CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3701|Reply: 3

Kapal terbang plastik

[Copy link]
Post time 30-1-2007 09:09 AM | Show all posts |Read mode


KETIKA Perang Dunia Kedua, London telah dibom dengan teruknya olehroket-roket Jerman. Disebabkan Jerman telah menakluki Perancis danBelgium, maka Britain terpaksa mencari jalan untuk membina pesawatperang yang boleh terbang pergi dan balik dari Britain hingga ke Jermantanpa perlu mengisi minyak.
Akhirnya jurutera mereka telah mereka cipta pesawat perang daripadakayu kerana keperluan waktu perang tidak mensyaratkan pesawat tersebutdigunakan dalam tempoh yang lama. Dengan menggunakan badan daripadakayu, pesawat Spitfire telah dapat mengurangkan beratnya sehingga 2000pound (907 kg) jika dibandingkan versinya yang dibina daripada besi danaluminium. Lebih ringan pesawat tersebut, lebih jimat bahan api yangdigunakan. Dan akhirnya pesawat ini dapat dibina dengan pantas dan iatelah digunakan untuk membawa bom dari Britain dan digugurkan dibandar-bandar di Jerman. Banyak bandar musnah dan akhirnya Jermanterpaksa mengaku kalah.
Dalam merekabentuk sesebuah pesawat, satu prinsip yang perludipegang adalah weight is enemy (berat adalah musuh). Kapal terbangyang berat akan menyebabkan pesawat tersebut tidak boleh terbang jauhkerana bahan api yang tidak mencukupi.
Satu contoh yang jelas adalah, pengurusan Air Asia X telahmemaklumkan kepada bakal penumpangnya bahawa pesawatnya akan singgah dinegara Teluk bagi mengisi minyak kerana kapasiti tangki pesawat yangmereka gunakan tidak mencukupi untuk menampung penerbangan terus dariKuala Lumpur ke London/Manchester.
Airbus A380 juga menghadapi masalah yang sama. Di samping masalahwayar elektrik, pesawat tersebut menghadapi masalah yang lebih besariaitu kelebihan berat sebanyak 4 tan metrik apabila semua komponendipasang untuk tujuan penerbangan komersial.
Untuk mengatasi masalah berat dalam pembinaan pesawat, parapenyelidik Barat telah merekabentuk satu bahan baru yang dipanggilkomposit. Komposit ini dihasilkan melalui gabungan lebih daripada satujenis bahan sama ada daripada unsur logam atau bukan logam. Namun yangpopular digunakan dalam pembinaan pesawat adalah daripada unsur bukanlogam seperti unsur plastik atau polimer.
Susun atur bahan ini ketika proses pembuatan menjadikan ia bolehmemberi kekuatan melebihi kekuatan unsur logam. Di samping kelebihandari segi ringan, struktur yang diperbuat daripada komposit ini jugamampu menyekat berlakunya rekahan yang lazimnya berlaku dengan pantasdalam unsur logam. Ia juga lebih murah kerana penghasilannya hanyaberlaku di kilang dengan tindak balas kimia.
Bahan komposit ini sudah lama digunakan dalam pembinaan pesawatringan. Airbus telah memulakan satu langkah terkehadapan denganmenggunakan 25 peratus pesawat Airbus A380 daripada unsur komposit.Mereka telah menemui satu bahan baru yang dipanggil Glare yang lebihkukuh dari aloi aluminium yang selalu digunakan dalam pembinaan pesawat.
Pesawat Boeing yang baru yang dipanggil Boeing 787 Dreamliner yangdalam proses pembinaan, akan menggunakan 80 peratus bahan komposit.Hanya komponen tertentu seperti enjin sahaja yang menggunakan bahanlogam dan selebihnya bahan plastik. Pesawat ini yang boleh memuatkanpenumpang antara 223 hingga 330 yang akan menggantikan Boeing 777dijangka mula beroperasi pada Mei 2008. Ia dijangka dapat menjimatkanpenggunaan bahan api sehingga 20 peratus jika dibanding dengan pesawatlain yang hampir sama dengannya. Sehingga kini Boeing telah menerimalebih kurang 450 tempahan bagi pesawat ini.
Untuk berdepan dengan saingan ini, Airbus telah melancarkan pesawatterbarunya di Farmborough Air Show baru-baru ini yang diberi namaAirbus A350 XWB (Extra Wide Body). Pesawat yang boleh membawa penumpangantara 270 hingga 350 ini akan mula beroperasi pada tahun 2013. Pesawatini dibina daripada 72% unsur komposit. Sejak dilancarkan Airbus telahmenerima lebih kurang 100 tempahan bagi pesawat ini.
Selain dari badan pesawat, banyak lagi unsur plastik diperkenalkanseperti kerusi, cermin tingkap, peralatan elektronik, panel dalamkabin, karpet dan sebagainya. Menjadikan pesawat itu ringan adalahmatlamat utama dalam reka bentuk pesawat baru kerana ia akan memberikeuntungan lebih besar kepada syarikat penerbangan yang menggunakannya.
Ketika makan malam bersama pakar-pakar enjin jet di Paris baru-baruini, seorang profesor dari Cambridge University menyatakan kekesalan diatas sikap beberapa syarikat penerbangan yang masih tidak tahumenghargai usaha jurutera di seluruh dunia untuk menjimatkan bahan apipesawat. Sikap mereka yang masih lagi menggunakan botol minuman yangdiperbuat daripada kaca telah menyebabkan usaha jurutera selama initidak membuahkan hasil yang diharapkan.
Saya dapati Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak terkecuali dalammasalah ini kerana mereka masih lagi menggunakan bekas makanan danminuman yang diperbuat daripada kaca agar kelihatan lebih berprestij.Namun saya yakin, dengan menggantikan bekas kaca tersebut dengan bekasplastik akan dapat memberi penjimatan sekurang-kurangnya 1 peratuskepada penggunaan bahan api pesawat. Dalam laporan kewangan 2004/2005,MAS membelanjakan lebih RM3 bilion untuk bahan api. Oleh itu, anggarannilai 1 peratus bagi syarikat besar seperti MAS sebenarnya adalahpenjimatan sehingga berpuluh-puluh juta dalam kos operasinya selamasetahun.

* DR. MOHD. ROSHDI HASSAN ialah kakitangan Universiti Putra Malaysiayang sedang berkhidmat di Rolls Royce UTC, University of Sheffield,United Kingdom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 07:06 PM | Show all posts
x pe... minyak bayar kat petronas je
tu pun kalau nak bayar...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 12:23 AM | Show all posts

Reply #1 weta_studio's post

mmg ada kelebihannya dari segi berat tapi saintis masih belum paham sepenuhnyamengenai failure mode bhn2 komposit spt fibreglass, carbonfibre quartz fibre dll. cthnya crack propagation dlm logam boleh dipastikan kadarnya dan sudah ada theory spt yg difomulasi oleh bekas presiden indonesia b.j habibi dlm papernya bertajuk crack propagation for material under stress dan theori ini masih lagi dipakai guna oleh designer k'tebang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 03:33 PM | Show all posts
Ummm pembukaan artikel tu banyak tak tepat ooooo.

1. Pesawat kayu tu ialah de Havilland Mosquito, bukan Spitfire!
2. Tujuan utama penggunaan kayu ialah kekurangan logam yang diperlukan untuk tujuan peperangan lain.
3. Mosquito pesawat pengebom ringan dan selain megebom sasarn taktikal, ianya digunakan bagi menanda sasaran strategik (bandar) yang akan dibom bertubi2 oleh pesawat pengebom Lancaster dan Halifax.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036950 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list