CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4993|Reply: 11

Batu Ica sembunyi rahsia zaman silam

[Copy link]
Post time 2-9-2007 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Misteri: Batu Ica sembunyi rahsia zaman silamOleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

De Javier Cabrera percaya ukiran dibuat masyarat purba dari angkasa lepas dikenali 'Gliptolithic Man' yang tinggal di bumi jutaan tahun lalu

CERITANYA bermula sekitar 1960-an apabila seorang petani menjumpai banyak batu aneh dalam sebuah gua dan gaung sekitar Ica, iaitu sebuah bandar kecil terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru.

Batu itu terdiri daripada pelbagai saiz tetapi apa yang menjadikannya suatu artifak misteri ialah ukiran pada batu berkenaan pasti mencetuskan tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.


Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan cerita mengenai wujudnya satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu jutaan tahun lalu.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, tamadun itu akhirnya musnah dan lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga meninggalkan ukiran pada batu itu saja bagi menyingkap kembali kehebatan tamadun berkenaan.

Sebaik melihat pelbagai ukiran aneh pada batu itu, petani terbabit mula membawa keluar dan menjual artifak berkenaan kepada pelancong sebagai cenderamata.

Pada suatu hari dia ditahan pihak berkuasa atas sebab yang menjadi misteri. Selepas beberapa lama ditahan dan dikurung, petani itu dibebaskan tetapi selepas itu, dia tidak lagi berani menyatakan yang batu itu adalah artifak purba.


Keunikan batu yang penuh dengan ukiran misteri itu menarik minat seorang doktor tempatan iaitu Dr Javier Cabrera dan sejak itu, beliau sentiasa membeli dan mengumpulkan batu berkenaan daripada petani terbabit selain beberapa pihak lain.

Cabrera pernah bertanyakan kepada petani terbabit bagaimana dan di mana dia memperoleh batuan berkenaan dengan kuantiti yang banyak tetapi petani itu enggan memberitahunya seolah-olah takut dia akan sekali lagi ditahan dan dikurung pihak berkuasa.

Doktor itu percaya yang batu berkenaan adalah satu artifak purba yang wujud jutaan tahun lalu. Beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu berkenaan.

Kajian yang dilakukan mendapati batu berkenaan sudah mencapai usia ribuan tahun lalu. Ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai setempat dan Gunung Andes berikutan permukaannya yang ditutupi lapisan oksida.

Penyelidik juga mendapati, bekas ukiran pada batu itu sudah sangat lama dan batu yang ditemui sekitar gua memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun silam.

Kini, Cabrera membina sebuah muzium di Ica yang mengumpulkan lebih 15,000 batu misteri berkenaan.

Pembinaan muzium batuan itu secara tidak langsung mendedahkan misteri berkaitan ukiran pada batu artifak itu kepada khalayak ramai dan sehingga kini, perdebatan mengenai kesahihan batu aneh itu masih berterusan.

Antara gambar yang terukir pada batu berkenaan adalah gambaran galaksi angkasa, haiwan purbakala, peta daratan prasejarah, bencana dahsyat pada zaman dulu.

Menerusi gambar batuan itu, pelawat dapat melihat dengan jelas yang ia menggambarkan bahawa manusia sudah wujud dan hidup sezaman dengan dinosaur. Malah, ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu sama saja dengan bentuk manusia dan gambaran dinosaur yang ditemui pada hari ini.

Ukiran itu menunjukkan seolah-olah dinosaur menjadi haiwan peliharaan manusia terbabit, sama seperti manusia memelihara haiwan ternakan seperti lembu atau kambing pada zaman sekarang.

Pada sebuah batu, dipahat ukiran seorang manusia menunggang di atas Triceratops, dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak. Pada batu lainnya, diukir pula gambaran seorang manusia yang panik dikejar Tyrannosaurus Rex.

Selain ukiran mengenai kehidupan manusia dan dinosaur, terdapat juga ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa. Ada empat gambar pada ukiran yang persis peta dunia dan menurut penyelidik, peta daratan yang diukir pada batu itu adalah keadaan daratan pada zaman purba dan ia dilukis dengan tepat.

Daripada ukiran batu itu juga, dapat dilihat seolah-olah masyarakat pada zaman itu sudah menguasai teknologi perubatan yang tinggi apabila turut terukir gambaran misalnya pembedahan otak dan bagaimana cara mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu, baru ditemui dalam dunia perubatan moden.

