CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3976|Reply: 15

lat's collection

[Copy link]
Post time 8-8-2007 06:02 AM | Show all posts |Read mode
ada siapa-siapa yang ada kumpul buku-buku lat tak? kita ada 8, masih cari 4 lagi.  boleh tolong suggest dekat mana nak beli yang lain tak?

yang mana satu fav kau orang. untuk kita, budak kampung paling best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 08:09 AM | Show all posts

Reply #1 enot66's post

8 dah? ehehe.. sebenarnya tak tau ada berapa siri. tapi kat rumah ada 2. belikan utk anak buah. tapi mak sedaranya yg simpan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 08:13 AM | Show all posts

Reply #1 enot66's post

ada jgk few collections lat's ni...tapi tk ingat brp... nanti arr balik umah aku check.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #2 silencez's post

silences memang seronok bacakan. semua collection lat yang nita ada dah baca dua kali dah. budak kampung tiga kali. tapi masih tak jemu lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #3 captain_scubby's post

captain_scubby's check jangan tak check,

baru dapat lagi satu. adik baru kirimkan. baru aja habis baca. sampai aja tadi, terus baca. hai memang betul-betul tengah kemarun lat sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 08:06 AM | Show all posts
ada...
with a little bit of LAT
LAT and his LOT again
LAT was here
Kampung Boy

rasa2 nk start collect balik buku Lat ni....
smlm cari dlm kotak and then bile baca balik, tersengih aku sorg2.....
aku ada tanya kwn, dia kata koleksi lat ni semuanya ada dlm 20 sumthing....byk gak tu yer... yg aku ingat, Mat Som, Town Boy.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 08:14 AM | Show all posts

Reply #6 captain_scubby's post

mana nak cari ek?
sampai 20 tu
selalu jumpa kat kedai, tak lah byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #7 mardhiah12's post

boleh cari kat borders...

kampung boy dah dipick by american association of cartoonist sebagai antara top 10 comics must read

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #8 limau_nipis's post

aiiyoh, bila mahu pergi borders?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 03:41 PM | Show all posts
aku kalo ada tempat nak simpan, ada duit, aku pun nak kumpul smua, tapi kalo jumpa yang old print lagi best la those zaman kecik2 dulu early 80s mid 80s gitu.

kalo nak carik kampung boy/budak kampung, carik yang old print nye..
tulisan lainlukisan lain, yang gambo brutal Lat kena tempeleng ngan bapak dia sampai tergolek tangga dah takde..  kot tak bleh diterima masyarakat kot

ni dia, aku pernah buat comparison saje je suka2..

yang bapak dia tempeleng, compared ngan version skarang..



yang dia kena tergolek compared version skarang..





ni lak yang mak dia original drawing makmum belah kiri, newer drawing dah kat kanan



Kalo nak baca aku merapu merapek pasal comparison old kampung boy ngan new kampung boy ngan detail selain ada kot gambo lain, korang gi http://deaf-angel.blogspot.com/2007/04/lats-kampung-boy-budak-kampung-original.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 03:41 PM | Show all posts
Taken from here: http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/5/27/lifebookshelf/17816383&sec=lifebookshelf

Finally, one of my favourite graphic novels, from way back when I hadn抰 even heard of the term! My mum had a strange aversion to comics except for anything by Lat and she loved Kampung Boy (First Second, 144 pages, ISBN: 978-159-643-1218), the cartoonist抯 fond look at his childhood in a village in Perak.  
  
The book was recently chosen by the American Library Association as one of the Top 10 graphic novels for teens and it has received rave reviews in the States where it抯 been published in a smaller format (very handy for your handbag) than our local edition, and with a front-cover blurb by Matt Groening, creator of The Simpsons!  

For modern Malaysian children and teens (especially those living in the city), Lat抯 story offers a very real, personal and humorous look at rural life more than 40 years ago.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 04:08 PM | Show all posts
waa bestnyerrr LAT

aku pun seronok baca gaks sebab ada sesikit cam kisah aku masa kekecik esp bab kene rotan tuh hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 06:34 PM | Show all posts
Universiti Kebangsaan Malaysia menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada YM Tengku Tan Sri Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 12:25 AM | Show all posts
Hah ni dia senarai panjang buku komik atuk lat... panjang berjela... minah pung terfikir manalah nak dapatkan ye...


