CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 10

laptop slow sebab available memory turun naik

[Copy link]
Post time 26-6-2007 10:48 PM | Show all posts |Read mode
aku tak tau kalau dah ade yang try tanye problem ni ke tak.. kadang-kadang, laptop aku buat hal.. jadik slow gile. Aku pakai satu program "systweak memory optimizer".. program ni akan check "available  memory", "total used memory"," total page file" dengan "used page file"  dalam laptop aku.. biasenya laptop aku ok je. Tapi kadang kadang, laptop aku jadik slow gile.

Masa laptop aku slow gile tu, aku check kat program tadi, aku tengok "available memory" aku turun naik.. macam ade program yang pakai memory besar gile tengah running.. padahal aku dah tutup semua program.. aku dah check jugak dalam task manager, takde pun application yang running.

Pastu aku check jugak dalam task manager tu kat performance, aku tengok graph cpu usage aku serabut gile naik turun.. biasenya graph tu takdelah serabut camtu sekali bile comp aku tengah normal. Dah tu aku check pulak kat dalam "process" dalam task manager tu, aku tengok kat bawah "Image name", ada application "explorer.exe" tengah pakai memory banyak gile..lepastu memory yang program tu pakai turun naik jugak.. kalau waktu normal, aku tengok "explorer.exe" tu takdelah pakai memory sampai banyak camtu sekali..

harap-harap forumers kat sini boleh tolong aku.. laptop aku jenis DELL inspiron 640m.. dual core, ram 1G.. hard disk 60 GB.. aku pakai AVG antivirus.. aku scan virus, laptop aku clear.. Aku scan spyware pakay adware personal se, clear jugak. Aku dah buat disc defragmanter, dah buat disc cleaner jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 11:41 PM | Show all posts
explorer.exe tu memang WAJIB kena ada kat every Windows PC. kalau hilang tobat problem punye. yg available memory tu turun naik tu kira normal la cos pc sedara kena pakai resources memory utk bekerja. lagi byk application jalan/running, lagi sikit le yg tinggal. even dah tutup semua program/application pun process explorer.exe akan terus berjalan sehingga PC tu off/shutdown

pada saya PC slow tu memang biasa la especially bila sesuatu process/program/application tu nak start (lepas kita double click icon program tu ke) atau masa dia nak tutup/stop - lebih2 lagi kalau keupayaan PC tu agak kureng.

just curious sedara pakai OS apa? XP or Vista or yg lain? Hard Disk space byk lagi kosong ke dah nak penuh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:36 AM | Show all posts

Reply #1 TAMAM's post

aku rasa program tu la yg sebabkan pc ko jadi camtu. dia gunakan explorer utk cari kelemahan sistem ko sedangkan masa tu ko tgh wat keje. program camtu mmg kasi lembab komputer sebab ia berfungsi secara live atau "live monitoring".

elok ko guna aje ram optimizer (single program) cari kat bod software, bende ni freeWare.
kalo ko nak pakej pun, better guna Mind Utilities (payware), mmg superb.

p/s: tak sangka, dual core pun terencat kerana "explorer.exe"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 12:54 AM | Show all posts

Reply #2 kroeGand's post

mm tapi camne kalau turun naik tu margin dia besar? bile time normal, available memory aku lebih kurang 600 Mb, constant.. kalau naik turun pun sikit-sikit je, bergantung berapa banyak program yang aku bukak... tapi bile masa problem tu datang, available memory aku tu boleh turun sampai 100 Mb je, pastu naik balik pegi 400 Mb, pastu turun balik pegi 200 Mb, pastu naik balik pegi 500 Mb.. memory tu sentiasa turun naik walau aku tak running ape-ape program... Tu sebab graph kat dalam task manager masa tu serabut sangat turun naik.. tak macam waktu normal..

lepas tu aku punye "used page file" jadi naik.. kalau waktu normal, used page file aku dalam lebih kurang 13% je (330Mb) daripada total page file.. tapi kalau tengah problem tu datang, used page file aku boleh naik sampai 100% (2441 Mb), sedangkan aku tak running ape2 program..

aku pakai os window XP home, service pack 2.. mm ok.. aku tak berapa sure sebenarnya betul ke "explorer.exe" tu yang tumbulkan masalah ni kat komputer aku..ataupun mungkin ade benda lain.. aku punye hard disk ada 10 GB lagi daripada total 60GB..

problem ni start baru-baru ni je.. dah dekat 7 bulan aku pakai laptop ni.. sebelum ni problem ni tak timbul.. masalah ni timbul kadang-kadang je. Bile problem ni mula timbul, laptop aku ni akan jadik slow tak kiralah berapa lama sampailah aku restart balik laptop aku.. kalau aku dah restart balik, biasenya problem ni hilang..