Satu daripada gambar yang terukir dalam batu itu menggambarkan pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil sebelum menyuntik ke dalam tubuh pesakit.

Pada batu ukiran itu juga dilukiskan teknologi bius dengan akupuntur dalam operasi kedoktoran selain batu yang mengukir gambaran gen.

Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat zaman dulu yang dikenali sebagai 慓liptolithic Man
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 12:11 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Mereka percaya kononnya ukiran pd batu-batu tu dicipta oleh manusia yg dtg dari angkasa lepas yg tinggal di bumi. Bagi aku plak, aku tak pecaya adanya manusia lain yg tinggal di planet2 lain....

Aku pecaya yg batu2 tu dicipta oleh 'Adam-Adam' (dan keturunan mereka) yg telah wujud sebelum Nabi Adam A.S kita. Perbualan di antara para malaikat dgn Allah S.W.T mengenai wujudnya 'manusia-manusia' yg suka bersengketa sesama mereka dan merosakkan muka bumi membuktikan bahawa sudah ada makluk-makluk lain yg menjadi khalifah bumi ni sblum Nabi Adam A.S kita.

Pada masa yg sama, Al-Quran sendiri dh menyatakan bahawa Nabi Adam A.S kita adalah manusia yg pertama di dunia. Maka, 'Adam-Adam' tu bukanlah manusia spt kita tp makhluk lain yg rupa fizikalnya seakan-akan seperti manusia. Semua org tentu sudah sedia maklum bahawa usia bumi kita ni dh jutaan tahun lamanya. Jarak kita dgn Nabi Adam pula (menurut kajian yg berpandukan Al-Quran) hanya kira-kira 8000 thn saja..

Mengapa Allah mencipta 'Adam-Adam' sblum Nabi Adam kita dan mengapa Allah perlu mencipta byk 'manusia' sedangkan Dia Maha Sempurna?? - kerana Allah itu Maha Mengkehendaki. Ada sbb mengapa Dia mencipta mereka sblum kita tp hanya Dia saja yg tahu sebabnya...

Mengapa Allah memusnahkan tamadun mereka? - mungkin ini utk mengingatkan kita bahawa tamadun kita (keturunan Nabi Adam A.S) juga akan musnah seperti tamadun mereka yg menghuni bumi sebelum ini ketika menjelangnya hari kiamat...


Bg aku, penemuan batu2 tu adalah satu peringatan dari Allah utk kita bahawa hari kiamat tu mmg wujud dan akan tiba juga suatu hari nnt. Tamadun kita akan musnah seperti mana tamadun 'Adam-Adam' sebelum kita...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-9-2007 12:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:35 AM | Show all posts
Erk,tapi kalau diorang sebegitu maju,apasal diorang ukir atas batu je,macam manusia primitif pulak.Takkan takde medium yg lebih canggih sekurang2nya kertas?Macam kitalah sekarang,takkanlah kita nak rekodkan kemajuan atau pencapaian atau menulis atas batu kan.

p/s:misteri yg kita boleh pertikaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 3-9-2007 12:11 AM
Mereka percaya kononnya ukiran pd batu-batu tu dicipta oleh manusia yg dtg dari angkasa lepas yg tinggal di bumi. Bagi aku plak, aku tak pecaya adanya manusia lain yg tinggal di planet2 lain....
...


sy sependapat dgn ijad . Sy nak rekemen buku yg berkaitan dengan topik ni dan best isi kandungannya. Cuba carik buku dibawah;

tajuk : siapa penghuni bumi sebelum manusia?
penulis : muhammad isa dawud (asal dari mesir)
* buku yg lain dari penulis yg sama- dialog dgn jin islam, dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda (dua2 buku ni pun best). Buku2 ni kalau dibaca dan di faham betul2, ada kaitan antara satu sama lain.

secara ringkas, pada pendapat dan kajian penulis, kita (keturunan manusia dari nabi adam a.s) adalah jenis  umat/makhluk/manusia yg ke 18 yg pernah mendiami bumi. Umat/makhluk/manusia yg pernah wujud sebelum ini pupus dan musnah sama sekali atas sebab2 yg tuhan saja maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 3-9-2007 03:40 PM
ni ade kaitan dgn ancient astronout ker?


