CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5066|Reply: 2

Keracunan makanan

[Copy link]
Post time 22-7-2007 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Keracunan makanan...Boleh dielakkanOleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


SAKIT juga jari membelek semula laporan akhbar mengenai keracunan makanan yang berlaku sepanjang tahun ini.
Setelah dicongak-congak, ada lebih kurang 20 kes keracunan makanan yang berlaku dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini membabitkan 1,177 orang, kebanyakannya pelajar sekolah. Bilangan sebenar mungkin lebih dari itu mengambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan.

Kes keracunan terbaru membabitkan 19 penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kedah pada 12 Julai lalu menjadikan negeri itu paling kerap dilanda penyakit bawaan makanan yang sekeluarga dengan taun dan kepialu ini.
Suka atau tidak, keracunan makanan yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mencerminkan betapa sikap kita yang mengambil mudah isu-isu berkaitan amalan kebersihan makanan.

Padahal, kematian yang disebabkan oleh keracunan makanan bukan tidak pernah terjadi di negara ini. Terbaru, ia meragut nyawa seorang wanita Vietnam selepas menikmati burger terakhir bersama teman lelakinya.

Seorang kanak-kanak 10 tahun meninggal dunia penghujung tahun lalu selepas makan sup ayam yang dimasak di rumah. Enam ahli keluarganya yang lain turut mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Tidak syak lagi, makanan penting di dalam hidup kita tetapi jika makanan yang anda makan rosak dan tercemar, ia boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Pakar Perunding Perubatan Am dan Kardiologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Abd. Rahman Mohd. Ali berkata, keracunan makanan menyebabkan gangguan gastrousus kepada seseorang setelah memakan makanan (minuman) yang tercemar.

憫Makanan dikatakan tercemar apabila ia mengandungi bahan-bahan tidak sepatutnya seperti kuman patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti bakteria, fungi (kulat dan yis), parasit serta virus.

憫Antara makanan yang mudah dicemari oleh bakteria adalah keju, mentega, daging burger, susu, telur, daging, ayam, hasil laut,拻 katanya. Agen-agen lain yang tidak berjangkit adalah toksin atau kimia beracun (seperti racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet berlebihan).

Benda-benda asing (bendasing) seperti rambut, cebisan kaca, paku dan sebagainya juga boleh menyebabkan makanan tercemar dan keracunan makanan.

*Punca-punca

Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah memakan makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman berbahaya, bahan kimia dan bendasing.

憫Ikan, buah-buahan atau sayur-sayuran misalnya mungkin mengandungi kuman, atau bahan kimia seperti racun serangga dan asid borik untuk mengawet. Ia mungkin tidak dibersihkan dengan sempurna.

揝eseorang juga mungkin mengambil makanan yang telah ditin atau dipaketkan. Makanan tercemar menghasilkan kuman botulism yang mengeluarkan gas (berbuih) tanda pencemaran,拻 jelas Dr. Abd. Rahman.

Oleh itu, sebelum membeli atau menggunakan makanan tin atau paket, periksa dahulu sama ada tin kemek atau berkarat, paket bocor, gelembung, rosak dalam apa jua bentuk dan tempoh penggunaannya.

Lain-lain punca keracunan termasuklah mengambil makanan atau minuman yang mengandungi toksin atau racun semula jadi seperti sesetengah kulat, cendawan, makanan laut seperti kerang, buntal dan sebagainya. Sesetengah daripadanya bersifat neurotoksik dan berbahaya kepada urat saraf.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan bekas atau botol plastik yang sama beberapa kali kerana calar-calar yang tidak kelihatan menjadi tempat persembunyian kuman yang sukar disingkirkan walaupun setelah dicuci.
Dr. Abd. Rahman sempat berkongsi pengalamannya merawat seorang wanita yang muntah-muntah tidak sampai dua jam selepas minum air zamzam. 揃ukan kerana air zamzam itu yang tercemar tetapi botol air mineral yang digunakan oleh si suami itu telah acap kali digunakan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2007 11:28 AM | Show all posts
8 tip pencegahan di rumah

Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan atau menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.

* Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang.

* Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan menggunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.

* Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari.

* Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat.

* Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan cara penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupun dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya. Walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.

* Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam.

* Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercangkerang yang tidak cukup masak.

Lain-lain termasuklah telur separuh masak atau makanan yang mengandungi telur seperti doh biskut dan aiskrim buatan sendiri, ulam-ulaman mentah; jus, tuak, susu dan produk tenusu yang tidak dipasteur (dibasmi kuman), keju lembut, sapuan daging disejukkan dan beberapa lagi.

*Penjagaan sendiri

Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam. Untuk membantu diri anda berasa lebih selasa sekali gus menghalang dehidrasi dalam waktu pemulihan itu, anda boleh cuba langkah-langkah berikut:

* Biarkan perut anda rehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam

* Hisap ketulan ais atau hirup sediki air. Anda boleh juga mengambil minuman bersoda. Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap

* Secara beransur-ansur, makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti kraker (biskut kering nipis), pisang dan nasi. Berhenti makan jika mual-mual kembali

* Elakkan makanan dan bahan-bahan tertentu hingga anda berasa lebih baik. Antaranya produk tenusu, kafeina, nikotin dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan tinggi

* Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan memenatkan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

Syd, thanx for the info, nice.... btw, degree celcius mcm terjadi 0, other than that, ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.112160 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list