[ Last edited by  TAMAM at 27-6-2007 12:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 01:53 AM | Show all posts
ermmm.. masa buka task manager tu explorer.exe ada satu je ke? cos kalau ada dua most probably satu genuine windows process satu lagi tu trojan ke malware ke virus dan yg seangkatan dgnnya.

but mungkin juga as ketua polis jepun (sori bzzzts aku lagi suka ketua polis jepun la ) program tu yg menyebabkan problem ni timbul. why not try uninstall program tu dan tgk performance laptop sedara amacam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 02:11 AM | Show all posts

Reply #5 kroeGand's post

haah.. msa bukak task manager tu explorer.exe cume ade satu je..

Maksudnya aku nak kena try uninstall program "systweak memory optimizer" tu ke? tapi sebenarnya problem ni start sebelum aku pakai program ni lagi.. Aku install program ni pun sebab member aku yang suggest.. dia kata program ni maybe boleh solve problem aku ni.. tapi lepas aku pakai program ni, problem aku ni tetap jadik jugak.. cume dah tak selalu sangat lah macam dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2007 03:09 AM | Show all posts

Reply #6 TAMAM's post

kalau ikut post sedara yg memula tu benda ni berlaku kadang2 je kan? ada perasan tak any similarities masa berlaku benda ni? mcm ada buka/tutup certain program/application ke, access ke internet atau apa-apa je la. even kalau laptop tu buka lelama sangat pun bole jadi slow especially kalau dia jadi panas. cuma cos sedara ada sebut pasal explorer.exe tu so rasanya explorer.exe tu try access file/folder pada masa dia slow tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:21 AM | Show all posts

Reply #7 kroeGand's post

mm kalau macam yang hari ni, problem ni jadik masa saya lepas tutup window media player, lepas tengok movie.
kalau mcm yang lepas-lepas, problem ni jadik biasenya lepas laptop on agak lama, dalam 3 atau 4 jam, lepastu start computer jadik slow bile nak tutup folder (rase-rasenya folder secara random, takde yang specific folder mane satu)...  mungkin tu kot similarities yang saya boleh bagi sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 07:54 AM | Show all posts
kot2 bley bagi screenshot task manager (running process) masa prb tu tgh berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 11:12 AM | Show all posts
okeh.. paham paham.. aku bagi nanti screen shot kalau prob tu jadik lagi.. time kasih bebanyak pada semua kat sini coz bagi perhatian.. jasamu dikenang..:hatdown: :hatdown: :hatdown:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 06:03 PM | Show all posts
haa.. boleh pun letak gambar..

ok.. ni masa waktu laptop saya tenang dan aman damai..




time ni saya cuma bukak firefox dengan winamp je


ni pulak masa huru hara




time ni saya dah tutup semua program lepas je laptop saya start jadik lembab..kira-kira 10 minit takde runing program ape2, saya amibik screen shot.. cube perhatikan explorer.exe dalam dua-dua situasi. saya dah kotakkan explorer.exe bagi senang carik. dalam situasi pertama, explorer.exe tak makan banyak sangat memory.. dalam situasi dua, explorer.exe makan memory jadik banyak.. lepastu time ni, memory yang explorer tu pakai tak tetap, kejap naik sampai 150000 k, kejap turun sampai 90000k, pastu naik balik jadik 140000k.. lebih kurang 15 minit saya tunggu, laptop masih lembab jugak, saya restart.. lepas restart laptop saya jadik ok balik... sebenarnya yang time ni tak parah sangat.. yang sebelum ni ade yang lagi parah lagi graph dia dengan memory yang explorer.exe tu pakai..


[ Last edited by  TAMAM at 27-6-2007 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.799947 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list