CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: musafir_665

Batam, Indonesia..

[Copy link]
Post time 6-11-2019 09:03 PM | Show all posts
Rzihan replied at 1-10-2019 09:04 AM
Try contact/whatsaap: +6285355455999 (Pak Dwi). Orangnya baik and mudah nak berbincang

Berapa ye rate... Saya dah tanya...dia xbgtau caj.
Biasanya 500-600k p/hari ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 11:00 AM | Show all posts
Baru je balik dari Batam. Naik feri dari Puteri Harbour sebab parking free. Kalau Stulang Laut parking berbayar.
Tiket feri pergi balik RM190.00. Sampai je ke Batam terus naik tingkat 1 book tarikh dan masa tiket balik. Kat sini standby 90 ribu rupiah.
Batam ni baru nak naik sebagai tempat pelancongan mengatasi Bandung..sebab Bandung kos dah mahal, pak supir caj nak naik sekali ganda kalau di Bandung.
Batam dalam wilayah Riau, antara pulau terbesar dgn pembangunan pesat pelabur dari Singapura. Kalau nampak Bentley Bentayaga, Ferrari..maknanya mmg kaya lah tempat tu.
Kos shopping masih murah, asalkan membeli di Nagoya Mall, Batam Centre supermarket Matahari ada Levis dengan potongan 50%. Jeans tiruan Levis banyak jual kat luar.
Pegi Batam tapi beli baju Singapura...sebab baju yg sama kalau kat Singapore tak daya nak beli..tukaran duit Rm kalah dengan Sing Dollar. Kalau dengan Rupiah, RM menang.
Batam banyak tau beg jenama macam MK, Coach, Bvlgari..sebut je brand apa mesti ada. Siap dengan kotak macam ori tau LV.
Nak makan tengok bajet, restoran seafood macam Harbor Bay Seafood tu standardlah..RM300-RM400 tak lari. Tapi kalau setakat warung di Bengkong Laut, Rumah Makan Sunda Ibu Joko...semuanya masih murah dan mampu bayar.
Sana diorang tak kenal Megi..kena sebut Indomie goreng..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 01:17 PM | Show all posts
sranua replied at 6-2-2023 11:00 AM
Baru je balik dari Batam. Naik feri dari Puteri Harbour sebab parking free. Kalau Stulang Laut parki ...

tiket feri nak pegi tu beli walk in ke kat Puteri Habour?

nak mintak pandangan sikit, Batam ni sesuai tuk percutian healing2 (duk lepak kat pantai/muzium/tengok monumen2) or lebih kepada nak shopping2?
TQ
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 03:53 PM | Show all posts
Edited by sranua at 18-6-2023 03:55 PM
watachiwa replied at 16-6-2023 01:17 PM
tiket feri nak pegi tu beli walk in ke kat Puteri Habour?

nak mintak pandangan sikit, Batam ni se ...

Tiket feri pergi balik masa beli kat Puteri Harbour hari tu, ambik kat kaunter tiket sebab kena tunjuk passport sekali. Bila dah sampai kat pelabuhan Batam, kena naik tingkat satu terus pergi ke syarikat pengendali feri tu MV Anggraini ke...cakap nak ambik tiket balik. Sama kena tunjuk passport jgk. Dah selesai urusan baru dapatkan pak supir yg dah dibooking awal.
Batam ni kalau ikut besar jgk dan ikutlah kalau nak hiburan, memang ada kelab malam, karaoke dan perempuan utk teman menyanyi..
Kalau nak healing...kena ambik resort tepi laut supaya nampak laut je....area Jambatan Barelang ada resort mcm tu. Ikut bajetlah ya.
Nak shopping pun setakat beg tangan LV, Coach, MK,  fake mmg banyak. Aku beli baju Singapore yg pada aku..kalau beli kat Singapore kena bayar Sing Dollar...rugi banyak.

Aku pergi Batam sebab nak makan je..asli Padang, Minang....Seafood kat Harbour Bay...ketam nipah ambik dari Stulang..Johor...ha3.


Satu lagi pilihan utk healing adalah Pulau Karimun. Pulau ni kecil sikit dari Batam. Ada air terjun, ada pantai, dan makanan seafood lebih murah dari di Batam. Untuk Cik Kak yg suka shopping kain macam Jakel dengan harga 40% lebih murah. Feri ke Pulau Karimun pun boleh ambik tiket kat Puteri Harbour.


