|
pagi tadi...sblm aku pi opis..aku smpt sembang dgn mama...
mama aku kata ida dan hubby dia dah ke mahkamah syariah. hubby dia dah lafaz talak kat umah. sblm tu dia sempat bantai ida smpi lebam-lebam...tangan ida pun sampai luka n pecah...
mama aku cakap...masa ida nk lari keluar (time kena pukul tu) hubby dia tarik rambut ida... aku x bleh bayangkan macamana keadaan ida masa tu. mujur ada pakcik yg ambil berat dan bawak ida ke balai polis. dengan bukti dan rekod perubatan tu, ida bawak kes tu ke mahkamah..
sampai kat mahkamah hubby dia tak bleh cakap langsung. menangis macam perempuan.... kesian ida... masa perlu disayang dibelai...bila tak perlu...dipukul bantai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hak Muslim: Talak bukan hak mutlak suami
Saya menuntut cerai daripada suami pada 2006. Sehingga kini kes kami masih tertangguh walaupun sudah beberapa kali naik turun mahkamah dan saya belum diceraikan. Rumah tangga kami mula bergolak pada 1997 hingga 2003 disebabkan sikap suami yang menjalinkan hubungan dengan wanita negara jiran. Kami sering bergaduh dan saya membuat aduan ke Jabatan Agama Islam di tempat saya dengan hasrat ingin bercerai. Sebaliknya saya diberi kaunseling dan hasrat bercerai tertangguh. Bagaimanapun, saya tidak dapat meneruskan hidup dengan suami. Akibat rasa tidak puas hati, saya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang begitu mengambil berat dan perkara itu diketahui suami. Saya juga berpindah ke rumah yang saya beli. Untuk pengetahuan, suami tidak pernah memberi nafkah perbelanjaan sejak kami berkahwin hingga sekarang. Setiap kali saya menuntut cerai, suami membantah atas alasan anak. Saya pernah ditampar suami kerana meminta cerai dan melaporkan perkara itu kepada polis. Persoalan sekarang, bagaimana saya hendak mendapatkan perceraian tanpa persetujuan suami. Saya kini hidup sendirian dan takut dosa dalam hubungan dengan kekasih.
Isteri Sedih
Selangor
Matlamat perkahwinan ialah untuk hidup dalam kasih sayang dan rahmat (mawaddah wa rahmah) yang berterusan antara pasangan suami isteri. Tetapi, kadang-kala rumah tangga tidak dihiasi dengan kasih sayang dan tidak mendapat rahmat Allah SWT kerana satu pihak atau kedua-duanya tidak mengikut adab serta hukum hakam dalam perkahwinan atau tidak melaksanakan tanggungjawab yang dituntut syarak.
Kerenggangan dan kegagalan pasangan itu sedikit demi sedikit akan melebar hingga tidak dapat diperbaiki sekali gus, menghancurkan keharmonian rumah tangga. Sebagai jalan penyelesaian, Islam memberikan jalan keluar iaitu talak atau perceraian.
Talak asalnya adalah milik suami seperti firman Allah SWT bermaksud: 揂tau pihak yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin sepenuhnya). |
|
|
|
|
|
|
|
Guaman: Tuntutan nafkah anak boleh dibuat bila-bila masa
Soalan:
TUAN, saya bercerai dengan suami kira-kira dua tahun lalu. Kami dikurniakan anak istimewa. Suami dan keluarganya tidak dapat menerima kehadiran anak sindrom down. Bagi mereka, keturunan mereka tidak pernah melahirkan anak sebegitu.
Saya reda dengan ketentuan ini. Selain menyalahkan saya, selepas bercerai, suami tidak membayar nafkah anak. Ketika itu, saya terlalu kecewa dan tidak pernah terfikir mengenai tuntutan nafkah.
Kini, saya boleh menerima perceraian itu dan apa yang penting saya ingin pastikan anak mempunyai masa depan. Selain anak istimewa itu, kami mempunyai dua orang anak lagi.
Bolehkah saya memohon bayaran nafkah walaupun perceraian sudah dua tahun berlalu? Saya seorang pendidik, dan gaji saya boleh dikatakan mencukupi untuk menanggung anak.
Puan Ida,
Terengganu.
JAWAPAN
Kewajipan untuk membayar dan menyediakan nafkah anak merangkumi makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan keperluan lain adalah menjadi kewajipan asas kepada bapa kandung kepada anaknya.
Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud |
|
|
|
|
|
|
|
masalah saya pula, saya engage loyar. loyar dah fix kes utk bicara tiba2 hari bicara tu dia call saya tak dpt dtg suruh saya ambil tarikh kat mahkamah. ada ke patut? kita engage dia utk represent kita tapi kita lak kena pegi mahkamah ambil tarikh.... bengang betul! mcm tu baik saya jadi lawyer.
saya berkira2 nak bawa kes sendiri... saya terbaca sekiranya suami membuat hubungan diluar isteri perlu sediakan bukti. mcm saya, mmg saya dah simpan gambar melampau dia dgn ppuan2 simpanan dia tapi masa saya ke pejabat dia boleh selongkar barang2 saya dan dia buang semua gambar2. sms dia dgn ppuan simpanan dia berlambak2 cerita ttg hubungan se** mereka mcm mana saya nak tunjukkan sdgkan bila dia tau saya baca, apa lagi tangan dan kaki naik kebadan la...
Skrg, alasan yg ada hanyalah repot polis masa dia pukul saya dan saya keluar dari rumah...lepas tu saya tak balik rumah lagi sbb tak tahan dgn deraan mental dan fizikal dia... saya terfikir gak mcm susah je kes saya...mcm mana nak cari saksi masa dia pukul kita...tak kan masa dia nak pukul tu kita kena siap2 panggil saksi? kalau bab maki hamun dan tengking tu mmg kat public place, dpn mak ayah dia...tak kan mertua saya nak jadi saksi against anak dia sendiri..... pening gak....
saya pernah propose cerai atas persetujuan bersama...dia ckp ok..tapi dia suruh saya tarik balik kes dan buat aduan kat pejabat agama... masalahnya saya takut dia tak kotakan apa yg dia ckp sbb sebelum nie dah byk kali dia tipu saya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hak Muslim: Isteri tertekan boleh tuntut fasakh
Oleh Musa Awang
Suami abai tanggungjawab sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan
SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya sering terfikir untuk membunuh diri. Saya sangat mengharapkan suami berubah dan berada bersama kami sekeluarga di rumah serta mendidik anak yang sedang membesar. Tetapi apabila saya cuba berbincang, beliau akan menolak mentah-mentah semua pendapat saya, umpama menyiram air ke daun keladi. Saya mohon pendapat tuan, apakah yang perlu dilakukan dan apakah ada cara untuk keluar daripada ikatan perkahwinan begini?
Guru tertekan
Pahang
SAYA simpati dengan apa yang puan lalui disebabkan tindakan suami yang kurang bertanggungjawab. Saya melihat setiap individu adalah salah satu juzuk daripada keluarga (usrah) mempunyai peranan masing-masing yang tersendiri.
Individu adalah batu bata dalam pembentukan sesuatu keluarga. Batu bata yang sudah diikat dalam keluarga itu pula adalah sel penting dalam pembentukan masyarakat.
Jika ikatan batu bata individu dalam keluarga itu longgar, maka goyahlah bangunan masyarakat.
Dalam berkeluarga, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjadikan perkahwinan berjaya. Islam menetapkan tanggungjawab dan hak suami serta isteri seperti berikut:
Tanggungjawab dan hak suami. Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 揇an kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|