CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5093|Reply: 8

~@Pentafsiran Lirik Lagu@~

[Copy link]
Post time 15-7-2007 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Asalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. Tujuan aku nak bukak thread nie adalah untuk membincangkan tentang pentafsiran lirik lagu terutama lagu-lagu Melayu di Malaysia. Aku pernah bersemuka dengan seorang ahli muzik dari Indon dan dia bagitau aku lagu-lagu dari Malaysia semuanya hebat banget terutama dari yang otai-otai cam M. Nasir, Saari Amri, Habsah Hassan etc tetapi beliau agak sukar untuk mentafsirkan lirik lagu tersebut sebab bahasa yang digunakan dianggap 'High Level', kalau korang ade mase untuk usya lirik lagu-lagu Indon mesti korang perasan yang liriknya agak straight forward dan terlalu berterus terang dalam penyampaian mesej. This thread is a tribute for those who has inspired dan created a wonderful yet meaningful songs sebagai halwa telinga kita semua.

Semua forumer juga digalakan untuk mengepos pentafsiran lirik yang dibuat untuk renungan bersama...ia terbuka untuk semua Genre lagu tak kire lagu lama atau lagu baru!

Sebagai penghormatan, aku akan letakkan lagu dari sifu M. Nasir bertajuk Tujuh Nafas Lagi sebagai lagu yang akan dijadikan pembuka bagi pentafisran lirik. Sebenarnya pentafsiran ini bukan aku yang buat tapi aku rase agak berbaloi kalau kita gunakan lagu sifu sebagai subjek matter pertama perbincangan.

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya厖.

Lagu tujuh nafas lagi ini dicipta sepenuhnya oleh M.Nasir dengan liriknya sekali. Lagu ini memang sukar untuk ditafsir. Sekali baca lirik ini mungkin ada unsur ketuhanan dan kesufian. Kemungkinan ada juga, sebab banyak lirik yang dibuat oleh M.nasir sebelum ini menuju ke arah itu . Tetapi untuk lagu ini saya suka mentafsir kisah kekasih yang membuat keputusan untuk berjauhan buat sementara waktu kerana ada perselisihan faham di antara mereka dan mereka ,membuat keputusan untuk kembali bersama selepas persengketaan itu .. Saya suka mentafsir perselisihan itu di antara suami dan isteri . Mereka sama-sama mempunyai keraguan atas kesetian dan cinta masing-masing sehingga berlaku persengketaan beberapa kali . Sama-sama perhatikan ayat-ayat di bawah dan tafsir ringkas yang dibuat oleh saya secara peribadi .

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Daripada ayat ini dapat saya tafsirkan , pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas beberapa kali meraka bersengketa dan si suami berharap si isteri betul-betul mempecayai kesetian dan cintanya dan berharap mereka saling mempercayai antara satu sama lain selamanya tanpa persengketaan lagi selepas timbul perasaan insaf( lambaian firdausi bermaksud keinsafan atau sesuatu peristiwa atau keputusan yang baik)


Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha

Ayat ini bermaksud saling tidak mempercayai antara mereka berdua membuat mereka bersengketa walaupun meraka berdua mengetahui diatara kedua-dua mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri .

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Dalam ayat ini bermaksud si suami sudah bersedia menjadi suami yang terbaik dan cuba menjauhi segala ketidak percayaan si isteri kerana dia tahu hidup ini tidak lama hanya tinggal tujuh nafas lagi . Ayat tujuh nafas lagi susah saya hendak tafsirkan . Mungkin tujuh nafas itu bermaksud fasa-fasa dalam kehidupan. Setiap nafas mewakili setiap fasa.

Note: Plzz email saya kalau sesiapa dapat mentafsir ayat tujuh nafas lagi .

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku


Ayat di atas bermaksud si suami pernah curiga dengan kasih sayang yang di terima olehnya dan di dalam hati sering mengatakan kasih sayang yang diterima hanyalah kepuraan cuma . Dalam masa yang sama si isteri juga merasa kepuraan cinta dan kasih sayang si suami.


Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

Walaupun dalam apa jua keadaan diatara meraka , si suami sangat menyintai si isteri dan cintanya mengatasi segalanya .

Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rasa paling rendah di sini bermaksud rasa benci dan tidak suka namun begitu perasaan kasih sayang dan cintanya mengatasi segala perasaan benci tersebut .

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan

Si suami cuba mempertahankan kebenaran rasa rindunya dan bukan hanya cakap-cakap bohong semata . Dan bukanya hanya manis di mulut cuma .

Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Si suami menyatakan pada isterinya bahawa ingatan pada isterinya , setiap masa dan rasa rindunya masih segar seperti pada pertama kali luahan rasa rindu saat awal percintaan mereka. Ini dapat dapat difahami dalam ayat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2007 03:29 AM | Show all posts

Kajian Kes: Suatu Masa oleh M. Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku


Tafsiran: Si pencinta tak tahu apa yang hendak dilakukan untuk memberi isyarat pada orang yang di sayang yang beliau menyayanginya. Si pencinta tiada idea bagaimana hendak memulakan kata-kata untuk dinukilkan kepada orang yang disayanginya. Setiap kata-kata yang cuba diaturkan semua tidak menjadi kerana ketandusan idea. Di rangkap ini menunjukkan yang si pencinta ini benar-benar kekeringan idea.

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah


Tafsiran: Si pencinta merasa ragu dengan setiap respon yang diterima dari orang yang disayanginya hingga setiap tindak tanduknya seperti renungan mata dan senyuman menimbulkan seribu satu pertanyaan pada dirinya. Si pencinta tidak pasti samada beliau tidak bertepuk sebelah tangan di peringkat ini.

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Tafsiran: Si pencinta di sini telahpun mencurah kan apa yang ingin dinyatakan pada surat-surat yang telah dicoret tetapi beliau masih tiada kekuatan atau keyakinan untuk mengutuskan surat-surat tersebut kepada insan yang disayanginya hingga beliau akhirnya putus asa dan membuang surat-surat tersebut. Pada peringkat ini mungkin si pencinta mempersoalkan kewajaran beliau menyayangi kekasihnya.

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku


Tafsiran: Sejenak kemudian si pencinta merasa menyesal dengan perbuatannya dan mengutip semula coretan-coretan perasaan beliau. Beliau tidak tahu apa yang beliau rasakan ketika itu dan berharap agar insan yang disayanginya itu memahami dan dapat merasa apa yang beliau rasa ketika itu.

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya


Tafsiran: Si pencinta ingin insan yang disayanginya itu merasai apa yang beliau rasa ketika itu. Beliau juga mengharap agar insan yang disayanginya dapat merasai apa yang beliau rasa melalui bantuan angin. Sebenarnya 'angin' yang dimaksudkan di sini adalah sebahagian dari alam dan secara logikanya benda itu takkan berlaku tetapi di rangkap ini penulis lirik ingin pendengar merasa yang si pencinta telah hampir berputus asa hingga mengharap sesuatu yang tak mungkin berlaku untuk terjadi.

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah


Tafsiran: Di rangkap ini, penulis lirik ingin menunjukkan yang tahap ke putus asaan si pencinta telah hampir mencapai klimaksnya. Perasaan cinta beliau telah hampir punah kerana beliau masih tidak menerima jawapan yang beliau kehendaki dan beliau juga merasakan yang insan yang beliau sayang tidak mahu memberi apa-apa respon pada luahan hati beliau.

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Tafsiran: Di rangkap akhir ini si pencinta mulai pasrah dengan ketentuan Qada dan Qadar dan menyerahkan soal penerimaan cinta beliau kepada takdir. Beliau percaya niat suci beliau dalam memberikan cinta kepada insan yang disayanginya takkan menjadi sia-sia jika beliau benar-benar ikhlas ingin memiliki hati insan itu. Beliau juga berharap pada suatu hari dan masa akan datang luahan hati dan cinta yang ingin diberikan akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari insan yang disayanginya.

RK

[ Last edited by  rurouni_khairul at 5-8-2007 03:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:25 PM | Show all posts
lagu M.Nasir mmg guna ayat yg sempoi2 payah gila nak paham lirik lagu dia...
kira org jenis ni mmg otak kreatif la...

lirik lagu srikandi cintaku pon dia buat gak, lirik dia best....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 01:27 AM | Show all posts

Reply #3 ChildrenOfBodom's post

Yup, srikandi cintaku memang lirik die berpuitis...tak nak tafsir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 11:24 PM | Show all posts

Reply #4 rurouni_khairul's post

Tafsir lar.. nak gak tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 02:45 AM | Show all posts

Reply #5 Muntz's post

Pentafsiran die agak sedih sebab M. Nasir sendiri nyanyikan lagu nie personally waktu arwah isteri die dulu meninggal...

Nanti aku cuba paparkan tafsiran aku yerk!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2007 08:24 PM | Show all posts

Rajawali terbang tinggi - M. Nasir

Terdengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang

Tafsiran: Rasanya tak perlu aku berdolak dalik kat sini...lagu nie aku tujukan sempena Hari kemerdekaan ke-50...tafsirannya pulak...memang sebuah lagi patriotik..Platun...salut!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 05:17 PM | Show all posts
cuba tafsir lagu cermin mimpi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2007 10:53 PM | Show all posts

Reply #8 hyphrigian's post

Di balik cerrmin mimpi eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.071911 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list