Dato' Mohd Nor bin Khalid (lahir pada bulan Mac 1951 di Kota Bahru, Perak; yang juga lebih dikenali sebagai Lat ) merupakan kartunis yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Dato' Mohd Nor bin Khalid merupakan kartunis negara yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka XIII 2002

[Sunting] Bibliografi
  • Be Serious Lat
  • Better Lat than Never
  • Budak Kampung
  • Dr. Who?!
  • Entahlah Mak...
  • It's a Lat Lat Lat Lat World
  • Kampung Boy:Yesterday and Today (ISBN 967-969-307-4)
  • Kampung Boy:Yesterday and Today (Japanese Version)
  • Keluarga SiMamat
  • Lat 30 Years Later
  • Lat and Gang
  • Lat and His Lot Again...
  • Lat as Usual
  • Lat at Large
  • Lat gets Lost
  • Lat was Here
  • Lat with a Punch
  • Lat's Lot
  • Lots More Lat
  • Lots of Lat
  • Mat Som (English Version) (ISBN 983-99617-1-3)
  • Mat Som (Malay Version)
  • The Kampung Boy
  • The Portable Lat
  • Town Boy
  • Town Boy(Japanese Version)
  • With a Little Bit of Lat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 12:35 AM | Show all posts
EM ni minah petik dari paper berita minggu.. best jugak citer pasal atuk lat ni..siap dia citer pasal watak epit yg nakal dan cute dan selalu bogel tu...


SATU malam, sewaktu Datuk Mohd Nor Khalid bersama beberapa rakan
`melepak' di Benteng, Kuala Lumpur, mereka melihat gelagat seorang ayah
memujuk anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun, untuk
pulang. Kanak-kanak itu yang masih belum puas bermain sebaliknya selamba
menjawab `caya tak cenang' (saya tak senang).
  "Kami semua ketawa terbahak-bahak mendengar perkataan itu dan terus
saya mendapat ilham untuk menggunakan ayat itu dan telor kanak-kanak
berkenaan dalam kartun saya," kata Mohd Nor yang kini dikenali di seluruh
dunia dengan nama Lat.
  Lat mencipta watak kanak-kanak perempuan bernama Yati yang pelat dan
menjadi pujaan seorang lagi kanak-kanak, Mamat dalam siri komik Keluarga
Si Mamat yang disiarkan Berita Minggu. Dalam satu siri komik berkenaan,
Yati turut menyebut ayat `caya tak cenang' ketika Mamat mengajak
kanak-kanak itu keluar.
  Keluarga Si Mamat adalah komik Melayu paling popular yang tersiar
setiap minggu selama 26 tahun sejak 1968 dan boleh dianggap menjadi titik
permulaan bagi Lat mula dikenali di seluruh pelusuk tanah air sehingga
semua watak dalam komik berkenaan terutama Mamat, Osmang dan Epit,
dihafal penggemarnya selain sentiasa ditunggu-tunggu kemunculannya setiap
hujung minggu ketika zaman kemuncak popularitinya bermula awal 1970-an
sehingga awal 1990-an.
  Hakikatnya, populariti Keluarga Si Mamat banyak bergantung kepada
kebijaksanaan Lat menggunakan pemerhatian serta pengalaman di
persekitarannya sebagai bahan karya dan disampaikan dalam bentuk cerita
mudah, karikatur berkarakter, lakaran memikat dan dialog bersahaja yang
mampu menimbulkan rasa lucu setiap peringkat umur yang membacanya.
  "Cerita dalam Keluarga Si Mamat berkisar kepada kisah kekeluargaan dan
ketika mulamula diterbitkan, saya masih dalam proses mencari stail
sendiri. Tidak dinafikan ketika itu banyak pengaruh kartunis lain yang
popular seperti Rejabhad, Raja Hamzah dan kartunis Barat.
  "Ketika itu saya baru 17 tahun, justeru isu yang dipaparkan juga lebih
kepada pandangan daripada kaca mata seorang remaja yang terdedah kepada
isu membabitkan anak muda, pengaruh televisyen, ibu bapa, rakan dan
kehidupan di persekitaran.
  "Watak Mamat diambil berdasarkan adik saya yang berusia lima tahun
ketika Keluarga Si Mamat dicipta pada 1967. Nama Epit pula dicadangkan
oleh penulis, Khadijah Hashim, singkatan bagi Hafiz, selepas saya
bertanya kepadanya apa nama patut diberikan untuk watak kanak-kanak nakal
yang enggan pakai seluar dan ligat berlari ke sana sini," katanya ketika
ditemui di rumahnya di Ipoh, baru-baru ini.
  Berita Harian bersetuju menyiarkan siri Keluarga Si Mamat setiap minggu
bermula pada 5 Mei 1968 ketika Lat masih berusia 17 tahun dan bersekolah
tingkatan Empat di Sekolah Menengah Anderson di Ipoh.
  Ketika itu, Lat menerima bayaran RM20 bagi setiap siri Keluarga Si
Mamat bagi membolehkannya menerima pendapatan antara RM80 hingga RM100
sebulan, selain menerima bayaran RM10 sebulan bagi watak Si Atan yang
disiarkan dalam Dewan Pelajar dan RM10 lagi menerusi karyanya
dalammajalah Pemimpin, satu pendapatan yang cukup besar pada waktu itu
terutama bagi pelajar sekolah.
  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 12:36 AM | Show all posts
ni sambungan dari citer yg kat atas tu....