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:14 PM | Show all posts
sranua replied at 18-6-2023 03:53 PM
Tiket feri pergi balik masa beli kat Puteri Harbour hari tu, ambik kat kaunter tiket sebab kena tun ...

tq beb. details explaination.
appreciate it
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 09:11 AM | Show all posts
Sebenarnya untuk ke Batam ni boleh naik feri dari Stulang, Pasir Gudang dan Puteri Harbour. Ketiga-tiga tempat ni rate feri tak sama. Tapi kalau pelancong dari KL, Melaka, pada aku lebih baik naik feri di Puteri Harbour sebab lokasi ida yg dekat dengan highway nk balik ke KL, Melaka. Jadi tak sangkut dalam jem lepas tol highway skudai, jem pasir gudang. Tempat parking pun free je depan Puteri Harbour ni, datang 6.30 pagi boleh chop tempat parking depan terminal feri.
Stulang dengan Pasir Gudang, nak parking sebelah dalam, kena bayar TnG..kena 3 hari parking..berpuluh jgk kena standby duit dalam TnG.
Tapi kalau rombongan dengan bas...takde hal nak naik kat mana pun..jem pun takde hal..boleh tido je dlm bas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 03:24 PM | Show all posts
sranua replied at 22-6-2023 09:11 AM
Sebenarnya untuk ke Batam ni boleh naik feri dari Stulang, Pasir Gudang dan Puteri Harbour. Ketiga-t ...

Salam,
Berapa lama naik feri ke Batam?
Tq
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 09:40 AM | Show all posts
uda replied at 22-6-2023 03:24 PM
Salam,
Berapa lama naik feri ke Batam?
Tq

Saya naik dari Puteri Harbour hari tu dalam 1 jam 30 minit jugak. Kalau dari Stulang atau Pasir Gudang mungkin cepat sikit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 04:55 PM | Show all posts
sranua replied at 6-2-2023 11:00 AM
Baru je balik dari Batam. Naik feri dari Puteri Harbour sebab parking free. Kalau Stulang Laut parki ...

Salam,
Apa attraction batam yang best?
Disitu ada tak jual ikan bilis murah2 compared to Pulau penyenggat?
I tenguk ada itinirari tour pergi Batam and ada lawatan naik speedbot ke pulau penyenggat dan perahu kayu ke satu lagi pulau. I bab2 bot dan air ni memang takut. So kalau murha kat Batam, boleh beli je kat pasar Batam.

Lagi satu, apa yang ada di Malaysia tapi takda di sana? Sebab tanya ni nak bawa ole-oleh kesana. Dulu2 dengan orang indon selalu bawa balik Milo dan teh tarik 3-1.

Terima kasih atas pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 03:11 PM | Show all posts
uda replied at 11-7-2023 04:55 PM
Salam,
Apa attraction batam yang best?
Disitu ada tak jual ikan bilis murah2 compared to Pulau pen ...

Salam,
Masa pergi Batam hari tu takde pulak terfikir nak cari ikan bilis..jadi tak dapatla nak menajwab murah ke tidak. Paling jauh kami pergi pun Jambatan Barelang tu. Ambik gambar pemandangan je kat situ.
Sampai Batam, pemandu tu bawak kami shopping handbeg branded yg tak ori macam Fendi, Coach, dan lain-lain. Beg fake ni aku tak minat sangat sebab org rumah tak minat, lagi pun dok Johor ni dekat dengan JPO. Cuma aku survey jajan, keropok, kerepek, kacang2. Ada jugak seluar jeans Levis yg murah2. Aku jumpa pelam harumanis, beli dalam 3 kilo...ye lah kat perlis kan mahal.
Rugi plk tak beli buah salak.
Kalau ole-ole, macam baju tu pegi kat Nagoya Center, situ banyak jual baju2 Batam, Singapura. Coklat pun ada...tapi coklat made in Malaysia. Coklat boleh beli kat Langkawi, lagi banyak pilihan. Ada juga pak supir bawak pegi kedai buat kek lapis. Aku tak minat sangat sebab mahal. Tapi ada je kedai kek lapis yg murah..kena pandai carilah. Kalau minat dgn barang trekking, ada kedai ni mmg terbaik..sandal tapak tebal macam Timberland..tapi harga murah.

