CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 9

Router terbaru dari Huawei-3Com

[Copy link]
ibpkdfcad This user has been deleted
Post time 25-3-2007 03:23 PM | Show all posts |Read mode
HUAWEI-3COM Co. Ltd (H3C), syarikat penyedia penyelesaian rangkaian Protokol Internet (IP) melancarkan produk router bagi siri keluarga Router Perkhidmatan Pelbagai (MSR) yang disasarkan khusus untuk pelanggan enterpris.


Produk terkini H3C itu, mengetengahkan ciri Seni Bina Aplikasi Terbuka (OAA) dan berkeupayaan menepati kehendak rangkaian syarikat yang menggunakan perkhidmatan pelbagai seperti data, suara dan video.

Penampilan produk H3C menerusi siri MSR itu menggabungkan perkhidmatan yang hanya perlu digunakan pada satu platform di samping meningkat aspek keselamatan dan kestabilan sistem rangkaian enterpris.

H3C memperkenalkan lapan produk bagi siri MSR menerusi MSR20, MSR30 dan MSR50 yang sesuai digunakan capaian rangkaian, cawangan enterpris dan pusat data bagi enterpris bersaiz kecil sehingga sederhana.

Ia turut mengetengahkan ciri sistem teknologi maklumat (IT) terkini yang lebih pantas, cekap dan menjimatkan kos.

Pengurus Produk H3C, Li Hong Fei, berkata produk terkini syarikat itu boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai jenis perkhidmatan yang digunakan pada syarikat dan mampu dipertingkatkan sehingga dua kali ganda berbanding produk seumpamanya.

"Siri router MSR itu direka untuk menyediakan kemudahan lebih ringkas bagi capaian laluan pelayaran dan mempunyai platform rangkaian terbuka bagi menggabungkan perkhidmatan pelbagai," katanya pada satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Router bagi siri MSR itu adalah berasaskan rekaan N Bus yang mampu menggabungkan proses router, suis, gerbang VPN, firewall, gerbang suara, alat kawalan suis, EAD, anti virus, multimedia dan WAN pada satu platform.

Perbezaan dengan router tradisional, ciri keselamatan VPN bagi siri MSR dipertingkatkan keupayaan bagi sistem rangkaian di samping melindunginya menerusi firewall, IPSec VPN, MPLS VPN, CA, Secure Shell (SSH) protokol 2.0, gangguan dan menyokong protokol pengurusan rangkaian ringkas.

H3C adalah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di China di kawasan sekitar Beijing, Hangzhou dan Shenzhen serta Bangalore, India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2007 05:18 PM | Show all posts
kalo pakai ni, torrent leh kasi laju tak? ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 08:52 PM | Show all posts
macam kat berita harian je info ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 09:50 PM | Show all posts

Reply #3 Mehacomp_91's post

ramai tk baca paper. takde salah pun share info kat sini. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 25-3-2007 17:18
kalo pakai ni, torrent leh kasi laju tak? ;)


pakai le BAPAK router pun,KALU TMNUT dah sekat,jgn harap le buleh laju cam dulu2...ni nak downloadkan 400MB,pun dekat2 24 jam.paling cepat tu..ni ura2 nak lancar yg 4MBITS/SEC pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:29 PM | Show all posts

Reply #5 razhar's post

Aku sokong sepenuhnya :setuju:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2007 05:30 PM | Show all posts

Reply #4 bzzts's post

Aku tak kata salah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 10:18 PM | Show all posts
nama "huawei" tu kurang nilai komersial laa..
aku prefer nama belkin ke.. dlink kee.. hehehe.. :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 26-3-2007 10:18 PM
nama "huawei" tu kurang nilai komersial laa..
aku prefer nama belkin ke.. dlink kee.. hehehe.. :lol



nama 'hanjin' pon xder la komersil....tp dah masuk serata donia skang...
lebih2 bila dah jadik sponsor kat club 'manchester city'....

[ Last edited by  tanabe2287 at 27-3-2007 05:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 25-3-2007 11:05 PM


pakai le BAPAK router pun,KALU TMNUT dah sekat,jgn harap le buleh laju cam dulu2...ni nak downloadkan 400MB,pun dekat2 24 jam.paling cepat tu..ni ura2 nak lancar yg 4MBITS/SEC pulak...

Aku   pakai   package    2mb   streamyx   ...ok  aje  ....
tadak   sekat2 pun   ....
sampai    HDD aku  dah  penuh     dah  ....
janji     modem    ko  tu   kena   "cool"   ....   baru  stabil    .....
aku  guna    2  bijik   modem   ...  sentiasa  bergilir-gilir  .....

[ Last edited by  mahathirGX at 27-3-2007 09:53 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.476629 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list