CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4020|Reply: 2

Nyanyuk

[Copy link]
Post time 19-8-2007 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Nyanyuk bukan fitrah penuaanOleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

HIPOKAMPUS, bahagian otak yang terlibat di dalam proses memori yang terjejas di kalangan pesakit nyanyuk.

APA perasaan anda apabila ibu atau bapa tersayang tidak lagi mengenali wajah anaknya ini? Bila anda cuba menerangkan siapa anda, dia tidak percaya dan menyebut nama orang lain yang tiada kena-mengena.

Nama itu merupakan nama kawan-kawannya semasa bersekolah dulu dan ketika itu. Malah mereka menuduh anda sengaja mahu dia mati cepat supaya senang anda membolot hartanya.

Dalam hati anda mungkin terdetik: 憫Dah nyanyuk agaknya orang tua ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2007 12:33 PM | Show all posts
Komunikasi pesakit dementia

KITA semua tidak dilahirkan dengan cara-cara bercakap yang betul dengan pesakit nyanyuk tetapi kita boleh mempelajarinya.

Sekalipun tidak mempunyai pengetahuan teknikal seperti profesional perubatan, tiada siapa yang lebih tahu dan memahami insan tersayang lebih baik daripada kita sendiri.

Tiada masa yang lebih mencabar sebagai penjaga apabila melibatkan kelakuan mereka yang menyukarkan dan bertentangan dengan masa sihat.

Oleh itu, perasaan kecewa yang dialami penjaga tidak sukar untuk difahami. Meningkatkan kemahiran komunikasi dapat membantu mengurangkan tekanan sekali gus memperbaiki kualiti hubungan penjaga pesakit.

Harus diakui, bercakap dengan orang tua yang menghidap nyanyuk memerlukan banyak masa dan kesabaran. Jangan silap faham. Kesukaran bercakap dengan mereka bukan disebabkan oleh kedegilan, sikap pentingkan diri atau tidak mahu bekerjasama, tetapi kerana masalah kesihatan.

Luangkan masa bercakap dan membawa pesakit bersiar-siar. Galakkan pesakit bercakap untuk mengelakkan mereka kehilangan kemahiran berkomunikasi.

Lebih dari itu, sikap tidak endah anda terhadap warga tua boleh menyebabkan anda tidak dapat mendengar suara mereka seperti dulu lagi kerana kebisuan mereka.

Sebelum itu, tiga prinsip asas yang perlu anda ambil kira sebelum bercakap dengan orang nyanyuk terutamanya yang jatuh dalam kategori teruk ialah:

1- Sentuhan. Pegang tangan pesakit untuk mendapat perhatiannya. Jika anda menyuruh pesakit makan, letakkan makanan di tangannya dan bawakan tangan itu ke mulut pesakit.

2- Mendengar. Bagi pesakit yang masih boleh mendengar, mereka perlu diberikan rangsangan pendengaran dengan cara bercakap dengan mereka. Lebih kerap lebih baik. Jika anda lihat dia mula tidak memberi perhatian kepada percakapan anda, panggil namanya.

3- Rasa. Apabila membabitkan makanan, terutamanya bagi pesakit yang ada masalah menelan. Hampir 70 peratus pesakit nyanyuk serius perlu menjalani pemeriksaan kebolehan menelan makanan.

Sekarang anda boleh mulakan

* Mood positif untuk bercakap. Tindak tanduk anda memberikan kesan lebih kuat berbanding kata-kata. Berinteraksilah dalam suasana menyenangkan sambil mempamerkan rasa hormat kepada orang tua. Gunakan ekspresi muka, nada suara dan sentuhan untuk membantu menyampaikan mesej dan menunjukkan kasih sayang anda.

* Dapatkan tumpuannya. Hadkan gangguan dan bunyi bising, tutup radio, televisyen, langsir, pintu atau berpindah ke persekitaran lebih senyap. Sebelum bercakap, pastikan anda mendapat perhatiannya dengan memanggil namanya. Perkenalkan diri (nama anda) dan terangkan hubungan anda dengannya. Gunakan isyarat bukan perkataan, dan sentuhan bagi membantunya fokus. Kekalkan hubungan mata.

* Cakap dengan jelas. Gunakan perkataan dan ayat mudah. Cakap perlahan-lahan, mudah didengar dalam nada yang meyakinkan. Jangan meninggi suara, guna nada rendah. Ulang soalan atau mesej anda menggunakan perkataan sama jika dia tidak faham kali pertama. Sekiranya masih tidak faham, tunggu beberapa minit dan ulang soalan sama menggunakan perkataan lain.

* Tanya soalan ringkas dan mudah dijawab. Satu soalan pada satu-satu masa. Soalan dengan jawapan ya atau tidak adalah yang terbaik. Elakkan soalan yang mempunyai pelbagai pilihan jawapan. Contohnya: 憫Abah nak pakai baju hitam atau putih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 10:55 PM | Show all posts
Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk


Perkahwinan dikatakan dapat mengurangkan penyakit Alzheimer.

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.

Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: 揔ajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037693 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list