View: 5307|Reply: 4
|
Kopi tongkat ali kurang khasiat kesihatan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kebanyakan produk kopi campuran tongkat ali di pasaran didapati hanya mengandungi terlalu sedikit ekstrak herba itu dan langsung tidak memberi faedah kesihatan atau khasiat tambahan seperti yang didakwa pengeluarnya.
[table=98%][tr][td]
Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terhadap 10 jenama kopi tongkat ali popular di pasaran mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu dan tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan.
Pengarah Program Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, berkata kandungan bahan aktif tongkat ali dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.
Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat tongkat ali perlu sekurang-kurangnya mengambil satu miligram (mg) bahan aktif tongkat ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3mg bagi setiap kg berat badan, sehari.
Contohnya, jika seseorang yang mempunyai berat badan 80kg, dia memerlukan minimum 80mg ekstrak tongkat ali sehari jika mahu memperoleh faedah daripada herba itu.
揝atu mg bersamaan dengan sejuta ng dan ini jelas menunjukkan kandungan ekstrak tongkat ali dalam kopi campuran yang diuji tidak sampai satu mg dan jauh lebih rendah daripada kadar minimum yang diperlukan.
揓usteru, penggunaan tongkat ali dalam minuman kopi campuran berkenaan sebenarnya tidak banyak membantu memberi manfaat daripada segi kesihatan, malah mungkin sia-sia saja, |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tinggal kopi.....sekarang ni aku amalkan red guara cafe........sgt baik utk kesihatan dan kecerdasan |
|
|
|
|
|
|
kyroll75 This user has been deleted
|
Reply #1 shahx's post
kalau banyak nanti ......long term takde kesan sampingan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan produk coffee di pasaran especially yg campuran herba sebenarnya hanya mengadungi sedikit sahaja bahan herba tersebut. Memang lah semua org boleh letak kopi keluaran mereka mengadungi tongkat ali..... tetapi mereka tak cakap pun berapa percent pati tongkat ali yg dimasukkan....
mereka juga tidak menyatakan dari bahagian manakah pati tongkat ali itu didapati... dari akar ke, dari daun ke, dari batang ke, dari kulit ke... tidak semua bahagian tongkat ali memberikan khasiat yang serupa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bub dulu selalu ikut ayah masuk utan...g carik ubat akar2 kayu... Tongkat mr ali nie mmng tergolong dalam khasiat ubat ubatan. tapi ikut pengalaman Bub, tongkat ali nie bukan 100% mmberi tenaga mcm yg diwar warkan... pendek cerita, utk buat ubat tenaga batin, harnya berapa percen ajer tongkat mr ali yg kita campurkan, lainnya ialah campuran herba2 lain... kalu nak harapkan tongkat mr ali sahaja, mcm buat gulai taruk cili ajer la.... leh ker jadik gulai?.... kat kg Bub, tongkat ali nie kita org tak pandang sangat la..... kalu ikutkan kan iklan tv tu mmng ler power giler..... nak lariskan produk...biasa la... harnya jauhari jua mengenal manikam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|