CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 2

Windows Defender melindungi komputer daripada spyware

[Copy link]
Post time 19-3-2007 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


SAMA seperti filem atau lagu dalam bentuk cakera padat (CD) dan kaset, perisian komputer di negara ini juga tidak terkecuali menjadi mangsa cetak rompak.

Malah, Malaysia tahun lalu tersenarai antara 25 buah negara yang mempunyai kadar perisian cetak rompak tertinggi di dunia dengan kira-kira 68 peratus pengguna komputer menggunakan perisian cetak rompak.

Menyedari agak sukar untuk membendung masalah cetak rompak ini, syarikat pembangun perisian terpaksa tampil dengan pelbagai kelebihan tambahan lain bagi memastikan pengguna memilih perisian mereka yang asli.

Microsoft tidak terkecuali apabila turut melancarkan program Windows Genuine Advantage (WGA) yang antara lain menawarkan pengguna perisian Microsoft Windows asli pengalaman dan keupayaan sebenar menggunakan komputer mereka.

Serangan

Ia bertujuan memberi perlindungan keselamatan dan perlindungan yang tinggi daripada serangan virus komputer yang semakin menular hari ini sekali gus mewujudkan keyakinan pengguna terhadap perisian Microsoft Windows yang digunakan.

Pengurus Kumpulan, Penyelesaian Pelanggan Windows, Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd., K. T. Ng berkata, WGA yang diperkenalkan di Malaysia pada Julai tahun lalu itu boleh diibaratkan sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan Microsoft kepada pengguna perisian asli Windows.

揕ebih daripada itu, WGA juga memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati perisian Microsoft Windows yang dipertingkatkan sepanjang masa dan memenuhi keperluan semasa mereka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 10:52 PM | Show all posts
sepanjang guna windows defender ni, tak pernah lak tengok dia detect apa2 problem atau spyware... konfius gak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 11:02 PM | Show all posts
mungkin korang minat nk baca yg ni pulak: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=267670
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.292304 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list