|
Banjir di Pahang tak berubah
KUANTAN: Seramai 1,026 mangsa daripada 237 keluarga di Rompin, Raub, Kuala Lipis dan Temerloh masih ditempatkan di 22 pusat pemindahan di negeri ini berikutan paras air yang tidak berubah sejak semalam.
Di ROMPIN, 241 mangsa dari Kampung Kurnia, Kampung Garong dan Kampung Sungai Rahang ditempatkan di tiga pusat penempatan sementara di Dewan Kampung Teluk Gading, Surau Kampung Garong dan Balai Raya Kampung Bangkong.
Di RAUB, 672 mangsa dari 10 kampung iaitu Kampung Hulu Semantan, Batu Talam Tengah, Kampung Chenua, Kampung Pia, Kampung Kundang Patah, Kampung Ajai, Kampung Hulu Sungai, Kampung Ria, Kampung Sega dan Kampung Kuala Gali ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara.
Pusat berkenaan ialah di Masjid Ulu Semantan, Balai Raya Batu Talam, Sekolah Kebangsaan Chenua, Balai Raya Kampung Pia, Sekolah Kebangsaan Kuala Dong, Surau Kundang Patah dan Surau Kampung Ajai, Balai Raya Ulu Sungai, Balai Raya Kampung Ria dan Balai Raya Jeruas, Surau Sungai Lar dan Masjid Lama Kampung Gali.
Di KUALA LIPIS, 105 mangsa dari enam kampung, iaitu Kampung Binjai, Taman Teratai Benta, rumah tepi sungai Batu 1.5, Kampung Lempoyang, Kampung Lentang, Kuala Lipis dan Taman Jelai Penjong ditempatkan di lima pusat penempatan sementara iaitu Bukit Temperah, Sekolah Kebangsaan Benta, Sekolah Menengah Setiawangsa, Balai Raya Kampung Lempoyang dan Balai Raya Kampung Lentang.
Di TEMERLOH, hanya satu keluarga dari Kampung Kuala Kaung dipindahkan di Dewan Orang Ramai Taman Murni berikutan air Sungai Semantan membanjiri rumah mereka.
Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika dihubungi berkata, paras air di Sungai Ulu Semantan, Raub masih kekal.
surut. |
|