CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 6

Mintak tolong

[Copy link]
Post time 23-4-2007 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalmualaikum....

Aku nak mintak pandangan korang semua untuk masalah sorang kawan aku ni. Umur dia 28 tahun, lelaki n still single. Dia claim, badan dia selalu rasa panas, rasa macam ada benda menyucuk2 kepala, hilang tumpuan dan fokus, mudah terlupa, kepala rasa kosong, nafas sesak, tidur mudah terganggu, otot tegang. Dia ada buat permeriksaan doktor kat hospital kerajaan tp doktor kata takder apa2. BP normal, jantung OK, ujian darah normal. Masalahnya walaupon doktor kata dier OK takder masalah ,dia ttp rasa badan dia sakit. Sampai mengganggu kehidupan harian. Dia terpaksa berhenti kejer sbb tak boleh menumpukan perhatian. So far, dia dirujuk ke bahagian psikiatrik. dan doktor kata dia mengalami 2nd degree depression. tp dia kata die tak stress.

Mamat ni ada gak rujuk perubatan tradisional dan pegi berubat kt DarulShifa'. tp takder tanda2 dier kene buatan org atau kene sihir.

So aku nak mintaklah pandangan korang, sapa2 yg ader pengalaman or penah ada kawan or sedara mara yg kene penyakit cam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 03:34 AM | Show all posts
Kena banyakkan solat dan berdoa pada Allah. Mungkin dia terlalu byk berfikir. Kena kuatkan semangat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by simanding at 23-4-2007 04:13 PM
Assalmualaikum....

Aku nak mintak pandangan korang semua untuk masalah sorang kawan aku ni. Umur dia 28 tahun, lelaki n still single. Dia claim, badan dia selalu rasa panas, rasa macam ada ben ...

Hai simanding!

Kompleks jugak masalah ni?
Pandangan saya:
- cuba dapatkan 2nd opinion dari pakar lain (kalau ikut simptom2 yg anda bgtau, mungkin ada masalah metabolisme...dan masalah ni kadang2 boleh beri 'false positive or negative' result kekadang tu. Mintak buat 'full blood test' dan mintak check enzim2 berkaitan (org buat lab test tahu, biasanya...)
- kalau betul dia 2nd degree depression, kena double atau triple 'confirm' kan diagnosis tu. Kalau perlu, mungkin dia kena mula ambik ubat utk atasi masalah tu. Ada beza antara 'stress' dgn depression dan bezanya pun sangat tak ketara melainkan doktor pakar yg diagnos menggunakan skala2 tertentu (e.g. DSM 7 ke...cth...)
- cuba periksa utk psikosis jugak. Dulu masa zaman belajar dulu, saya ada kawan yg mengalami psikosis. Dia selalu complaint macam2 simptom penyakit (psychosomatic=bayangan aje), cakap sorang2, dll simptom lg. Dia dapat tamat pengajian tapi lepas tu tak tahu apa dah jadi. Last dengar ttg dia, dia balik kampung jaga kebun ayah dia. Tapi saya bukan nak 'imply' yg kawan anda ada masalah ini...cuma nk kongsi pengalaman. Jadi, tolong periksa jugak ye...kita tak tahu kan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 01:49 AM | Show all posts
hilang tumpuan dan fokus
kepala rasa kosong
nafas sesak
tidur mudah terganggu
otot tegang

ni sume mmg simptom2 stress/depression/anxiety ... lain org lain cara badan kita react kepada depress nih..boleh jadi suma simptom2 yg dia ada tu mmg depression...tapi boleh jadi simptom kpd penyakit lain gak

Dia terpaksa berhenti kejer sbb tak boleh menumpukan perhatian.

tp dia kata die tak stress.


pendapat aku:
aku actually stuju ngan pendapat doktor yg dia ada depression...dia berhenti keje actually adalah sebahagian dr bukti nya cuma mungkin dia tak sedar. biasa la kadang2 kita susah nak admit/sedar yg kita depress/anxiety/stress.... minda kta slalu expect the worst..

tapi mmg patut pun kene amik langkah bjaga2

anyway ni pendapat/borak2 kosong aku je...teruskan usaha cari punca masalah. utk elak rasa kekosongan, cara yg terbaik adalah dkt diri dgn Tuhan.tak tpu nye..insyaAllah. sy doa segala yg terbaik untk sahabat anda...

[ Last edited by  hiburanmalam at 25-4-2007 01:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2007 08:43 PM | Show all posts
terima kasih mitsui, my-nezrulh dan hiburanmalam atas feed back yang diberikan. Saya sangat2 menghargai.

For the time being kawan saya tu masih lagi mengalami simptom2 sepertimana yg saya sebutkan sebelum ni. Malah adakalanya dia merasakan seperti kulit ditubuhnya mengeras seperti diliputi cengkerang dan badannya tidak berasa penat walaupon melakukan aktiviti lasak. Jiwanya masih lagi kosong. Dan dia seperti langsung tidak bimbang dengan kehidupannya walaupon dia harus membayar duit rumah, kereta, kredit car dan pinjaman peribadi. Saya pun tidak berapa pasti dengan apa yang diceritakan kerana ada masa dan ketika saya melihat dia terlalu risau yang amat terhadap kesihatan diri sendiri. Sehingga naik rimas saya dibuatnya. Dari satu sudut saya bersetuju dengan pandangan mynezrulh ttg psikosis tu.

Untuk pengetahuan, mamat ni pernah mengambil alkohol dan boleh dikategorikan sebagai heavy drinker semenjak usianya 20 tahun. Tetapi selepas dia betukar kerjaya pada bulan ogos tahun lepas dia telah meniggalkan tabiat buruk tu. Saya tak mahu menumpukan kepada isu halal haram kerana bagi saya itu masalah peribadi beliau. tapi as long as dia dah tak mengambil benda tu lagi saya kira dah cukup baik untuk dia. Apa yang saya ingin tekankan di sini sama ada apa yang dia alami itu ada kena mengena dengan pengambilan alkohol berlebihan.

Berkenaan dengan depression, dia menafikan dia menghidap sakit tuh dan culas dalam mengambil ubat yg diberikan doktor.

Agak2 korang ler adakah dia ni boleh dikategorikan sebagai ketagihan alkohol, depression atau sakit lain??

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 03:14 PM | Show all posts
aku org stressed/depressed takkan mudah ngaku le yg dia alami mende tuh...tul tak?kenagihan alkohol tuh ntah2 adalah escapism dr masalah dia...but arak is not the answer of the problem..kot menambahkan penyakit di ms depan...
sometimes if kite jauh drNya...takyah tungu org buat/sihir..kita yg mungkin aniaya diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by simanding at 25-4-2007 08:43 PM
terima kasih mitsui, my-nezrulh dan hiburanmalam atas feed back yang diberikan. Saya sangat2 menghargai.

For the time being kawan saya tu masih lagi mengalami simptom2 sepertimana yg saya sebu ...



www.annusyrahbiz.blogspot.com..

semoga ia dapat membantu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.184256 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list