aiz, dalam buku2 yg sy rekemen kat atas tu ada kaitan dengan anunnaki (ancient astronout) dan vimana (ancient ufo).
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:32 PM | Show all posts
Ada tak gambar2 yg berkaitan ttg batu Ica ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 11:47 PM | Show all posts

Reply #2 ijad_adiputera's post

Teori ttg Adam sbl Adam ini buat pertama kalinya saya bincangkan dgn teman yg sealiran kira2 7 atau 8 tahun lepas.Tapi ketika itu mmg takde siapa yg boleh terima kisah2 yg di luar drp biasa ini.Kalau tak dituduh sesat pun sudah cukup baik kalau dicerita kepada umum ketika itu.Nampaknya sekarang semakin ramai yg berani berfikir jauh drp 'biasa'.Selain drp ayat ttg pertanyaan malaikat kpd Allah ttg penciptaan Adam ada lagi beberapa ayat yg boleh membawa maksud ttg kewujudan Adam yg terdahulu atau 'manusia' sbl Adam versi kita ini.

Rasa2 ada thread ttg perkara ni,mungkin di belakang2.

Kalau kisah batu Ica ini benar,pasti banyak lagi misteri alam yg boleh kita singkap satu persatu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 03:39 PM | Show all posts




Images on the Ica Stones show human type figures riding in Pterodactyls while hunting dinosaurs (left), an amazing global map showing the continents (center), and other activities not yet understood.





Curious images of a comet and an astronomer, using an object that looks like a telescope, are found on the stones



bila baca dalam wikipedia, ada sumber-sumber yang kata batu-batu nih HOAX la pulak....


Fraud
Spanish investigator Vicente Paris, after four years of investigation, offered in 1998 new evidence that supports that the stones are a hoax. Among the proofs presented by this investigator were microphotographs of the stones that showed traces of modern paints and sandpaper.
The most obvious evidence of fraud, of course, is the fact that the shallow engravings are so crisp. If they were as old as claimed, then there should be substantial erosion of the surfaces.


http://en.wikipedia.org/wiki/Ica_stones
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2007 04:00 PM | Show all posts



Di dataran utara Nasca, Peru, terdapat sebuah desa bernama ICA yang memiliki sebuah museum batu. Di dalam museum tersebut terpajang lebih dari 10.000 batu misterius yang terukir aneka gambar, sejumlah besar gambar yang sulit dipercaya, yang tercatat adalah sebuah peradaban manusia purbakala yang sangat maju yang telah musnah, gambar-gambar batu ini disebut prasasti batu ICA.

Menurut laporan media setempat, batuan-batuan yang terukir gambar yang disimpan di museum tersebut mulai ditemukan dalam skala besar ketika bendungan di Sungai ICA jebol. Gambar yang terukir di atas batu tersebut antara lain galaksi angkasa, binatang purbakala, daratan prasejarah, bencana dahsyat zaman dulu dan beberapa goresan kategori lain.

Menurut prediksi batu-batu langka yang dikumpulkan ini mungkin sudah ribuan tahun sejarahnya. Ahli terkait telah mengadakan tes kimia pada batu tersebut, dan hasilnya menunjukkan, bahwa batu-batu tersebut berasal dari sungai setempat dan merupakan batu Gunung Andes, permukaannya ditutupi dengan selapisan oksida. Setelah ditentukan dengan bahan-bahan oleh ilmuwan Jerman disimpulkan bahwa bekas ukiran di atas batu tersebut sudah sangat lama sejarahnya, dan batu yang ditemukan disekitar gua, terdapat fosil organisme jutaan tahun silam.

Oleh ilmuwan, manusia-manusia purbakala pada batu ukiran tersebut dinamakan 揵angsa geological
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 06:08 PM | Show all posts
ha'ah..nampak cantik je batu2 ni..color pun ada lagi...something wrong somewhere...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 08:19 PM | Show all posts
Macam kraftanganlah pulok ...ataupun mula2 mmg ada yg betul kendian bila dah banyak permintaan(bukanke disebut petani tu jual sbg cenderamata kpd pelancong),diorang produce sendirilah pulak,itu yang warna warni tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:02 PM | Show all posts
seolah-olah dorang hidup dlm zaman purba-gambar pon mcm org asli lukis kt gua
tapi ilmu tu advance
tak mustahil ada 'orang' yg ajar dorang ilmu sains, alam, perubatan tapi hidup zaman purbakala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071353 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list