|
kalu kat Malaysia,susah sikit laa org sini nak terima sore cam dia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
very humble even dia ni mix & anak orang kaya |
|
|
|
|
|
|
|
pandai budak ni,,,bukan calang2 |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah degr album die... x best ah suara dengr.. sengau.... mmg sengau.. x best lgsung.. i wonder mcm mana peminat die ckp best.. seyesly..tak tipu..suara dia x best.... pelik semcam jer.. pelik yg x best... |
|
|
|
|
|
|
|
Gabrielle Malaysia? But I think she's okay. Good. Yet to hear her perform live tho.
But she does sound international. Like it or not, it's a matter of preference. |
|
|
|
|
|
|
|
her voice is v addicted n fresh. at least ada jugaklar anak malaysia yg making it big outside malaysia tak kisahlah kecik atau besar.
tapi shes not empty headed for sure. shes talented, ada personality and smart.
masa die umur 15thn ada rekod label offer die nak jadi singer she reject and decide to study dulu..
just proud of herlah..
oh btw
shayna ada nyanyi lagu tema utk filem seram ' plane dead'
http://imdb.com/title/tt0780583/soundtrack
utk dgr lagu tu cari kat bluetube. 'plane dead theme'
http://www.youtube.com/watch?v=COixNQTVaUM |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
orang melayu? tapi posing macam bukan orang melayu pun . so, tak ada beza dengan org barat.... so, tak heran |
|
|
|
|
|
|
|
Shayna curi hati peminat Malaysia dengan gaya tersendiri
14-03-2008 12:50:28 PM
oleh WAHIDA ASRANI
RAMAI yang kurang mengenali nama Shayna Zaid tatkala gadis kacukan Melayu-Inggeris ini berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan album keduanya, Half A World Away pada bulan Mei tahun lalu.
Ketika itu, ramai juga yang tidak mengetahui bahawa gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya telah pun mencipta nama di New York setelah melahirkan album sulungnya yang berkonsepkan R&B/Soul, Beyond Borders kira-kira dua tahun lalu.
Hampir tiga bulan berada di tanahair setelah berhijrah ke Amerika bersama keluarganya enam tahun lalu, sedikit demi sedikit anak Malaysia ini mula mengumpul kelompok peminatnya tersendiri menerusi rangka promosi yang diadakan.
Ramai yang mula menyedari bahawa Shayna pernah muncul sebagai pengacara rancangan 'Speak Up' bersama kakaknya, Sarah, yang pernah ditayangkan di TV3 kira-kira tujuh tahun lalu.
"Sebenarnya, saya tidak mempunyai masa yang agak panjang untuk mempromosikan album kedua ketika datang ke Malaysia lapan bulan lalu. Mungkin saya sepatutnya peruntukkan masa yang lebih di sini, tetapi agak sukar ketika itu kerana masih banyak urusan yang perlu saya lakukan di New York.
Karier seni Shayna makin menyerlah di Amerika (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)
"Saya sendiri tidak pernah letakkan harapan tinggi untuk mempunyai peminat yang ramai di sini. Bagi saya, cukuplah jika orang mengenali saya kerana muzik yang saya bawakan.
"Tetapi, sambutan yang saya terima ketika itu memang cukup baik. Banyak respon positif yang saya terima sewaktu membuat showcase selama dua hari di Alexis Bistro, Ampang. For me, it's a good start!," ujar Shayna yang ditemui pada satu sidang media, semalam.
Shayna berada di Kuala Lumpur sempena menjayakan showcase istimewanya di Bar SaVanh Too, Plaza Mont Kiara, malam ini.
Persembahan selama 90 minit itu akan menyaksikan Shayna menyampaikan lebih kurang 10 buah lagu daripada album-albumnya sebelum ini serta lagu-lagu baru yang bakal dimuatkan di dalam album ketiganya kelak.
"It's gonna be fun sebab kali ini saya akan persembahkan banyak lagu-lagu baru yang sedikit berbeza dengan apa yang saya bawakan sebelum ini...lebih banyak muzik akustik," katanya yang baru saja selesai menjayakan persembahan sempena International Mosaic Music Festival di Singapura, Sabtu lepas.
Mengimbas pembabitan Shayna di dalam bidang seni, ia sebenarnya telah lama bermula, sejak dia berada di Malaysia lagi. Daripada pementasan teater hingga ke nyanyian, gadis ini sudah mula berjinak-jinak di dalam beberapa cabang seni sejak berumur enam tahun lagi.
Dia juga pernah terbabit dengan pementasan di Actor's Studio dan menjadi model untuk iklan-iklan komersiol sebelum mula menyanyi ketika berumur 14 tahun di sekitar Kuala Lumpur bersama Faradhiya dan Phat family seperti Too Phat dan Ruffedge.
Shayna terus bergiat aktif di dalam bidang nyanyian di samping meneruskan pengajiannya di Berklee College of Music setelah menetap di Boston, Amerika.
Meskipun bertapak di luar negara, Shayna masih mempunyai impian untuk kembali teruskan perjuangan seninya di Malaysia
Di kolej tesebutlah, Shayna mengenali tunangnya kini, Jay Deasel, orang yang bertanggungjawab mengenengahkan namanya di dalam industri muzik dan menjadi tunggak utama penghasilan dua albumnya sebelumnya.
