|
assalamualaikum..
harini baru berkesempatan masak daging korban.. buat sup tulang.
tapi tulang daging korban tu, perlu ke ditanam?
masalahnya, sy dah TERbuang dlm tong sampah..
perlu kutip semula ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ooO.. mcm tu rupenya.. sebelum ni mmg tanam.
lepas ni x payah dah ikot. karot je
terima kasih kaka elle.
info yg sgt berguna bagi bella
|
|
|
|
|
|
|
|
erm tak la karot...sebab ikut jawapan lain kat link I beri tu, sebaik-baiknya ditanam..bukan harus atau wajib....
I tak pernah handle daging korban ni so first time tahu pasal tanam menanam ni...bella tanya ni baru I google google...hehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah
aqiqah sebaiknya ditanam kan kalo ikot pemahan text nih..
camtu xpe la..
sbb da terbuang tulang daging korban..
maceh again kaka elle
|
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama bellaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
SJ-10-0093 : tulang aqiqah
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.
Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :saw :-
Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah :saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi :saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].
Hadith ini menjelaskan bahawa :
a. Nabi :saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam
b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.
c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
d. Larangan beristinjak dengan tulang
e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.
Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.
Sekian, wassalam
Kredit kepada: http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-10-0093-tulang-aqiqah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam momodz,
Mana hilangnya sub-bod?
- musykil lah, tak jumpa link
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Atas sebab-sebab teknikal dan sambutan yang kurang, maka pihak admin telah putuskan supaya tiada lagi sub-board. Semua bebenang dalam sub-board dah merge masuk dalam board utama (kena search kalau nak cari balik)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, noted. Tq.
|
|
|
|
|
|
|
|
Soal jawab thread baru. Yang ni dah 100 page. |
|
|
|
|
|
|
| |
|