CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: gorgon

Anak Pahang Dalam Kenangan : Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudirman

[Copy link]
Post time 21-6-2009 11:40 AM | Show all posts
Datuk Sudirman Haji Arshad

Wanda


Sudirman

Akhirnya. Ya, akhirnya Allahyarham Sudirman Haji Arshad dianugerahkan gelaran Datuk. Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Khamis lepas sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-78 pada 24 Oktober lalu.

Wanda antara peminat artis kecil molek itu yang amat berbangga dengan penganugerahan itu. Seeloknya sedari awal lagi anugerah seperti ini telah diberikan kepada Sudirman yang telah pergi meninggalkan kita sejak 22 Februari 1992.

Lebih elok (dan sudah tiba masanya) andainya ini adalah anugerah daripada Yang di-pertuan Agong.

Wanda mengharapkannya. Mungkin anda juga!

Kerana Sudirman unik dalam kelasnya yang tersendiri. Sudirman yang digelar the singing lawyer, bukan sahaja juara Bintang RTM 1976 malah pernah membawa nama Malaysia gah di Royal Albert Hall apabila diangkat Penghibur Nombor Satu Asia di pentas penuh prestij itu pada tahun 1989.

Tapi dia juga sebenarnya amat dekat dengan masyarakatnya. Sama ada di kampung atau di bandar. Pada bulan biasa, juga di bulan Ramadan mahupun bulan kemerdekaan.

Lagu-lagunya mampu menyuntik semangat, juga memberikan senyuman. Laranya seorang Sudirman juga terkilas di bait-bait lagu yang disenandungkan.

Kita perdengarkan satu-satu lagu dendangannya. Ada yang menyusuk perasaan, ada yang menggeletek hati dan ada juga yang membuatkan kita berasa tidak sabar pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

Saban tahun, walaupun tiada agenda nasional untuk memperingati Sudirman dilakukan namun tiada pernah sekalipun, majlis tahlil dan doa selamat dilupakan.

Kakaknya, Datin Rodziah Arshad, penulis lirik, Habsah Hassan yang selalu memberikan nukilan penuh puitis untuk lagu-lagu Sudirman dan banyak menyimpan suka duka penyanyi itu, juga penyanyi Datuk Siti Nurhaliza antara nama yang tidak pernah ketinggalan pada setiap tahun mengiringi doa buat seniman yang satu ini.

Malah saban tahun juga, kita sebagai peminatnya tertanya-tanya, tidakkah ada yang mahu memberikan gelaran buat seniman kecil molek yang manis senyumannya ini?

Akhirnya hari ini kita sudah boleh tersenyum puas dan menggelarkannya dengan satu gelaran yang sememangnya patut diserahkan kepadanya sejak sekian lama.

Memang mungkin dia tidak pernah mengharapkan gelaran atau apa sahaja anugerah. Tetapi pemberian ini bukan sekadar satu penghormatan buat dirinya.

Namun inilah tanda jasa dan sumbangan anda kepada seni dan masyarakat. Kepada Sudirman, semoga rohnya dicucuri rahmat. Damailah engkau di sana.

Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.130167 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list