  Lat berkata, tujuannya untuk berjumpa P Ramlee ialah ingin mengetahui
kenapa dia beralih arah membuat pembikinan filem komedi berbanding genre
serius yang menaikkan popularitinya ketika berada di Singapura.
  Katanya, jawapan P Ramlee ialah syarikat Shaw Brothers yang mendominasi
penerbitan filem Melayu ketika itu ingin membuang ramai pekerja terutama
beberapa pelakon yang dianggap tidak sesuai untuk watak dalam filem
serius.
  Oleh itu, Lat berkata, P Ramlee membuat keputusan menghasilkan filem
komedi bagi memberi pekerjaan kepada ramai rakannya, sekali gus mengelak
mereka daripada dibuang kerja oleh syarikat penerbit filem terbabit.
  "Bagaimanapun, wawancara itu tidak pernah disiarkan kerana sebaik saja
saya masuk pejabat keesokan harinya, editor beritahu saya ni pemberita
jenayah kenapa nak buat cerita hiburan, lebih baik pergi temuramah
polis," katanya.
  Lat juga mengingati perjumpaan yang sering diadakan golongan kartunis
dan mereka yang dianggap `berjiwa seni' di Pasar Minggu Kampung Baru bagi
berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai karya masing-masing.
  Di kalangan kartunis, katanya, Rejabhad dianggap sebagai penghulu dan
sering menjadi tempat rujukan kepada kartunis muda yang ingin bergiat
aktif dalam bidang berkenaan.
  "Setiap kali perjumpaan berkenaan, biasanya kami akan tangkap gambar
sebagai kenang-kenangan dan hubungan sesama kartunis ketika itu agak erat
serta sering mengambil berat kebajikan sesama kami," katanya.
  Beliau berkata, suasana sedemikian kini didapati semakin hilang dan
beliau juga merasa terkilan kerana ada kartunis sekarang yang tidak mahu
menghadiri majlis yang dianjurkan kartunis lain kerana kepentingan
perniagaan.
  "Bagi saya, walaupun dalam perniagaan kita bersaing, bukan bermakna
dalam kehidupan seharian kita mengambil sikap yang sama," katanya.
  Profil
  Nama: Datuk Mohd Nor Khalid
  Nama Pena: Lat (singkatan bagi bulat)
  Lahir: 5 Mac 1951
  Umur: 56 tahun
  Anak: Empat orang
  Asal: Ipoh, Perak
  Pendidikan: Senior Cambridge
  Komik pertama: Tiga Sekawan (1964)
  Kartun bersiri: `Keluarga SiMamat' (Berita Minggu) (1968-1994), `Scenes
from Malaysian Life' (NewStraits Times) (1974 sehingga sekarang)
  Buku pertama: `Kampung Boy' (1979)
  Karya:
  * Be Serious Lat
  * Better Lat than Never
  * Budak Kampung
  * Dr. Who?!
  * Entahlah Mak...
  * It's a Lat Lat Lat Lat World
  * Kampung Boy: Yesterday and Today
  * Kampung Boy: Yesterday and Today (bahasa Jepun)
  * Keluarga Si Mamat
  * Lat 30 Years Later
  * Lat and Gang
  * Lat and His Lot Again...
  * Lat as Usual
  * Lat at Large
  * Lat gets Lost
  * Lat was Here
  * Lat with a Punch
  * Lat's Lot
  * Lots More Lat
  * Lots of Lat
  * Mat Som (Bahasa Melayu)
  * Mat Som (Bahasa Inggeris)
  * The Kampung Boy (bahasa Inggeris)
  * The Kampong Boy (bahasa Jepun)
  * The Kampong Boy (bahasa Perancis)
  * The Portable Lat
  * Town Boy
  * Town Boy (bahasa Jepun)
  * With a Little Bit of Lat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.568867 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list