Bercerita mengenai perkembangan kariernya di New York, kata anak kedua daripada lima beradik ini, saban hari dia semakin mula dihujani dengan pelbagai tawaran show di sekitar Amerika selain sibuk mencipta lagu-lagu baru.
"Setelah kembali dari Malaysia sekitar Julai tahun lepas, saya terus sibuk di studio untuk mencipta lagu. Memang ketika ini saya dan Jay Deasel serta beberapa komposer lain sedang di dalam pembikinan album ketiga.
"Setakat ini, I think I'm doing well in New York. Saya tidak kisah walaupun kurang menerima publisiti dan sebagainya, saya tetap gembira dengan tahap saya setakat ini kerana yang penting bagi saya adalah untuk bina fan base dulu.
"Saya juga rasa bertuah kerana dua buah lagu saya, Take Your Time dan One Kind of Love turut diputarkan di dalam siri televisyen, The Young and the Restless yang cukup popular di Amerika. Sebuah lagi lagu saya, Simple Things juga akan diputarkan di dalam siri itu kelak.
"Bagi saya, ini satu perkembangan yang baik untuk terus naikkan nama saya di sana walaupun terpaksa menggunakan cara seperti ini sebab bukan senang untuk cipta nama sebagai penyanyi di Amerika. Memang cukup mencabar sebenarnya," kata Shayna yang juga baru menghasilkan single terbaru, It's You yang turut menampilkan vokal penyanyi antarabangsa popular Daniel Bedingfield di dalam lagu tersebut.
Meskipun terpaksa menempuh jalan yang agak mencabar, namun bagi Shayna, itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan karier seni di sana kerana yakin usaha yang disemai selama ini pasti akan berhasil juga.
"Saya memang teringin untuk kembali ke Malaysia dan teruskan karier nyanyian di sini. Tetapi mungkin bukan sekarang kerana masih banyak perkara yang saya impikan selama ini belum lagi tercapai.
"Bagi saya, sama ada di Malaysia atau Amerika, kedua-dua negara mempunyai peluang tersendiri untuk setiap artis itu menunjukkan bakat, cuma caranya mungkin berbeza. Walaupun karier seni saya bertapak di sana, seboleh mungkin saya tetap bawakan juga semangat Malaysia di samping diri saya.
"Mana tahu jika satu hari nanti saya akan hasilkan album penuh di dalam bahasa Malaysia. Idea itu memang menarik, tetapi jika betul saya ingin laksanakannya, saya akan cari komposer tempatan yang boleh bekerjasama untuk projek tersebut.
"Saya pernah bekerjasama dengan Shazzy dan JFK untuk lagu Kali Pertama di dalam album kedua dulu, mungkin kali ini kalau berpeluang, saya ingin bekerja dengan komposer tempatan yang lain pula," tutur Shayna yang cukup mengagumi Sheila Majid sebagai idolanya.
Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan Shayna Zaid di Bar SaVanh Too, Plaza adalah RM35. Untuk tempahan, sila hubungi 012-3238783 |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat Shayna Zaid :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
ade sesapa tau x, nk dapatkan cd dia katner?
saya dah cari serata JB xde jual. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyeyou at 20-5-2008 12:16 PM
salam,
ade sesapa tau x, nk dapatkan cd dia katner?
saya dah cari serata JB xde jual.
rasanye susah dah nak jumpe cd dia. sebab limited. |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh kalo tnya org amerika pn blom tntu derang knal ngan dak shayna ni.mcm kes grup sofaz yg kononnya popular kt indon tu,alih2 bla tnya org indon knal pn tidak budk2 sofaz ni
stendet arr org msia knon bla dh dpt nama kt luar negara knon dh bgus sgt la tu tp xtau kualiti cmner lg
whateva.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pernah dengar ..tp dimane ye |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk youtube....berapa kerat jer yg tgk..tak laku ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
mesej dari shayna zaid
"Dear friends:
My band, Shayna Zaid and The Catch, is one of the featured bands this week on the Fealess Music website (we are actually the top rated band, booyah!!!!). Fearless Music is a reputed music TV show on Fox that showcases unsigned up and coming talent as well as established signed artists, and we have a chance to be on that show, but I need your help to accomplish that...
In order to be selected, we must win in votes against the other featured bands this week, so please vote for my band!!!
1. Go to the following link: http://www.fearlessmusic.com/viewPage.php?ID=TopArtists
2. You may have to register as a fan to cast your vote (depending on your location, if so...it's free and only takes 1 minute!)
3. Cast your vote for Shayna Zaid on the black box to the right of the page.
We would really appreciate your support, because this is an important opportunity for us. The exposure we can get from this is priceless, and to do it without a publicist really speaks for our music and determination, which always looks good to record labels and industry professionals.
Thank you so much!!!
Shayna Zaid and The Catch"
p.s alot has been goin on. also gym class heroes juga penah menang utk dpt buat show tru fearless music on fox. shayna zaid definately need our support.
shayna zaid n zee avi definately going to make their stand in america 2009/2010.
tolong yaa..vote for her and also spread the news..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|