CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: maklongna

Kanser Hati

[Copy link]
Post time 10-11-2007 06:24 AM | Show all posts
kanser hati or hepatocellular carcinoma

hati ni tempat metabolisme tubuh, so banyak toksik kat ctu kalau hati ni x dapat berfungsi dengan baik

tapi hati still dapat berfungsi kalau ade bahagian yg masih normal...tu nape kita masih leh hidup klu da derma sebagian dr hati itakat orang...




klik kat sini http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=18505
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2007 11:21 AM | Show all posts
ada sorang patient dpn katil arwah FIL masa dia dlm ward aritu..

indian.. dia ada kanser hati. wife dia kata dia mmg kuat minum.

idup mmg doc kata 4 -5 mths jer. dah siap bagi kertas utk tandatangan.

cuba la consult doc.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 11:50 AM | Show all posts
simptom kanser ni ape weii..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 11:51 AM | Show all posts
simptom kanser ni ape weii..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:31 AM | Show all posts
hmm..thanks for the info...

a'ah..apa symptom dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 07:05 AM | Show all posts
Symptoms   

Abdominal pain or tenderness, particularly in the right-upper quadrant
Enlarged abdomen
Easy bruising or bleeding
Jaundice (a yellow discoloration of the skin and eyes)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2007 01:52 PM | Show all posts
Study yg dibuat diTaiwan hanya 15% saja pesakit cancer hati yg boleh hidup lebih 5 tahun. Itu pun yg menjalani rawatan intensif dan yg dapat dikesan awal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #1 adziah's post

sukakan tak sekiranya bahawa setiap penyakit ini ada penawar dan apabila kita berubat cara yang betul maka dengan izin Allah ...sakit akan sembuh....untuk pengetahuan semua sebenarnya kenser ini boleh di rawat .... dengan pemakanan yang betul selama 3 bulan ....dengan izin Allah akan ade perubahan pada badan seseorang.....perubatan ini langsung tidak menggunakkan ( NO DRUG ). sekiranya suka dan ade keinginan sembuh saya boleh tolong bawa ke klinik tersebut....0192727671
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 11:50 PM | Show all posts

Survival kanser hati

Oleh JOHANNA A. SOBREY

Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.



Kanser hati tersenarai pada kedudukan keenam penyakit kanser yang biasa ditemui di dunia dan merupakan punca ketiga kematian yang berkaitan dengan penyakit kanser.

Lebih 600,000 kes kanser hati didiagnosis di seluruh dunia setiap tahun dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Di Malaysia, menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan Mengenai Kejadian Kanser di Malaysia 2003 yang diterbitkan pada tahun 2004, kanser hati merupakan kanser ke-10 paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan wanita.

Menurut konsultan dalam bidang onkologi klinikal di sebuah hospital swasta, Dr. Chong Kwang Jeat : "Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita dalam setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.

"Sungguhpun demikian, bilangan ini mungkin lebih daripada itu kerana masih banyak kes penyakit kanser hati yang masih belum dilaporkan kerana kurang kesedaran mengenainya."

Disebabkan itu, katanya lagi, terdapat keperluan penting bagi mengesan dan mewujudkan diagnosis, di samping rawatan yang memanjangkan hayat yang lebih efektif.

Hepatocellular carcinoma (HCC) merupakan bentuk kanser hati yang biasa ditemui dan bertanggungjawab untuk kira-kira 90 peratus kanser hati malignan utama dalam kalangan dewasa.

Pada hari ini, kadar survival selama lima tahun bagi penghidap penyakit kanser hati di Eropah ialah 8.6 peratus, Amerika Syarikat (kurang 10 peratus) dan Asia (kurang 10 peratus bagi tumor yang tidak boleh dibedah).

Kanser hati di benua Asia Pasifik kian berkembang kerana bilangan tinggi jangkitan virus Hepatitis B kronik, yang kini memberi kesan kepada kira-kira 275 juta penduduk di benua itu.

"enyakit kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut kerana ia biasanya lambat dikesan.

"Ini kerana tidak terdapat simptom pada peringkat awal penyakit. Simptom-simptom yang wujud pada tahap seterusnya termasuk gumpalan, ketidakselesaan pada bahagian kanan abdomen, kesakitan sekitar sebelah kanan tulang belikat atau kulit yang kekuningan atau jaundis," ujar Kwang Jeat yang menghadiri sidang media penggunaan rawatan sorafenib bagi penghidap HCC anjuran Bayer Schering Pharma Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Selain itu, simptom-simptom lain adalah pengurangan berat badan yang mengejut, kurang selera makan yang berterusan, terasa kenyang dengan mudah walaupun baru menjamah sedikit makanan, kepenatan yang luar biasa dan loya.

Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis; sirosis atau gangguan struktur hati normal oleh fibrosis dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan progresif kronik yang memberi kesan pada hati seperti penyalahgunaan alkohol; obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.

Pendedahan jangka masa panjang terhadap aflatoxin iaitu toksin yang dihasilkan oleh beberapa spesies fungus yang boleh ditemui pada kacang tanah, pepohon kacang dan benih berminyak; penggunaan steroid anabolik dalam jangka masa panjang dan air yang tercemar dengan arsenik juga merupakan faktor risiko HCC.

Secara amnya, kanser dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi dan radioterapi. Namun demikian, bagi kebanyakan penghidap kanser hati, rawatan tersebut adalah sukar kerana tahap toksik ubat-ubatan antikanser meningkat dan fungsi hati mereka terjejas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perubatan Dalaman Universiti Mainz, Jerman, Prof. Dr. Peter Galle, memaklumkan bahawa jumlah kematian disebabkan oleh penyakit tersebut terus meningkat.

"Sebelum ini, para pesakit pada peringat terakhir penyakit ini tidak mempunyai pilihan rawatan efektif dan mungkin meninggal dunia dalam masa setahun selepas diagnosis.

"Dengan sorafenib, kita kini mempunyai peluang untuk melanjutkan kadar survival pesakit sehingga lebih 44 peratus."

Sorafenib merupakan terapi pertama dan satu-satunya ubat rawatan oral antikanser untuk penghidap HCC.

Setakat ini, ia merupakan satu-satunya ubat yang memperbaiki kadar jangka hayat penghidap HCC di peringkat lanjut.

Ubat oral tersebut adalah salah satu kelas terbaru terapi kanser yang berfungsi dengan mensasarkan dan menghalang protein yang menghantar isyarat dalam sel.

Ini seterusnya menghentikan penambahan bilangan sel tumor dan juga memotong bekalan darah terhadap ketumbuhan tersebut.

Pengambilan sorafenib mempunyai kesan sampingan yang boleh dirawat termasuk reaksi kulit pada kaki dan tangan seperti kemerah-merahan dan masalah cirit-birit.

Sorfenib telah diluluskan penggunaan untuk rawatan HCC oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Disember 2007.

Menariknya, Malaysia merupakan antara negara terawal yang membenarkan penggunaan ubat oral tersebut selepas ia diluluskan penggunaannya oleh Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk rawatan penghidap HCC pada November 2007.

Sebulan sebelum itu, tablet sorafenib juga diluluskan untuk rawatan HCC oleh Agensi Perubatan Eropah (EMEA).

Pada Disember 2005, FDA telah meluluskan ubat tersebut untuk rawatan kanser buah pinggang atau renal cell carcinoma (RCC) di peringkat lanjut.

Ini menjadikannya rawatan kelulusan FDA pertama untuk penyakit tersebut dalam masa lebih sedekad.

Sorafenib kini diluluskan di lebih 70 buah negara untuk rawatan peringkat lanjutan kanser buah pinggang dan rawatan HCC di lebih 40 buah negara.



Syarikat-syarikat, kumpulan penyelidik antarabangsa, agensi-agensi kerajaan dan pengkaji sedang menilai keberkesanan sorafenib sebagai agen tunggal atau rawatan kombinasi pelbagai bentuk kanser termasuk kanser paru-paru, kanser payu dara dan sebagai terapi tambahan untuk kanser buah pinggang.

"Kehadiran sorafenib memberikan impak yang besar dalam memperbaiki kesan rawatan dan juga kehidupan bagi pesakit-pesakit yang berhadapan dengan penyakit ini, " kata Galle.

Sumber : Kosmo! 26 June, 2008

***Untuk renungan bersama.. Mod kalau salah board.. harap dapat tolong move ek... ***
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 12:46 PM | Show all posts
salam..
kanser masih boleh dicegah & dirawat.
boleh mencuba rawatan alternatif seperti mengamalkan vitamin B17..
Produk seperti Apricon dari sumber 100% biji aprikot boleh membantu.
layari http://www.farmashealth.com.my/ untuk maklumat lanjut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 12:59 PM | Show all posts
semoga dier sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 05:15 PM | Show all posts
utk kanser hati atau ketumbuhan...ikhtiarlah dgn produk sne..........www.produksne.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060544 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list