CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 0

300 doktor kembali ke Malaysia

[Copy link]
mazlini This user has been deleted
Post time 14-8-2007 10:34 PM | Show all posts |Read mode
300 doktor kembali ke Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sebanyak 300 doktor pakar yang telah lama berkhidmat di luar negara akan kembali semula ke Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga pakar dalam pelbagai bidang perubatan di negara ini.
Menurut Pengarah Pakar Perunding Kanan Bedah Ortopedik dan Spinal, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak, mereka merupakan rakyat tempatan yang memiliki pelbagai bidang kepakaran dan telah lama menetap di luar negara.

``Kebanyakan mereka mendapat biasiswa kerajaan dan sepatutnya berkhidmat di sini bagi mengurangkan masalah pengambilan kepakaran luar,拻 katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat persediaan pelajar ke United Kingdom dan Ireland di sini hari ini.

Taklimat yang dihadiri kira-kira 150 pelajar itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar di Luar Negara, Datuk Shafie Apdal yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menurut Dr. Mohamad, terdapat beberapa faktor lain yang mendorong lulusan perubatan dari universiti luar negara memilih untuk berkhidmat di tempat mereka menamatkan pengajian.
Beliau bagaimanapun menolak faktor ganjaran atau gaji lebih lumayan berbanding pendapatan yang diperolehi di Malaysia sebagai faktor utama mereka berbuat demikian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list