|
Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat menyelar dakwaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengatakan PAS dan KeADILan tidak berani untuk menyertai pilihan raya kerana takut menghadapi kekalahan.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily menegaskan, PAS dan KeADILan bukan takut pada kekalahan tetapi mahu meneruskan tuntutan kepada Umno dan BN serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya telus dan adil.
Menurut beliau, tindakan tegas PAS dan KeADILan itu adalah untuk membuka `mata rakyat' bukan hanya dalam pilihan raya di Dun Batu Talam tetapi seluruh Malaysia bahawa BA berani memboikot pilihan raya.
"Kita tuntut ketelusan SPR dan keadilan Umno yang banyak menggunakan jentera kerajaan dan pelbagai tipu helah yang dijalankan," katanya.
Walaupun PAS sering kalah dalam pilihan raya tetapi tambah beliau, ia tidak menimbulkan masalah sebaliknya jika Umno kalah dalam pertandingan pilihan raya ia merupakan suatu tamparan hebat.
Mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Azizah berkata, Rashid mengakui undang-undang pilihan raya memang tidak ada perubahan dan SPR sepatutnya bertindak bebas, tidak terikat dengan kuasa parti politik atau kerajaan.
Katanya, kenyataan Rashid itu seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah atau takut untuk mengakui kebenaran. - mks. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengerusi SPR nih.....cakap tak serupa bikin....
Pemimpin UMNO bole ler kater memacam sebab SPR geng dema..... |
|
|
|
|
|
|
|
by election ni payah pembangkang nak menang...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Calon diputus hari ini
Oleh Rosli Abdul Jalil, Ahmad Ghazali Musa dan Wan Hazmir Bakar
Adnan akan adakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti
RAUB: Persoalan siapa yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam hanya akan diputuskan selepas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti, malam ini.
Adnan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka pulang ke ibu negara malam ini dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
揝aya sudah memperhalusi senarai nama itu dan memendekkannya kepada beberapa calon.
揈sok (hari ini) dalam pertemuan itu saya akan memaklumkannya kepada kedua-dua pemimpin parti sebelum mereka membuat keputusan, |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Umno harap jadi wakil Batu Talam
RAUB: Wanita Umno Pahang masih menaruh harapan calon wanita dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada 28 Januari ini.
Ketuanya, Datuk Maznah Mazlan berkata beberapa nama ahli wanita yang diserahkan kepada pucuk pimpinan parti mempunyai ciri-ciri kepemimpinan terbaik.
揔ita mempunyai calon yang memenuhi kriteria. Malah, kita ada ramai profesional wanita yang berkelayakan, |
|
|
|
|
|
|
|
dun batu talam takder india?.. 100% melayu... aku tengok sendiri statistik penduduk dun batu talam... ada melayu... ada india and ada cina.... |
|
|
|
|
|
|
|
bes nye kalo aku dok kat batu talam sekarang ni....macam2 aku nak mintak....gerenti dapat nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
KERENGGE NI ORANG MANA HAH?
Di Cheroh ada kampung baru (pengundi cina) dan Estate(pengundi India). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by semerbak at 15-1-2007 02:46 PM
KERENGGE NI ORANG MANA HAH?
Di Cheroh ada kampung baru (pengundi cina) dan Estate(pengundi India).
jangan ler maroh wehhh....nnt lekas tua....:bgrin: kome nih dapat dr surat kabor jerk....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by semerbak at 15-1-2007 02:46 PM
KERENGGE NI ORANG MANA HAH?
Di Cheroh ada kampung baru (pengundi cina) dan Estate(pengundi India).
:setuju: :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
aziz kiram jadi calon bn...... huhuhuhuuh |
|
|
|
|
|
|
|
meriah lerr seminggu nih ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Umno Kelana Jaya |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Umno Raub |
|
|
|
|
|
|
|
Aziz Kiram Calun BN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by semerbak at 19-1-2007 07:46 AM
Wanita Umno Kelana Jaya
huhuhuhuhu....macam2 pesen kain makcik ni buat baju seragam umno.... ada bunga2 lah.. sulam timbul lah.. hapa lah... umno ni takder keseragaman ker... berpinar mata aku... tu belum yang letak labuciiiiiii...... adehhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
PUTERI UMNO DI BALAIRAYA KAMPUNG RIA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|