedekah jerlah 10 sen".  Penjual tu jawab tak boleh sedekah sebab orang-orang kat sini semua kaya2, saya bagi diskaunlah. Nanti orang marah."

Tapi kalau sebut bagi diskaun tak dapat pahalalah agaknya kan.  Kalau sebut sedekah dapat pahala. Wallah huwa'lam terpulanglah kepada nawaitu masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 15-11-2006 02:46 PM
Bercerita pasal sedekah ni, ada satu peristiwa yang pernah berlaku didepan saya.

Kejadian ni berlaku disebuah kedai runcit di Shah Alam.  Geli hati pun ada, tapi logik pun ada, si pembeli memint ...


Dari satu perspektif "kaya" ini tak semestinya dari segi harta yang lebih tetapi dari segi pangkat.

Dalam aktiviti muamalat, mula-mula penjual lebih tinggi "pangkat"nya dari pembeli kerana dia yang menentukan harga jualan, jadi pada pendapat saya bolehlah  kot diniat sebagai sedekah.

On the other hand, bila penjual dah declare harga, pangkat penjual turun dan pangkat pembeli pulak yang naik dan kalau pembeli tu nak beri lebih
dari yang dideclare tu (ie "keep the change" ) pun kira sedekah jugaklah.

Wallahua'lam.

Bayangkan kalau penjual dan pembeli sama-sama nak bersedekah - penjual declare harga RM5.50 sedekah 0.50 jadi RM5.00 (niat bersedekah) tup-tup
pembeli bayaq RM6.00 keep the change (niat bersedekah jugak).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.106277 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list