Aku pergi sana lebih pada makan je. Ayam penyek, ayam bakar, masakan Padang....ada pak supir tu bawak kami ke area pasar cina...apa la ..patah balik naik kereta..pergi satu tempat yg mmg jadi tumpuan org tempatan.
Member aku yg adventure sikit ambik grab pi makan kat restoran Bu Gendut.
Hotel murah..makan seafood pun boleh tahan lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 04:38 PM | Show all posts
sranua replied at 13-7-2023 03:11 PM
Salam,
Masa pergi Batam hari tu takde pulak terfikir nak cari ikan bilis..jadi tak dapatla nak men ...

Ohh..
Tkasih atas penerangan.
Ikan bilis tu I tenguk kat satu itinerari travel agent:ada ke pasar basah di pulau penyengat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 05:38 PM | Show all posts
sranua replied at 13-7-2023 03:11 PM
Salam,
Masa pergi Batam hari tu takde pulak terfikir nak cari ikan bilis..jadi tak dapatla nak men ...

Lagi satu pertanyaan:

Disana guna cash sahaja atau boleh guna credit card?
Tkasih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 12:44 PM | Show all posts
uda replied at 13-7-2023 05:38 PM
Lagi satu pertanyaan:

Disana guna cash sahaja atau boleh guna credit card?

Biasanya seminggu sebelum travel, saya akan call bank untuk buka international. Jadi boleh guna kad ATM tu kat mana2 mesin ATM yg ada.
Kalau nak kad kredit pun boleh..contoh beli barang yg amaun dia agak mahal ..bolehlah bayar dengan kad kredit. Tapi nak selamat telefon customer servis minta dia buka untuk internaitional banking..haa gitu.


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya, kalo stay santai santai 4 hari 3 malam ok ke? Atau bosan? Tengok selalu org buat 3 hari 2 malam aje. Ada siapa2 boleh advise? Tkasih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 13-7-2023 03:11 PM
Salam,
Masa pergi Batam hari tu takde pulak terfikir nak cari ikan bilis..jadi tak dapatla nak men ...

Salam, boleh tahu kedai trekking tu kat mana? Nak ke batam minggu depan. Boleh singgah kalau sempat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 08:48 AM | Show all posts
Edited by sranua at 3-9-2023 08:49 AM

Saya pergi kedai Eiger, kalau kat Batam yg di supermarket besar dah tutup.
Jadi masa tu member Waze dan jumpa lokasi kedai: EIGER SHOP
Jl. Laksamana Bintan No.12,.
Address: Jl. Laksamana Bintan No.12, Sungai Panas, Kec. Batam Kota, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia





Hours:

Sunday9:30 am–10 pm
Monday9:30 am–10 pm
Tuesday9:30 am–10 pm
Wednesday9:30 am–10 pm
Thursday9:30 am–10 pm
Friday9:30 am–10 pm
Saturday9:30 am–10 pm

Eiger ni kalau tengok kualiti barang macam beg, kasut, sandal..eh boleh tahan macam Timberland, tapi dengan harga 1/3 dari Timber.
Ada member sorang lagi, kalau pergi Bandung hari tu pun dia beg untuk anak dia, kali ni masa pegi Batam hari tu pun dia cari beg...nak buat hadiah pada bos dia yg nak berpindah. Aku dok ikut dia pegi Eiger yg baru tahu rupanya ada brand Indonesia yg lebih kurang mcm Timberland, kecuali takde la baju, seluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 11:26 AM | Show all posts
sranua replied at 3-9-2023 08:48 AM
Saya pergi kedai Eiger, kalau kat Batam yg di supermarket besar dah tutup.
Jadi masa tu member Waze  ...

Terima kasih.  Tak sempat pergi.  Betul, pemandu Grab kata hampir kesemua kedai Eiger dah tutup di Batam.  Insya Allah, kalau berkesempatan mungkin pergi cari balik.
Overall untuk bersantai boleh la.  Banyak betul shopping complex di sana.   

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 09:55 AM | Show all posts
zafira replied at 22-9-2023 11:26 AM
Terima kasih.  Tak sempat pergi.  Betul, pemandu Grab kata hampir kesemua kedai Eiger dah tutup di ...

Kawan saya hari tu siap waze dan jadi panduan pada pak supir....sng pak supir nak gerak kita bg arahan je belok kanan, belok kiri...haa dah sampai.Kalau kat shoppee pun ada brg Eiger..tapi mahal la dalam rm20 camtu.
Bolehla berbanding harga jenama antarabangsa yg beratus harganya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.329539 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list