CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4809|Reply: 5

Bantuan Untuk Mencari NORZILA BT IBRAHIM

[Copy link]
Post time 20-6-2007 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua .

Saya memerlukan jasa baik dan bantuan anda semua utk memberikan maklumat sehingga berjumpanya kami sekeluarga dengan NORZILA BT IBRAHIM yg telah tidak pulang ke rumah hampir 3 tahun ( keluar umah from Jan 2005 ). Kakak saya ini berusia 32 tahun ( lahir pada 12 Mac 1975 ). Kehilangannya telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa namun sehingga kini tiada satu pun update diberikan kepada kami. Semasa nak buat report, pihak berkenaan siap perli2 and endah tidak endah utk menerima kes kami kerana katanya kakak saya sudah dewasa dan pandai membuat keputusan sendiri. Selepas setahun report dibuat, pihak berkenaan menghubungi saya. Nak tau apa yg dorang bgtau? Pihak berkenaan tanya balik kat saya, kakak saya dah pulang ke rumah ke belum sbb dorang nak update kes. Kalau dah pulang, dorang nak tutup report yg kami buat tuh. Korang semua cubalah berada di tempat saya ketika itu. Terdetik dalam hati, nampaknya mmg betul mereka langsung tidak ambil endah tentang kes kakak saya ini. Dan sampailah sekarang nieh, tiada lagi berita drpd pihak berkenaan.

Kami sekeluarga telah berjumpa dengan ustaz/org bijak pandai utk mencari kakak saya ini. Kebanyakkannya merumuskan bahawa kakak saya ini telah diberikan makanan or sesuatu agar tunduk kepada seorang lelaki. Ingatannya kepada keluarga juga sudah ditutup.Memang sebelum kehilangannya dahulu, ada seorang lelaki yg berusia dalam lewat 40an telah dikenalinya ( agak mencurigakan kerana saya pernah berjumpa dengan lelaki ini sendiri ketika diperkenalkan oleh kakak saya ). Kakak saya pula sentiasa memberitahu lelaki tersebut pandai hendak mengubat macam2 ( kakak saya sering diganggu oleh macam2 jelmaan ). Semenjak kakak saya mengenali lelaki tersebut, habis segala duit dan harta benda dlm rumahnya dijual dan duitnya diberikan kepada lelaki tersebut ( Kakak saya ada umah sendiri di KL ). Untuk apa pun tidak diketahui sebab musababnya. Keluarga saya pun cuba juga utk mengubati kakak saya ini dan kerana itulah kami membawanya pulang ke rumah. Dua minggu selepas itu, dia memberitahu ingin keluar umah untuk membeli barang. Dan sehingga kini dia sudah tidak pulang lagi ke rumah.

Sedikit maklumat tentang kakak saya :

Nama : NORZILA BT IBRAHIM
Umur : 32 tahun
Kulit : Putih gebu /cerah
Badan : Agak berisi dan gempal sedikit




Jika terdapat sebarang maklumat, tolonglah antarkan email kepada saya di [email protected]  . Maaf gambar agak tidak memuaskan kerana tidak sempat hendak scan gambar2 yg ada di kg ( saya menetap di UAE dan gambar tersebut dibesarkan drpd gambar keluarga .. ). Saya begitu mengharapkan sangat jasa baik anda semua dengan memberikan pertolongan dan information yg secukupnya. Hanya ALLAH yg dapat membalas jasa2 anda jika selepas ini maklumat diperolehi sehingga berjumpanya kami sekeluarga dengan kakak saya itu. Jutaan terima kasih saya dahulukan utk semua.

P/S : Kakak saya tidak mengetahui bahawa atuk kesayangan kami telah meninggal dunia awal Jan 2007 yg lalu. Juga pemergian dua tiga orang lagi saudara mara terdekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 12:53 PM | Show all posts
semoga kakak awak selamat ...simpati ngan nasib family awak...sesaper ada maklumat tolong la bantu family zetty nie...mungkin sedikit sebanyak dapat membantu...harap zetty sekeluarga tabah ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 04:45 PM | Show all posts

Reply #2 eton's post

ada info terbaru tak pasal norzila nie...sebab dah lama tak update nie...ker dia dah balik umah..
utk maklumam saya dulu sama kelas dengan dia masa sekolah menengah kat SEMESTA Raub dengan dia...kira rapat laa ngan dia..
last sekali penah jumpa dia dalam tahun 2000 kot kalu tak silap...

so kalu ade ape2 berita pasal dia nie update laa...ksian lak kat member lama nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 11:40 AM | Show all posts
bru jumpa topic ni.... kenal baik ngan zila masa kt uitm shah alm... seems to be a nice person... tak sangka jdi cam ni...   
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by foranz at 2-5-2008 04:45 PM
ada info terbaru tak pasal norzila nie...sebab dah lama tak update nie...ker dia dah balik umah..
utk maklumam saya dulu sama kelas dengan dia masa sekolah menengah kat SEMESTA Raub dengan dia.. ...


orang raub ke dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 06:09 PM | Show all posts
Maaf di atas kelewatan menghantar berita ..
Alhamdulillah kakak saya sudah kembali ke rumah pada malam Hari Raya Aidilfitri yg lepas.
Seorang rakan telah berjaya mencari dan mengubati kakak saya drpd jauh..
Ternyata mmg kakak saya telah dikenakan oleh seseorang sehingga lupa kpd keluarga dan jalan pulang ke rumah..
Walau apa yg berlaku, hanya syukur dipanjatkan atas kepulangannya itu ..
Terima kasih atas keprihatinan kalian semua ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.107863 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list